Ramai dikalangan kita yang telah mengakhiri persekolahan  telah membuat pilihan melanjutkan pelajaran di negeri mahupun negara yang lain. Kadangkala keputusan yang dibuat itu merupakan pilihannya sendiri, dan mungkin juga merupakan pilihan keluarga dan desakan rakan-rakan, namun apa yang penting, kita telah membuat pilihan. Dan pilihan itu juga telah membawa berbakul-bakul harapan yang menjulang.

ibu n ayahku Ibubapa merupakan diantara yang terlalu mengharapkan kejayaan kita,mereka mengorbankan harta dan perasaan mereka untuk melepaskan kita pergi menuntut ilmu, walaupun kebenaran yang mereka berikan itu amat berat dihati mereka, mereka tetap meneruskannya atas sebuah harapan .. mereka mendambakan kejayaan anak kesayangan mereka. Bukannya perkara yang mudah untuk membiarkan anak mereka pergi meninggalkan mereka, mungkin si anak jika berenggang dengan ibubapanya, beliau akan merasa sedih dan pilu tetapi betapa pilu dan sedihnya perasaan ibu dan ayah apabila mengingatkan anaknya yang jauh diperantauan??

kluargaku

Abang , kakak dan adik juga mengharapkan kejayaan kita, mereka memberi kekuatan sokongan semangat kepada kita kerana mereka mahu kita berjaya, Abang dan kakak saya sendiri mereka tidak dapat melanjutkan pelajaran diperingkat yang tinggi kecuali beberapa orang sahaja dari kalangan mereka, kerena kesusahan dan kesempitan kewangan yang keluarga kami alami suatu ketika dahulu, oleh itu, mereka amat mengharapkan kejayaan adik-adiknya diperingkat tinggi sebagai GANTI dari ketidak sempatan mereka keArah itu..Adik-adik pula menumpukan sepenuh tumpuan kepada perkembangan kejayaan kita sebagai peransang untuk mereka berjaya.

My Kampung

Jika anda berada dikampung, anda akan menjadi harapan penduduk kampung anda untuk berjaya, mereka mahukan kejayaan anda bagi merubah kehidupan kampung anda, menaiktaraf pemikiran dan melakukan kerja-kerja pembaharuan di kampung anda, ini juga tidak berkecuali untuk orang yang tinggal di Taman-taman dan perumahan-perumahan.

Sahabat-sahabat sekalian,

image

Ada sebuah harapan lagi yang lebih besar dari segala harapan-harapan, harapan yang menyeliputi langit dan bumi, lebih besar dari ombak yang bergelora....itulah harapan Rasulullah SAW kepada Umatnya, baginda mahukan kejayaan kita kerana  baginda telah memberi kepercayaan kepada kita untuk mengubah umat ini dari kegelapan kepada cahaya yang terang benderang,dari matlamat keduniaan kepada matlamat Redha Allah SWT,  baginda mengharapkan kejayaan kita untuk merubat penyelewengan akidah dalam masyarakat Muslim Mukmin, baginda mengharapkan kita untuk menjadi para pembela agama Allah tatkala ianya diserang dan dihina habis-habisan.... inilah harapan yang tertinggi  yang selalu kita lupakan..

Harapan ini bukanlah hanya untuk para Ustaz dan Ustazah yang belajar dalam bidang agama, harapan ini juga ditujukan kepada seluruh umat Islam , anda dan saya juga umat Islam, kita sedang menjadi harapan Rasulullah SAW, walaupun bidang pekerjaan kita berbeza, ada dikalangan kita bakal pereka fesyen,bakal doktor, bakal jurutera dan lain-lain, kita tetap dibawah harapan Rasulullah SAW..

Konklusinya, kita merantau dengan harapan pelbagai pihak , oleh itu kita perlu mengembling daya usaha kita untuk memenuhi harapan tersebut.

“ada yang mengharapkan kejayaan kita, jangan sia-siakan harapan mereka”

Barangsiapa yang berjalan dengan niat menuntut Ilmu nescaya Allah SWT akan memudahkan perjalanannya ke Syurga – Hadis Muslim

May Allah Bless Me And All of You..