Seantero dunia kini, memperlihatkan kebiasaan yang membimbangkan apabila cinta dan cita-cita tidak dapat difahami dengan baik oleh setiap lapisan masyarakat. Cinta sentiasa diletakkan pada tempat yang salah, manakala cita-cita tulen pula hanyalah sampingan yang tidak diperlukan dalam fikiran masyarakat kini.

Cinta merupakan sebuah perasaan semulajadi yang telah Allah SWT tetapkan didalam setiap jiwa mahkluk bernyawa dari kalangan cintamanusia, jin, binatang dan tumbuh-tumbuhan ,Cinta adalah perasaan jiwa seperti kegembiraan, kebahagiaan, ketenangan dan pengharapan kepada sesuatu. Cinta juga bermakna keinginan, tarikan dan keterikatan dengan sesuatu.

Apabila seseorang bercinta maka akan terpancarlah tanda-tanda cinta pada dirinya, segala pemikiran, tumpuan dan tingkah laku akan cenderung kepada yang dicintai, hati akan sentiasa mengarah kepadanya, wajah sentiasa tersenyum dek kerana melihat dan mendengar pertuturannya manakala perlakuan pula akan berubah elok bila berhadapan dengan yang dicintai.

Allah SWT mengisi hati manusia dengan cinta, maka cinta itu bisa menerima perubahan ke beberapa jenis dan ketegori kerana ia mengikut sifat hati yang sentiasa berubah.

Cinta Hina : r29780qj6ji7

                 Cinta yang bahagia itu boleh menjadi hina apabila cinta itu ditujukan kepada Makhluk bagi melepaskan nafsu yang memendam didalam jiwa tanpa sebarang persetujuan Allah dan Rasulnya, cinta jenis ini boleh menjerumuskan manusia ke ladang maksiat dan kebinasaan di akhirat kelak, bahkan kes-kes jenayah juga akan meningkat, ramai juvana akan mengandung tanpa ikatan yang sah, bahkan anak yang dikandung itu mungkin saja akan dibunuh mahupun dibuang, kes rompakan akan berleluasa didalam setiap peringkat umur dan situasi pekerjaan, penyelewengan harta dan pangkat pula amat membimbangkan.

Malangnya, cinta jenis ini sudah tersebar luas dikalangan masyarakat umumnya dan umat islam khususnya. Sedangkan cinta jenis ini hanyalah cinta tipuan dan bayangan, ianya akan hilang pada masa dan waktu yang telah ditetapkan Allah SWT.

Cinta Main-main :

                Cinta jenis ini pula adalah sebuah jenis cinta yang tidak punya matlamat dan perancangan, si pecinta hanya bercinta kerana trend semasa yang mendesak.  Apabila si pecinta melihat ramai rakannya mempunyai pasangan, maka dia juga ingin demikian, bila si pecinta melihat orang memakai pakaian yang mahal dan berjenama, maka dia juga ingin sedemikian, bercinta kerana orang lain. Ini bukanlah sebuah cinta yang suci dan sejati malahan cinta jenis ini lansung tiada nilai dalam agama Islam.

Malangnya cinta jenis ini sentiasa digabungkan dengan cinta hina akibat kejahilan dan pendeknya pemikiran masyarakat dunia kini, cinta ini juga dikenali sebagai cinta monyet, cinta kontrak dan cinta kolej.

Cinta Mulia : FA_KCB_promo nasional-ver_final

                 Allah SWT mencipta cinta adalah untuk ianya menjadi mulia dan disanjungi. Maka cinta sorang hamba kepada Tuhannya, cinta umat kepada Rasulnya, cinta si anak kepada ibubapanya, cinta muslim kepada ummahnya, cinta suami kepada isterinya merupakan cinta yang diiktiraf oleh Allah dan Rasulnya, bahkan cinta jenis ini amat membahgiakan, si pecinta akan merasa kemanisan percintaan diseluruh kehidupannya, samada di dunia mahupun di akhirat kelak. Setiap jiwa yang mempunyai cinta jenis ini akan sentiasa bangun membela agamanya, mempertahankan Kalam tuhannya , membenteng sunnah Rasulnya. Akhirnya akan membentuk sebuah Generasi Musim Berkualiti.

Malangnya, cinta jenis ini terlalu sedikit pada masa kini, manusia tidak lagi berahi dengan nikmat syurga yang menanti si pecinta. Inilah cinta yang dilupakan dan dilemparkan jauh dari kehidupan manusia.

Cita-cita pula bagaimana?

Cita-cita merupakan sebuah matlamat dan impian yang ingin dicapai oleh seseorang bagi memuaskan kehidupannya. Fitrah cita-cita menagih 1000 kepayahan dan pengorbanan . cita-cita muslim adalah untuk mendapatkan redha tuhannya, menjadi hamba yang taat dan Berjaya kembali ke taman asalnya, Firdausi..

Kesimpulannya, cinta dan cita-cita muslim mempunyai kaitan yang amat rapat. Cinta mulia dan suci murni berlandaskan kehendak Allah dan Rasul-Nya pasti mendapat kerunia dari Allah SWT, Sang Pencipta Cinta. Bila cinta mulia berjaya dicapai dan digengam kejap maka, cita-cita kembali ke syurga bersama redha Allah swt akan menjadi kenyataan, bukan lagi fantasi.

Allah berfirman bermaksud :

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[Ali Imran : 31]