Matlamat boleh didefinasikan sebagai sebuah impian yang ingin dicapai oleh seseorang individu mahupun sesebuah kumpulan manusia. Matlamat memberi motivasi kepada manusia dan motivasi memandu manusia kearah yang tepat , tanpa matlamat manusia hilang arah tujuan dan boleh dipanggil manusia yang tidak diperlukan.

MATLAMAT

Bagi seorang hamba Allah SWT, matlamat utama kita adalah mendapat redha Allah SWT agar dikurniakan semula nikmat syurga yang kekal abadi di Akhirat kelak. Maka, pelbagai cara dan tindakan dilakukan bagi mencapai matlamat tersebut.

Mukmin berusaha dengan seluruh kemampuannya bagi mencapai matlamat yang dihajati.

 Bagi seorang pelajar pula, matlamatnya adalah mendapatkan ilmu pengetahuan dan menyampaikannya kepada orang lain. Belajar tanpa matlamat seumpama menembak tanpa sasaran.

Namun, matlamat pelajar selalunya bertentangan dengan usaha yang dilakukannya. Pelajar mahukan kejayaan tetapi terlalu malas dengan pembelajaran, pelajar mahu mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji., pelajar mahu membanggakan kedua ibubapanya tetapi lebih banyak bersembang dari mentelaah buku.

 Kita sering bertentangan dengan matlamat kita

 شهاب0519

Sebagai pelajar yang menuntut ilmu diluar negara pula, kita keluar dari tanah air kesayangan kita semata-mata untuk menuntut ilmu pengetahuan, maka kita sepatutnya mengembeling usaha yang sekuatnya bagi mencapai matlamat tersebut. Ulama` terdahulu merantau hanya bagi mendapatkan sebuah hadis sahaja. Maka kita sebagai pelajar luar negara, merantau dengan niat menuntut ilmu, maka kita kena menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh sehingga kita menjadi Pakar Rujuk dalam ilmu yang kita dalami.

Namun, tidaklah sama seorang pelajar yang mempunyai matlamat untuk diri sendiri dengan pelajar yang mempunyai matlamat yang lebih besar..., menyebarkan kefahaman Islam kepada masyarakat dunia khususnya Malaysia...

 Animated-Flag-Malaysia

“Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang”

 – Cecil B. DeMille