Asalamualaikum siti, hari ni dah sebulan lebih abang berada di bumi mesir ni, bumi yang menanamkan ribuan dan jutaan ilmu dan ilmuan, bisa menjadi alim disini dan boleh juga untuk jadi dajjal disini .. inilah bumi anbiya` dan disini jualah bumi para firaun laknatullah.ilmu ada di merata tempat, buku yang penah dengar sahaja namanya di malaysia tapi disini dapat dibaca dan dihayati..

Mungkin siti terkejut abang buat surat dan siarkan surat untuk siti ni kat internet. siti janganlah marah, tapi abang rasa surat ini sesuai untuk siti dan para remaja lain..

Siti, abang ni selalu buat silap kat siti, ada ketika abang marah siti buat perangai kat sekolah sampai ada ketika siti tak mahu lansung bercakap dengan abang,

abang ingat lagi masa abang khassah dulu, abang pernah bawak parang dan marah-marah siti dan kawan siti tapi sebenarnya parang tu abang terjumpa kat kelas abang dan nak bawak balik ke huffaz, takkanlah abang nak parang anak saudara abang…

siti tahu tak…

Abang hanya ada seorang anak sedara yang paling tua, umur dia 16 tahun, sekarang di tingkatan 4 di sebuah sekolah yang penuh tarbawi, dia suka dengar lagu “owang puteh”, suka tengok citer korea atau taiwan sampai nangis-nangis dengan mak cik dia ,

periang dan ramai sungguh kawan yang lain jantina, sampai satu ketika, terlalu “familiar” kat sekolah dengan kawan-kawan yang baru nak mengenal dunia, dia selalu dapat apa yang mama dan papa dia mintak, betul-betul dimanjakan, pernah sekali mama dia jumpa abang dan tanya masalah dia sambil diiringi suara yang penuh sebak. papa dia pon macam tu.. nampak tak kisah, tapi dia sanggup bagi apa aja, asalkan anak dia berjaya.

anak sedara abang ni ada satu perangai yang melucukan, hari ni dia insaf,esok mesti dia buat lagi.. sungguh abang tak paham. dan amatlah abang marah bila dia terlalu mengabaikan pelajaran dia.. huhuhuhu!

tapi siti…ingatlah..

dalam kehidupan, kita perlu merentasi makna dan hakikat sebuah kenyataan hidup:

kita hidup bertuhan, kita hidup berkeluarga, dan kita hidup untuk berbakti kepada semua yang ada di muka bumi..

siti,, maafkan abang sebab dulu abang pernah menganggap siti ni nakal dan takkan boleh berubah.. tapi, abang mula memahami erti hidup..

hidup tanpa dugaan beerti kita hidup tanpa kenikmatan,

lagipun, Allah ciptakan manusia memang untuk itu… untuk diuji..

Siti.. harapan yang tertanam didalam dada ummah amat tinggi menggunung, mereka mengharapkan ada sekelompok manusia yang mahu membawa mereka kejalan yang benar.. namun kelompok itu masih tidak kelihatan…dalam keadaan diri mereka semakin parah.. mereka semakin jauh dari jalan kebenaran, mereka semakin hilang arah tujuan…

Umur siti dah 16 tahun,,, abang pernah tanya siti, macam mana spm nanti? tapi siti menjawap seolah-olah siti tidak punya peluang kejayaan dalam spm..

siti, natijah hanyalah sebuah bonus.. yang penting adalah kita usaha…jika bukan untuk kita.. maka usaha mencapai kejayaan itu adalah untuk adik kita, supaya setelah dia melihat kejayaan kita, dia akan berubah untuk berjaya seperti kakaknya juga..

jika bukan untuk adik, maka usaha mencapai kejayaan itu adalah untuk ibu yang selalu mengharapkan kejayaan anaknya, supaya setelah dia melihat kejayaan kita, dia akan tersenyum bangga dengan kita walaupun sekian lama dia berendam air mata atas kesalahan kita,

jika bukan untuk ibu… maka usaha mencapai  kejayaan itu adalah untuk ayah yang selalu merisaui kita setelah dia menghantar kita begitu jauh untuk belajar,…memecah keringat hanya kerana seorang anak,, supaya setelah dia melihat kejayaan kita, dia akan sujud syukur kerana mempunyai seorang anak perempuan yang begitu sempurna baginya..

………………………………….

jadilah seperti apa pun yang engkau mahu.. asalkan ianya memberi kebaikan kepada dirimu dan orang lain..

ikhlas dari bapa saudara mu yang kau panggil abang.,siti nur hasyimah binti hisyamudin

mohd shahabudin md yatim