Walaupun Raya Haji dan Hari-hari Tasyrik telah berakhir, saya ingin berkongsi kepada para sahabat yang dirahmati Allah akan sebuah khutbah Rasulullah SAW yang telah baginda sampaikan di bulan haji ini.

Sebenarnya sahabat-sahabt , saya juga seperti kalian, di bulan Haji ini, selalu sangat mendengar kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan keluarganya. namun, ada seorang penulis blog telah mengingatkan kepada saya dan rakan-rakan bahawasanya, pada bulan ini jugala KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH di perdengarkan…

Sejujurnya, terdiam saya sebentar dan sedikit demi sedikit saya mula menginsafi diri dan menghayati KHUTBAH tersebut…

>KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW

>KHUTBAH INI DISAMPAIKAN PADA 9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH

>DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan…

Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini. shah dan farizul

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' hendaklah dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

gambar hiasan

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di Bulan Ramadhan, tunaikanlah zakat dan harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadah haji sekiranya mampu.

jamuan marhalah khassah 08

Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang telah kamu lakukan. Oleh itu, awasilah tindak-tanduk kamu agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga orang yang terakhir yang menerimanya lebih memahami kata-kataku ini dari mereka yang mendengar terus dariku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya aku telah sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.


Wahai sahabat-sahabt yang dirahmati Allah (insyaAllah)..

apakah peranan kita sebagai pemuda dan generasi pelapis para sahabat dan sahabiah setelah datang kepada kita amanah ini ? amanah yang disampaikan sendiri oleh Rasulullah SAW, bahkan tiada keraguan akan hadis ini.

Rasulullah menyampaikan khutbah ini penuh sebak, para sahabat yang mendengar juga sebak kerana mereka memahami akan pemergian Rasulullah tidak lama lagi...

Wahai sahabat pejuang sekalian..

dimana kita setelah islam ditindas ,ummah yang disayangi Rasululah SAW di aniaya.. diherdik dan dihina...

dimana kita ketika wanita-wanita di lucutkan bajunya oleh pemahaman kafir laknatullah, sedangkan wanita-wanita itu amat dicintai Rasulullah SAW...

Dimana kita ketika bertebarannya maksiat, zina dan khurafat di dunia ini sedangakan Rasulullah amat membenci perlakuan ini...

Wahai sahabtku sekalian,

telah samapi waktu kita untuk kita bangun dari lena yang panjang,

telah sampai waktu kita mengembalikan zaman kegemilangan islam, Zaman kesatuan islam, Zaman kebahgiaan Islam..

Kita sudah tidak mahu berada dalam cengkaman orang lain lagi..

Marilah sahabat-sahabatku..

kita bina satu perniagaan yang tidak akan pernah rugi..

kita jual barang dagangan yang murah harganya, maka kita akan mendapatkan dapatan yang amat lumayan....bahkan si pembeli pasti akan membeli!!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka.(at-taubah 111 )

 

p/s:pesanan Rasulullah SAW..

يعجب ربك من الشباب ليست له صبوة

Sesungguhnya Allah swt berasa takjub kepada generasi syabab yang tidak cenderung untuk berfoya-foya.(hedonisme)-hadis riwayat Ahmad