Asalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh… segala bentuk puji-puji hanya selayaknya di berikan kepada Allah S.W.T yang memberikan kita nikmat menghirup udara segar didiunia ini dalam rangka kita memakmurkan bumi ini dengan limpahan tanggungjawab yang telah ditaklifkan kepada kita.

Para ikhwah yang ana hormati sekalian,

Hari ini merupakan hari kedua dan merupakan hari terakhir lawatan rombongan Baginda Raja Muda Perlis bersama Ahli Majlis Agama Islam Perlis ke Mesir. Pelbagai masalah timbul atas sebab-sebab yang tidak diingini namun, sebagai seorang muslim saya teringat akan kata-kata Allah SWT :

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. – al-baqarah : 216

Demikianlah dalam menyelusuri hakikat sebuah kehidupan. kita tidak akan sama sekali lari daripada ujian-ujian dan tanggungjawab yang membuatkan kita merasa berat dan terasing dari rahmat sedangkan perkara tersebut mempunyai sebuah impak yang positif didalam setiap pekerjaan kita.

Pada permulaan agenda, para penduduk Rumah Perlis dimaklumkan akan kehadiran ahli majlis agama pada jam 11 pagi namun, agenda itu telah diubah beberapa kali akhirnya kami dimaklumkan bahawa meereka akan hadir bersama rombongan Baginda Raja pada jam 3 petang. IMG_1124

Benarlah kata-kata orang tua-tua, kita merancang, Allah jua yang menentukan… setelah menunggu hampir satu jam barulah kami diizinkan Allah untuk bertemu Baginda Raja Muda dan rombongan ahli majlis agama islam. penuh kesyukuran hanya kami panjatkan kepada Allah SWT yang memberikan kami peluang bertemu golongan ulama`  dan pentadbir negeri kami.

pertemuan tersebut dimaniskan lagi dengan ucapan dari 2 orang ustaz yang amat terkenal, salah seorangnya adalah mantan Mufti perlis yang kini berjawatan Ahli Majlis Fatwa Negeri Perlis, Dr Mohd Asri zainal Abidin .

Kata-katanya yang amat membekam dihati ini berjaya membuatkan para hadirin bersetuju dengan pendapatnya :

"Saidina Abu Bakar ada berkata : “wahyu telah terputus dan telah sempurna agama ini, selagi aku hidup maka, akanku jaga keaslian agama ini”

Seteleh berjemaah di Musolla , tibalah masa keberangkatan Rombongan . keberangkatan yang saya rasakan amat memberi seribu makna dan menyatukan satu ikatan. barangkali, 4/5 tahun lagi barulah rombongan sebegini datang semla. sesungguh sebuah ikatan yang diikat atas nama Insaan itu dapat diteruskan dalam Mardhatillah…

Waallahualam..