Header Ads

test

Iman Kepada Rasulullah Jalan Kebahgiaan

Kita hendaklah mendidik diri kita dengan tarbiyyah yang berterusan. Kita perlulah mendidik hati dan diri dari hari ke sehari hingga kita sebati (malakah) dengan Islam. Sekaligus menanggalkan jahiliyyah yang terperangkap dalam jiwa-jiwa kita.

Realiti sekarang, manusia menjadi serba boleh tanpa mengira samada halal atau haram. Tetapi kita mengambil Islam mengikut yang Allah S.W.T. kehendaki. Apa yang Islam kata baik itulah yang baik bagi kita. Apa yang Islam kata buruk itulah yang buruk bagi kita, walaupun masyarakat sekeliling mengatakan sebaliknya, seperti yang terdapat dalam kaedah feqah :

الحسن ما حسنه الشرع و القبيح ما قبحه الشرع

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Beriman dengan Rasulullah S.A.W. sebenarnya menuntut kita supaya menyerahkan hidup kepada arahan Rasulullah S.A.W.. Iaitu mentaati apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarangnya olehnya dengan senang hati.untuk merealisasikan tuntutan ini memerlukan tarbiyyah yang betul dan berterusan. Lebih-labih lagi dalam realiti sekarang di mana Islam tersangat dagang. Islam yang minima pun tidak wujud kadang-kadang tidak lahir dalam masyarakat.menuju kebenaran islam

Di zaman Rasululla h S.A.W. kehebatan Islam kelihatan dengan jelas. Manakala zaman kini, masyarakat mengaku Islam , tetapi kehebatan Islam tidak kelihatan. Justeru itu kita mestilah melaksanakan kembali Islam dan meninggalkan jahiliyyah.

Untuk meredhai perintah Rasulullah S.A.W. dengan senang hati kita perlukan tarbiyyah yang berterusan. Jika tidak, mungkin kita menerima dan melaksanakan amalan Islam tetapi hati tidak senang. Ketaatan kepada Rasulullah S.A.W. sebenarnya adalah untuk kebaikan manusia jua. Firman Allah S.W.T.:

" Hendaklah kamu mentaati Allah dan Rasul-Nya mudah-mudahan kamu mendapat rahmat. "

(Surah ali Imraan : 132)

" Katakanlah: Jika kamu kasihkan Allah ikutlah aku nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu . Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

(Surah ali Imran : 31 )

Tanggungjawab kita terhadap Rasulullah S.A.W. ialah membenarkan apa yang disampaikan oleh baginda dan mentaati segala suruhannya dalam semua aspek. Kita hendaklah segerakan mengikuti apa yang Rasulullah S.A.W. redha dan jauhkan apa yang Rasulullah S.A.W. benci.

Sabda Rasulullah S.A.W (Yang bermaksud)

"Bertuahlah orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah melihatku."

Dalam realiti sekarang apabila kita beriman dengan Rasulullah S.A.W. kita tetap bahagia walaupun manusia lain tidak menyukai kita.

Bagi manusia, hanya terdapat dua keadaan samada mentauhidkan Allah S.W.T. atau mensyirikkan-Nya. Samada taat atau ingkar.

 

sahabat-sahabat perjuangan sekalian,

Dalam konteks beriman kepada Rasulullah, terdapat bebarapa tuntutan

1. Kita perlu didik hati kita hingga redha dengan Rasulullah S.A.W. Redha bukan sahaja dari segi perkataan tetapi juga dari tindakan seharian kita, dalam setiap tempat dan ketika mengikuti ajaran Rasulullah S.A.W.

2. Kita menghormati Rasulullah S.A.W. walaupun baginda telah wafat. Menghormati apa yang ditinggalkan oleh baginda, iaitu Islam yang merupakan ajaran wahyu Allah S.W.T..

Dalam satu sirah, Tabib bin Qais pernah bercakap dengan suara yang tinggi di hadapan Rasulullah S.A.W.. Turunlah ayat Allah S.W.T.:

" Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi. Dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain, supaya tidak hapus (pahala) amalanmu sedangkan kamu tidak menyedari. "

(Surah al Hujurat : 2 ) .

Mnik aziz menangisendengar ayat tersebut Tabib bin Qais menangis dan hanya duduk dalam rumah, tidak keluar. Rasulullah S.A.W. suruh sahabat-sahabat baginda menziarahinya untuk mengetahui mengapa dia tidak keluar dari rumah. Apabila tiba di rumah Tabib, dia berkata kepada sahabat yang datang:

" Aku telah mengangkat suaraku lebih daripada suara Rasulullah S.A.W. dan Allah S.W.T. telah menurunkan ayat tersebut. Aku rasa Allah S.W.T. memarahiku dan tentulah aku akan dimasukkan ke dalam neraka. "

Para sahabat membawa menceritakan hal Tabib kepada Rasulullah S.A.W.. Maka baginda bersabda: (Yang bermaksud)

" Sesungguhnya dia (Tabib) ialah ahli syurga." Kemudian, berita itu disampaikan kepada Tabib.

3. Kita perlu mencontohi Rasulullah S.A.W. dalam membentuk ummah atau generasi. Generasi awal yang dididik oleh Rasulullah S.A.W. dikenali sebagai Generasi al-Quran yang Unik. Mereka menerima arahan sepertimana komando menerim a arahan daripada ketua, malah lebih daripada itu.

Dalam realiti yang tenat kini, kita perlu satu generasi yang berdaya dan mampu untuk mendokong Islam. Oleh itu kita amat perlu kepada pendidikan yang berterusan. Semoga dengan lahirlah ( InsyaAllah )satu generasi yang mempersembahkan segala bidang hidup untuk taat kepada Allah S.W.T. dan sanggup memikul tugas yang berat, taklif Rabbani .

4. Kita perlu sentiasa terikat dengan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.. Dengan cara ini, InsyaAllah kita akan dapat merasai nikmat Islam seperti yang dijanjikan oleh Allah S.W.T.. Para sahabat r.a. meninggalkan harta ketika berhijrah untuk mengikuti Rasulullah S.A.W. kerana mereka dapat merasai kenikmatan Islam.

5. Kita perlu beribadah kepada Allah S.W.T. seperti yang dicontohkan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam satu sirah, Rasulullah S.A.W. ditanya: "Apakah erti Ehsan?" Jawab baginda: "Kamu mengabdikan diri kepada Allah seolah-olah kamu melihat-Nya. Jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu."

Sahabat- Sahabat Ukhuwwah fillah.

Pada masa kini, kita sedang menyelusuri sebuah masa yang tidak mahu mendaulatkan apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW yang kita kasih dan cintai. Masa kini, masyarakat menggunakan sistem yang tidak islamik , samada dari pemerintahan, perniagaan ,  mahupun aspek kehidupan.kami sayang Rasulullah

Oleh itu, marilah sama-sama kita menggumpulkan jiwa-jiwa yang merasai kepentingan kembali kepada tunjuk ajar Rasulullah dalam segala aspek.

Marilah sama-sama kita mempercayai, apa yang dibawakan Rasulullah itu telah lengkap dan sebaik-baiknya. Kita percaya bahawa kita boleh mengikuti segala yang disuruh dan dilarang oleh Rasulullah dengan senang hati.

semoga, kita akan terus menerus mendapat kasih sayang Rasulullah SAW dan Cinta Yang Hakiki.

Wallahualam.

1 comment:

  1. sekarang ni bukan mudah nak ikut macam rasulullah SAW

    ReplyDelete

Powered by Blogger.