Pada tanggal 25 November 2007, saya dan sekumpulan rakan-rakan HALUAN telah mengikuti satu misi kemanusiaan ( banjir ) di kampung Batu Badak, Segamat , Johor.

Banjir yang begitu teruk sehingga mengakibatkan beberapa kematian dikawasan tersebut mendesak kami sekumpulan untuk ke tempat kejadian, dalam keadaan kami tidak tahu apa yang akan kami akan buat, yang penting bagi kami adalah kami mahu membantu.

Walaupun saya pernah belajar di Johor (sekolah menengah agama kerajaan johor ) selama 5 tahun, saya masih belum pernah menjejakkan kaki di Kampung Batu Badak, kerana kaawasan kampung tersebut sangatlah jauh dari bandar segamat.DSC01266

Kami bertolak dari Perlis selewat 12 malam dan kami tiba di segamat pada pagi 26 November 2007. Pengalaman bersama dengan mangsa banjir tidak dapat ana lupakan.

Malam ni, fikiran saya tertumpu kepada mangsa-mangsa banjir tersebut. walaupun telah hampir 2tahun kami tidak bersua. jujurnya, saya amat merindui mereka, kerana bagi saya, ikatan yang tulus suci dan murni itu bukanlah diikat pada hari tertentu sahaja, tetapi sepanjang masa.

Pada pendapat saya, mereka lebih kuat dan tabah dari saya, mereka sendiri menyaksikan kematian sahabat-sahabat mereka ditelan air deras, namun mereka masih tetap terus berjuang dalam kehidupan.

Hakikatnya, bukan saya yang membuat misi kemanusiaan, tetapi merekalah yang membuat misi itu.. mereka menyedarkan saya bahawa, kehidupan ini penuh dengan cubaan dan dugaan namun, kehidupan mesti diteruskan tanpa mengenal erti putus asa.

ini mengingat saya kepada sebuah hadis yang dipinta oleh seorang sukarelawan untuk kami hafal :

“Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin, semua urusan baik baginya dan kebaikan ini tidak dimiliki oleh selain seorang mukmin. Apabila mendapat kesenangan ia bersyukur dan itulah yang terbaik untuknya. Dan apabila mendapat musibah ia bersabar dan itulah yang terbaik untuknya.”
{HR. Imam Muslim]

saya masih ingat, setibanya kami disana, kami tak tahu apa yang kami perlu buat. namun, memikirkan keadaan mereka yang agak sayu, kami bersepakat untuk bermain beberapa permainan. macam-macam permainan kami main. Galah panjang, kotak beracun, kuiz upin dan ipin, uji minda dan yang paling tak dilupakan adalah permainan “Debab kata”.

sesungguhnya, saya melihat mereka adalah sekelompok manusia-manusia yang istimewa.. oleh itu, ingin sekali saya ketahui keadaan mereka sekarang.

jika ada sesiapa mengenali mereka , silalah hubungi saya di email saya :

abudujanah_89@yahoo.com