Asalamualaikum dan selamat pagi kepada semua yang masih dapat merasai nikmat pagi  dan selamat petang bagi yang sedang melayari perjalanan di petang hari. CrownPrinceCrownPrincess

Semalam merupakan hari yang sungguh dibanggakan dalam kehidupan saya kerana mendapat jemputan ke majlis makan malam bersama Raja Perlisdan ahli majlis agama Islam Negeri Perlis. Sebenarnya saya berasa sangat bangga pada malam tersebut kerana kehadiran 2 orang insan yang amat saya kasih dan sanjung, Ustaz Dahlan Ahmad Zain dan Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

sidang pembaca sekalian,

Perjalanan program tersebuta amat lancar pada mulanya namun telah bertukar agak huru hara di pertengahan majlis setelah Baginda Raja menitahkah agenda majlis ditukar untuk memberi hadirin makan terlebih dahulu. Sebagai seorang rakyat , saya amat mengangumi akan keperihatinan Baginda Raja namun pengurusi yang diibaratkan sebagai pengumudi majlis telah bertindak untuk bercakap tanpa menggunakan teks, oleh demikian, perjalanan majlis agak kelam kabut namun tidak sedikit terlintas difikiran saya untuk menyalahkan pengurusi majlis dalam hal ini bahkan saya begitu teruja untuk menasihati para pengurusi untuk membuat pelan ke-dua bagi melancarkan perjalanan sesebuah majlis.

Sebagai seorang muslim pula, saya melihat majlis tersebut dicelupi oleh beberapa aktiviti yang agak kurang menyenangkan dan tidak sepatutnya dilakukan dalam majlis yang disertai baginda raja dan Ahli Majli Agama Islam…. majlis yang diselang selikan dengan senaman kecerdasan amat menarik perhatian namun selingan nyanyian yang tidak berunsur islamic dan pergerakan tepuk tangan yang begitu menyurupai majlis orang-orang jahiliyyah telah mengotori majlis yang amat mulia tersebut.

Para pembaca yang budiman,

sebuah majlis yang baik adalah majlis yang mempunyai ilmu didalamnya,

Apabila seseorang itu pulang ke rumah masing-masing dari sebuah majlis atau perayaan atau yang sedemikian dengannya, seharusnya dia pulang membawa sedikit ilmu yang membina fikirannya untuk kembali menggingati Allah S.W.T . namun, apa yang berlaku didalam majlis tersebuat sedikit mengecewakan saya apabila ucapan sesetengah orang didalam majlis tersebut lebih menjerumus kepada niat kepartian yang tinggi. saya tidak salahkan ucapan beliau namun sebagai seorang yang berjawatan tinggi dan bercakap pula kepada golongan terpelajar, seeloknya kita menghindari dari mengeluarkan kata-kata yang berunsur sedemikian rupa kerana golongan terpelajar mampu untuk memilih dan meneliti, majlis tersebut juga bukanlah majlis politik yang dinaungi  oleh mana-mana parti melainkan majlis tersebut adalah majlis mesra rakyat antara kerajaan negeri Perlis,bersama para penuntut di bumi mesir ini.

Saya berbesar hati disini untuk memuji ucapan dan kemesraan baginda raja terhadap rakyatnya,  pesanan dan amanat baginda raja amatlah dihargai , malahan ada sebuah ucapan yang terlalu menyentuh hati-hati kami  “hubungilah keluarga kamu dikampung kerana 1% kamu merindui keluarga kamu, 100% keluarga kamu merindui kamu”… kata-kata yang keluar dari mulut seorang raja itu berjaya menitiskan air mata seorang sahabat saya yang berada di meja yang sama dengan saya .

Setelah pulang dari majlis tersebut, saya sendiri dan kawan-kawan yang lain bersembang-sembang akan kemurahan hati baginda raja dan kemesraannya, sehinggakan ada salah seorang dari kami berkata “ spotinglah raja tu !” .itulah yang sepatutnya berlaku, kami merasakan ikatan yang kuat antara Raja dan rakyat

kami mengaharapkan tujuan majlis tersebut diadakan akan berjaya mengeratkan  hubungan antara kerajaan negeri perlis dengan anak-anak negeri perlis diperantauan ini,

setakat itu sahaja nukilan saya dipagi ini, lagipun,pada jam 3 petang nanti Rombongan Raja akan datang melawat perumahan anak-anak negeri perlis di Seksyen tujuh ni…

WaAllahualam…