Hari ini , 4 mei 2010 , ketika meneliti satu persatu halaman MalaysiaKini, saya telah terlihat disudut SURAt yang dihantar ke MalaysiaKini yang membincangkan tentang sebuah masalah yang besar bagi Umat islam, iaitu munculnya 2 laman yang dimiliki oleh seseorang yang menggelarkan dirinya KAFIR BANGGA di FaceBook dan You Tube.

Untitled

Dibawah ini adalah antara kandungan surat tersebut.

Assalamualaikum,

Satu laman web Facebook seperti alamat berikut yang menggunakan 'ID' ataua nama samaran 'Kafir Bangga' telah menghina kesucian agama Islam melalui kenyataannya seperti di bawah:

'Israk & Mikraj Aku masih tak boleh faham macam mana manusia yang berakal boleh percaya akan cerita yang sebegini bodoh.'

Dari kenyataan tersebut secara jelas beliau menghina persitiwa Israk & Mikraj yang terdapat di dalam Islam.

Beliau juga telah mencipta sebuah klip video bagi menghina persitiwa Israk & Mikraj dan seterusnya menghina Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Beliau juga secara bangga mencabar pihak berkuasa menahannya melalui kenyataannya:

Kafir Bangga
eh, suka hati aku lah nak buat video. memang aku nak mempengaruhi orang lain. kau tau tak betapa susahnya aku nak hidup sebagai seorang murtad? orang islam di negara ni dah banyak menjahanamkan kehidupan manusia yang tidak bersalah. jadi aku rasa, aku ada hak untuk menyatakan kebenaran."

Kafir Bangga
aku pun harap polis dan jabatan agama islam jumpa video aku.

Kafir Bangga
jabatan agama islam campak orang2 murtad dalam 'pusat pemulihan' takda pulak kau nak kata menyentuhi sensitiviti agama. nak campak aku dalam ISA? campak arh! hahaha... tapi kena cari aku dulu la.
pergi talipon polis. pergi.... tekan 999. lepastu kata "encik, ada orang buat video youtube.". tak ka bodoh bunyinya?

Demi maruah dan kesuciaan Islam yang juga merupakan agama rasmi Persekutuan Malaysia, maka saya berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya ke atas beliau.

image

Sahabat-sahabat Muslim yang dirahmati Allah,

Islam diserang secara habis-habisan oleh orang yang bukan islam dan orang islam sendiri, namun ramai dikalangan kita yang masih belum sedar akan hakikat tersebut, malahan masih terus menerus bersuka ria dan lalai. Kelalaian kita itu menyebabkan para musuh-musuh Islam lebih rancak dan kita terus dihina dan dicerca.

Pada masa kini, ramai manusia muslim sudah tidak mengamalkan agama dalam kehidupan, bahkan lebih teruk dari itu, mereka langsung tidak mengendahkan urusan umat Islam....

Saya mempunyai ramai rakan yang banyak perwatakan, ada dikalangan mereka yang dahulunya enak dipandang  telah berubah kepada perwatakan yang dimurkai oleh Allah SWT dan Rasulnya, asalnya memakai tudung telah meletakkan mahkotanya itu ditepi, ada juga yang mempunyai 3 orang teman wanita bahkan ketiga-tiga mereka adalah sahabat karib, ada juga yang dahulunya amat peka dengan waktu solat telah menjadikan solat hanya sebagai ibadah sampingan. Namun bukanlah keadaan fizikal mereka yang mahu saya ceritakan , tetapi saya tertarik dengan suatu kekuatan yang ada dalam diri mereka iaitu keprihatinan dalam agama. Mereka pantang jika Islam dihina walaupun mereka sendiri tidak mengamalkan islam dengan baik. Bukanlah bermakna saya menyokong mereka dalam perkara bathil tersebut, tetapi marilah sama-sama kita bermuhasabah diri kita sendiri sejauhmana kefahaman Islam kita dan kita carikan jalan resolusinya.

Tuntasnya, saya mengaharapkan peristiwa yang berlaku pada hari ini berjaya mengubah dan menyedarkan diri kita seterusnya menjadi titik tolak dalam memperjuangkan Islam dengan cara yang kita mampu,

 mereka telah berusaha mensucikan kembali pemikiran orang Islam.. anda bila lagi?

Hanya Kita Mampu Merubah Diri Kita,

 

Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela agama Allah nescaya Allah membela kamu – Surah Muhammad : 7