Header Ads

test

SEBAB-SEBAB ULAMA` BERBEZA PENDAPAT

Dalam kitab kecil yang bertajuk " ادب الاختلافات الفقهية – و أثره في العمل الإسلامي المعاصر “ “Adab-adab berbeza pendapat ulama`-ulama` hukum dan kesannya dalam kehidupan islam moden” karangan Dr Tala`at Muhd Afifi yang merupakan Rektor kuliah Dakwah di Universiti Azhar telah menerangakan beberapa sebab perbezaan pendapat para ulama` dalam banyak permasalahan hukum sama ada hukum itu telah diterangkan dalam Al-quran atau Hadis mahu pun yang tidak diterangkan.

oleh itu, mungkin dalam perkongsian yang serba ringkas ini, kita dapat memahami beberapa sebab perselisihan ulama`.

Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan perselisihan antara ulama` antaranya ialah :GF-Surah-Al-alaq

1) Berbeza pendapat dalam memahami Ayat Al-Quran sama ada yang Muhkamat atau mustasyabih ( محكمات و متشابهات ), yang dijelaskan hukum atau tidak dijelaskan ( قطعي و ظني ), yang jelas dan yang ditakwilkan ( membawa makna lain ) ( صريح و مؤول ).

 

Sesungguhnya Allah SWT menurunkan ayat Al-Quran bukanlah untuk menghendaki kepada satu kefahaman sahaja ini membuktikan keistimewaan Al-Quran - luas kefahaman para ulama` dalam memahami Al-Quran sehingga kita mengikut pandangan mereka yang mempunyai beberapa pandangan yang berbeza .

SaheehMuslimDarussalam sahih bukhari

2) Berbeza pendapat dalam beramal dengan Hadis Nabi SAW kerana terdapat perbezaan dalam meletakkan syarat penerimaan sesebuah hadis mahupun penolakannya. Dan begitu juga terdapat perbezaan dalam memahami hadis secara zahirnya.

 

Imam Ibn Taimiyyah telah berkata :

 

‘ tidak ada seorang pun diantara para imam –fuqaha`- diterima pandangan nya dengan penerimaan yang menyeluruh( sebulat suara ), mengikuti Rasulullah SAW dalam apa jua perkara merupakan Sunnah baginda, secara terperinci dan tidak terpesong. Sesungguhnya para imam amat meyakini bahawa menjadi kewajipan mengikuti Rasulullah SAW. Dan sesungguhnya setiap manusia itu boleh diambil pandangannya ( ucapannya) dan ditinggalkan pandangannya ( ucapannya ) kecuali Rasulullah SAW. Oleh itu, sekiranya ada perbuatan kamu yang ercanggah dengan Hadis sahih maka kamu tinggalkanlah perbuatan itu sekiranya mempunyai salah satu dari 3 keuzuran :

a. Tidak berkeyakinan seolah-olah Rasulullah SAW berkata padanya tentang hal itu

b. Tidak berkeyakinan bahawa pandangan dia sahaja yang dikehendaki

c. Berkeyakinan bahawa hukum telah dibuang

 

 

3) Berbeza pendapat dalam memahami pengert ian bahasa arab dalam Al-Quran dan Hadis, kerana bahasa arab itu mempunyai makna yang terlalu banyak, ada yang hakikat ada yang kiasan dan lain-lain oleh itu muncul pandangan untuk mentarjih( memberi pandangan yang lebih kuat) disisi masing-masing.

syeikh23

4) Berbeza pendapat kerana berbeza kemampuan dalam kalangan mujtahidin sama ada dari segi istinbat hukum, ketelitian kajian, dan kemampuan menghayati makna.

Allah SWT berfirman ..

( ذلك فضل الله يؤتيه من يشأ ) – Al-hadid :21,

itu adalah kelebihan yang Allah berikan kepada orang yang Dia kehendaki.

 

daripada Muawiyah bin Abi Sufyan RA, daripada Rasulullah SAW bersabda : barang siapa yang dikehendaki oleh Allah akan kebaikan maka, Allah akan berikan kefahaman Agama padanya….( HR Al-Bukhari)

 

Ini menunjukkan bahawa kedudukan manusia itu sama tapi kefahaman itu berbeza mengikut apa yang Allah berikan kepada mereka.

Inilah antara sebab yang sempat saya sebutkan yang menjadi pebezaan pendapat dan pandangan para imam. jika anda terjumpa dimana-mana penulisan lagi berkenaan sebab perbezaan ini adalah tidak mengapa kerana saya berpendapat bahawa keempat-empat sebab ini merupakan sebab yang paling besar dan yang paling dilupakan ataupun yang tidak diketahui oleh ramai orang sehingga ramai pula yang melatah sehingga terjadinya penyesatan dan pengkafiran sesetengah kelompok kepada kelompok yang lain tanpa melihat sebab-sebab perbezaan pendapat yang pasti dan sememangnya wujud.

Tuntasnya, kita tidak perlulah menjadi orang yang banyak bertelagah dalam hal-hal feqah ini sehingga menimbulkan emosi yang kurang elok dikalangan kita sedangkan kita selalu mendengar seruan untuk berjemaah , merasai diri kita adalah satu dan sebagainya..

amin misran dan syahmi

Saya amat tertarik dengan khutbah yang disampaikan oleh seorang khatib muda di sebuah surau berdekatan dengan Kediaman Rasmi Pelajar-pelar Perlis di Kaherah , Mesir. Beliau menyatakan bahawa, ada seorang bukan Islam telah memeluk agama Islam dan berkata : 

“aku tidak akan memeluk Agama Islam sekiranya aku melihat orang Arab, kerana mereka ini lansung tidak tahu peraturan ( kerana keegoan mereka), namun aku jadi tertarik untuk memeluk agama Islam setelah aku melihat keegoaan mereka itu ditundukkan dalam solat,Haji dan Puasa Ramadhan. Apabila Imam mengatakan ‘lurus dan rapat-rapatkan saf…’ mereka semua meluruskan saf yang sama baris tanpa banyak bicara, apabila imam meghabiskan satu bacaan ( Al-Fatihah ) mereka semua sehati sejiwa mengucapkan amin!, mereka berkumpul di Makkah dalam keadaan yang penuh disiplin, memakai baju yang sama warna, keliling di satu tempat yang sama, malaha! mengucapkan sesuatu (talbiah) yang sama!. dan mereka juga bersatu hati berpuasa pada satu bulan yang sama!.”

ziarah alex

Wa Akhiran.. One Ummah, One For All..

2 comments:

  1. Terima kasih byk input dalam post ni..terutamanya
    dalam bab feqah..kalau ana ada apa2 masalah
    boleh rujuk kat anta nnt.

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.. tapi sebenarnya, ana n tak reti sangat... masih menimba

    ReplyDelete

Powered by Blogger.