Header Ads

test

Surat Cinta buat Adik-adikku Sayang

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Adik-adikku sayang – Syakir, Fateh, Siti, Farid dan Huzaifah,

Abang harap semua adik-adik abang sihat dan senantiasa berada dalam perlindungan Allah SWT bagi mencapai kemuncak ketaqwaan yang tertinggi.

Abang di bumi anbiya` kini sedang berada dalam minggu-minggu peperiksaan , bahkan sekarang ni pun abang masih bertukus lumus menghafal Al-Quran kerana selasa nanti ( 25 Mei 2010 ) sudah berlansung imtihan Syafawi Al-Quran.

Adik-adik yang abang kasihi sekelian,

keinginan menjejakkan kaki dibumi anbiya` amat mudah dipasang, namun untuk mengecapinya bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan jiwa yang kuat dan berani menghadapi jutaan risiko yang akan menjengah tanpa mengira masa dan waktu.

antara risiko yang amat pahit yang dihadapi oleh abang dan abang-abang dan kakak-kakak yang lain adalah kewangan !

Adik-adik sekelian mestilah sedar bahawa keluarga kita bukanlah merupakan sebuah keluarga yang mewah dari segi kewangan dan harta benda. Ayah sudah tak mampu bekerja keras, mak pula sudah tidak selincah dulu, pendapatan keluarga kita tak pernah tetap, mak dan ayah tetap bekerja keras untuk menyara hidup kita walaupun mendapat sedikit bantuan dari abang-abang dan kakak-kakak yang prihatin.

Untuk pengetahuan adik-adik sekelian, abang hidup disini cukup bersederhana dan berjimat, duit yang diberikan oleh mak ayah hanya dapat diperuntukkan untuk membayar duit sewa rumah, kitab dan sedikit belanja harian.

kesempitan kewangan juga menyebabkan abang tidak mampu membeli sepasang selipar yang hanya berharga LE 10 ( RM 5 ), bahkan abang memaksa diri untuk memakai selipar yang telah bocor ditumit dan telah putus talinya itu untuk ke kuliah dan kemana-mana sahaja.

kalah pengemis kasut bocor siap cucuk jarum

walaupun ada diantara kawan-kawan abang mengatakan abang ni seorang yang kedekut, abang endahkan.. sebab abang tak ada peruntukan untuk itu, jika ada duit lebih, abang akan gunakan membeli kitab kerana matlamat abang dan kita semua adalah belajar.. maka, segala pengorbanan perlu dicurahkan untuk itu!

 شهاب0429

Adik-adikku sayang,

peliharalah diri kalian dari sifat-sifat yang dibenci Allah dan Rasul-Nya, Jagalah hati dan perasaan mak dan ayah..

Syakir,

Abang ada dengar adik nak masuk KTD, teruskan Usahamu dik, perbaikilah pembelajaran dan Dakwahmu di KTD, insya Allah, KTD adalah pilihan terbaik !, bukalah hatimu untuk tarbiyyah kerana hanya ia kebanggaan kita..

Fateh dan Siti Nor,

berusahalah bersungguh-sungguh dalam menghadapi SPM tahun ni, lupakan apa kata orang, kerana jika kita suka mendengar kata orang, kita sesah untuk berjaya.. abang ada harapan yang besar untuk hangpa berdua, “ Abang mahu hangpa cemerlang dalam SPM dan menjejakkan kaki ke University dengan biasiswa tajaan kerajaan”.. buktikan diri kita boleh cemerlang dengan USAHA dan TAWAKKAL… jauhilah maksiat, kerana ianya hanya akan memudaratkan mata hati kita ..

Farid,

PMR tahun ni buktikan yang terbaik! lupakan sementara kawan-kawan yang tidak membantu kearah kejayaan , mama dan papa amat mengharapkan kejayaan farid, kerana faridlah hero mereka, “baiki Akhlak dan berusahalah bersungguh-sungguh!”

terakhir untuk adik bongsu abang yang baru menjejakkan kaki di Matri,Huzaifah,

Adik, sesuaikanlah diri diMatri dan bukalah hati untuk menerima Tarbiyyah disana, Ingatlah adik, kita ni hidup banyak sangat menagih simpati orang.. jangan sampai orang melihat kita sebagai manusia yang tak mengenang budi.. buktikan adik adalah bayangan kepada Huzaifah Al-yamani, seorang sahabat Rasulullah yang diberi kepercayaan menyimpan Rahsia kerajaan Islam Madinah!.

Adik-adikku sekelian,

setakat ini sahaja nukilan abang , abang harap adik-adik semua terus berjaya dalam kehidupan..

kirim salam sayang dan rindu abang kepada Mak, Ayah, Kak Imah, Abang Hisyam, Abang Fauzi, kak Ros, Abang Korie , Kak Maya, Abang Mat, Abang Die, Kak Ah, Abg In n keluarga yang lain..

P/s : rindu sangat kat kak ros….huhuhuhu

2 comments:

  1. Anonymous6/13/2010

    mana nama abg Lim?

    ReplyDelete
  2. hahahha abg lim termasuk gak.. kak syuhairah ,anak2 semua masuk.. :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.