A. Qudwah Hasanah Dan Realiti Di Dalam Masyarakat Kini

i. Qudwah Hasanah di dalam al Quran al Karim

Firman Allah s.w.t :-

 

" Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah "

( Surah al Ahzab : 21 )


Firman Allah s.w.t :-

" Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq. "

( Surah ali 'Imran : 110 )

ii. Qudwah Hasanah mengikut nilaian masyarakat kini.

Masyarakat kini menghadapi krisis nilai dalam menentukan Qudwah Hasanah. Mereka memandang Qudwah Hasanah itu dalam bentuk Juz’i, iaitu Islam dalam bentuk yang terpisah-pisah. Ini adalah kerana mereka tidak memahami Islam sebagai Ad Deen.

Natijah daripada pengambil Qudwah Hasanah ini dalam bentuk juz’i ini maka lahirlah masyarakat yang jauh hubungannya dengan Allah s.w.t.

Sebagai contoh, kita akan dapat melihat mereka menilai individu hanya dalam bentuk percakapan semata-mata ataupun dalam bentuk perlaksanaan ibadah khusus semata-mata. Mereka tidak mengambil Qudwah individu tersebut secara keseluruhan mengikut kaca mata Islam, yang Syamil dan Kamil.

Nilaian seperti ini akan sentiasa berubah-ubah dan ianya tidak tetap kerana ianya bukan suatu yang haq. Sesuatu yang bukan haq itu adalah batil dan sudah pasti ia tidak akan diterima oleh Allah s.w.t.

Qudwah Hasanah dalam konteks harakah adalah berbeza kerana nilaian harakah adalah nilaian Allah s.w.t. Suatu nilai yang tetap, tidak berubah-ubah, mengikut suasana, masa, tempat dan keadaan. Ini adalah suatu yang hakiki yang datangnya daripada Allah s.w.t, yang perlu kita terima tanpa ragu-ragu lagi.

IMG_7764

 

B. Keperluan Qudwah Hasanah Dalam Pembentukan Ummah Islamiyyah.

Asy Syahid Sayyid Qutb telah menjelaskan di dalam “ Petunjuk Sepanjang Jalan “ , bawah tajuk Generasi al Quran Yang Unik, bahawa “ Kita perlu kembali kepada sumber-sumber asas di dalam usaha-usaha kita untuk melahirkan Ummah Islamiyyah. “

Di dalam Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah, kepimpinan dalam semua peringkat merupakan nadi dalam pembentukan ummah. Tanpa Qudwah Hasanah dalam barisan kepimpinan maka segala usaha kita ke arah pembentukan Ummah Islamiyyah akan tergendala atau hanya akan tinggal contoh di bibir semata-mata, tidak lahir dalam bentuk amalan.

Berdasarkan kepada faktor-faktor tersebut maka kita berkeyakinan bahawa tiada pilihan lain lagi melainkan mewujudkan Qudwah Hasanah di dalam Harakah kita terutamanya di dalam barisan kepimpinan. Oleh kerana usaha untuk melahirkan Ummah Islamiyyah itu adalah wajib, maka Qudwah Hasanah juga menjadi wajib di dalam tarbiyyah kita.

IMG_7761

C. Qudwah Hasanah Dalam Generasi Awal

Asy Syahid Sayyid Qutb di dalam menghuraikan kejayaan Generasi al Quran yang pertama telah melandaskan tiga faktor utama yang melahirkan generasi yang unik itu. Faktor-faktor tersebut ialah :-

i. Mengambil hanya al Quran al Karim sebagai sumber rujukan.

ii. Al Quran al Karim diterima sebagai arahan.

iii. ‘Uzlah Syu’uriyah Tammah.

Sewajarnya setiap anggota harakah memahami bahawa ketiga-tiga faktor ini berjalan serentak, tidak berpisah-pisah antara satu sama lain. Sekiranya terdapat pemisahan ketika kita mengambil faktor-faktor ini, walaupun kita mengambil sumber dari sumber yang sama, maka sudah pasti dengan Izin Allah s.w.t, tidak akan sampai kepada matlamat mengujudkan Ummah Islamiyyah yang kita idam-idamkan.

Perlu dijelaskan bahawa untuk melahirkan Qudwah Hasanah, kita tiada pilihan lain melainkan kembali kepada Madrasah Rasulullah s.a.w secara keseluruhannya.

 

D. Imtihan dan qudwah

Apabila kita sama-sama telah bersepakat bahawa qudwah merupakan sebuah medan mencapai ghayah dakwah sepertimana kata-kata “qudwah qabla dakwah” maka kita perlu berusaha untuk mencapai medan qudwah. sebagai seorang pelajar khususnya, kita mempunyai medan yang luas didalam dakwah kerana para pelajar di sekolah mahupun Universiti merupakan para pelajar yang terdidik akal fikirannya secara akademik dan intelektual, oleh itu alangkah baiknya jika kita dapat menggumpulkan mereka dalam jalan dakwah dan tarbiyah.

IMG_7789

“Orang bijak pandai” ini sentiasa mencari-cari teman dan rakan yang boleh berkongsi kebijaksanaan mereka. oleh itu, jika kita yang dapat mengisi kekosongan itu alangkah beruntungnya dunia Islam.

 

sebagai pelajar islam contoh, kita semestinya mendapatkan Ilmu yang mantap, pencapaian akademi yang maksima dan thaqafah yang dikagumi supaya kita menjadi Qudwah kepada para pelajar yang lain. oleh itu, kita sudah tiada masa untuk tidur lena di bantal yang empuk, bersiar-siar membuang masa yang perlu diisi, dan sebagainya.

 

Alangkah merugikan apabila kita sebagai seorang pelajar hanya dilihat bijak pandai dalam aktiviti dakwah namun kita ketinggalan dalam pelajaran kerana perkara ini boleh menjatuhkan maruah kita disisi para pelajar yang lain sedangkan islam amat menitik beratkan soal maruah. kita akan sentiasa di gelar “hanya pandai cakap saja!” "cakap tak serupa bikin” dan lain-lain.

sujud

JIka benar Allah mahu menguji kita dan memberikan kita kegagalan dalam imtihan setelah kita berusaha dengan sesungguhnya maka ia adalah sebuah ujian yang meningkatkan darjat keimanan kita , namun jika dilihat dari realiti yang berlaku, orang yang berusaha samada Islam mahu pun kafir tidak pernah dikecewakan Allah SWT.

Marilah sama-sama kita menjadi pelajar contoh di institusi masing-masing!! semoga Islam dijulang dengan qudwah yang kita tampilkan.. ini resolusi kita.

 

“Masyarakat sudah jemu dengan slogan, Masyarakat mahukan Qudwah”

Wallahualam.