Mungkin kita seringkali mendengar You Tube , MetaCafe dan sebagainya yang memberi tayangan video yang kita mahukan, cakap saja, apa jenis video tersebut, dari yang paling bermunafaat sehinggalah yang paling menjengkelkan, semuanya terkandung didalam laman-laman sosial tersebut.

Saya juga sering mendengar kuliah-kuliah yang melarang muda mudi dari melayari laman tersebut ketika di malaysia dahulu, namun setelah ana melihat perubahan demi perubahan telah berlaku dalam laman-laman tersebut dengana adanya para pendakwah yang menggambil peluang untuk menyebarkan sayap dakwah di laman tersebut, saya mula berfikir dan mencari idea untyk meletakkan maklumat-maklumat yang penting untuk umat islam disuatu laman.

sesungguhnya Allah SWT amat prihatin terhadap pemikiran saya, Dia telah mengizinkan saya membuat satu blog ala-ala YouTube. saya berikan ia nama Al-Jazary TUBE sempena meraikan Gerakan Al-Jazary yang saya dan sahabat-sahabat saya bawa.Al-Jazary TUBE

Sungguh saya mengharapkan agar terciptanya Al-Jazary TUBE dapat memberi faedah kepada diri saya dan juga masyarakat islam keseluruhannya.

saya juga amat berharap akan sokongan dan dokongan daripada pembaca sekelian dari segi memberi pandangan dan komen bagi setiap video yang dipaparkan.

Untuk pengetahuan semua, setiap video yang dipaparkan telah diberi penerangan terlebih dahulu dan ianya memerlukan perbincangan dan munaqashah bagi sama-sama kita menyelesaikan permasalahan ummah yang berlaku.

Harapan :

1) Al-Jazary TUBE menjadi medan percambahan ilmu dan pandangan

2) Al-Jazary TUBE dapat mengurangkan pendedahan maksiat dalam mencari kebenaran

3)  Al-Jazary TUBE menjadi wadah dakwah yang berkesan diseluruh peringkat umur

 

marilah kita menyokong Al-Jazary TUBE!!!! Allahu Akbar!!!