Animated-Flag-Malaysia Transformasi generasi muda Malaysia kini menjadi sebuah fenomena yang amat membanggakan, kalangan muda-mudi kini menyedari hakikat keperluan kepada perubahan minda dan keselarasan amal. Tidak mustahil jika fenomena sebegini dibimbing dan dipandu dengan baik maka kita akan mencapai sebuah wawasan keterbukaan minda dan keselarasan amal yang bertunjangkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT pada waktu dan masa yang terdekat.

Satu ketika dahulu, generasi yang ingin berubah dari takuk kejumudan dan kejahilan di ancam dan dikecam oleh pelbagai lapisan masyarakat, pemerintah menahan dan memulaukan golongan ini, bahkan kata-kata mereka dihalang dari dicetak dan dijadikan rujukan, mereka dituduh berfikiran songsang bahkan ada di antara mereka dibunuh hanya kerana berbeza pemikiran. Masyarakat melebelkan mereka dengan lebel yang dianggap sesat dan berbagai lagi mehnah yang dikenakan kepada mereka.

Masyarakat dahulu amat susah menerima perubahan bahkan mereka lebih suka mengikut apa kata nenek moyang dan orang tua dikalangan mereka. Pemikiran terlalu jumud sehingga mendewa-dewakan amalan tanpa melihat keserasian perkara tersebut dengan agama.

Masyarakat mengikut tanpa bertanya darimanakah sumber sesuatu kenyataan dan fakta. Mengikut apa sahaja kata orang yang menyenangkan diri mereka. Malahan mereka juga tidak dapat membezakan diantara perkara penting dan bukan.01Berubah

Perubahan zaman, kesungguhan rijal dan keikhlasan pejuang kebenaran memperlihatkan sebuah momentum perubahan yang memberansangkan apabila masyarakat kini telah mementingkan fakta dan sumber rujukan. Masyarakat suka bertanya dari mana sesebuah kenyataan dan fakta itu diambil. Adapula dikalangan mahasiswa yang suka mengkaji kebenaran sesuatu kenyataan, bahkah lebih mengembirakan, mereka telah kenal perkataan " RESOLUSI" didalam setiap perbincangan masalah.

Dahulunya, golongan berpendidikan selalu dikritik kerana bercakap tanpa menunjukkan contoh sehingga muncul istilah " cakap tak serupa bikin" dikalangan pendengar. Namun kini, momentum perubahan telah memberi kesan apabila golongan berpendidikanlah diantara yang mempelopori bidang kerja dan amal.

Imam Hassan Al-Banna Rahimahullah pernah membuat sebuah kenyataan yang amat bermanfaat, kata beliau : jika anda mahu melihat keadaan Negara 10 tahun akan datang maka lihatlah pada pemudanya kini.

Pemuda Malaysia kini merupakan pemuda yang menerima fakta dan bertindak melaksanakan fakta tersebut setelah meyakini kebenarannya. Fenomena ini telah memberi "bunga-bunga" kepada kebangkitan sebuah generasi yang menerima pendidikan minda yang tepat dan keluasan amal yang diperlukan.

Di Malaysia, terdapat beberapa negeri yang amat memberansangkan dari aspek ilmu dan amal seperti Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, dan majoriti negeri lain. Keterbukaan pemerintah, dan keterbukaan minda telah menghilangkan derita-derita perjuangan lama.

Dahulu masyarakat hanya menerima fakta yang dipaparkan di talevision, tetapi kini, masyarakat hanya perlu menekan butang-butang computer untuk mengetahui permasalahan dunia. Bahkan lebih mengembirakan apabila telah wujud individu-individu yang berkhidmat untuk agama dan perubahan melalui medium internet yang merupakan medium dakwah terpantas.

Abdullah Thaidi Hassan pernah memberi sebuah komentar yang bernas pada tahun 2009 di sekolah ibn Khaldun ,Selangor . katanya :

"siapa yang Berjaya menakluki dunia siber, maka individu atau kumpulan itu akan berjaya memenangi PRU 13 ( Pilihan Raya Umum ke-13 ) nanti "

Kenyataan ini adalah sebuah kenyataan yang memberansangkan pemikiran kita, apabila didunia siber sekarang, pemikiran perubahan bukan lagi asing dan tak dikenali. Bahkan , pemikiran inilah menjadi arus perdana di dunia siber, pemikiran jumud dan jahil tidak lagi mendapat tempat didada masyarakat.

Kita memperakui akan banyaknya penyelewengan ilmu, kerosakkan pemuda dan kelonglaian amal dalam masyarakat kita, namun kita tidak mengakui semua pemuda kita telah lemah dan tidak bermaya kerana masih wujud generasi yang memperjuangkan kebenaran dengan peribadi sejati yang menonjol. Generasi ini sedang di proses dan dibentuk untuk membina Negara dengan acuan yang betul dan tepat selaras dengan syarak.

cover-buku-wawasan-pendidikan Mungkin ada diantara kita bertanya, siapakah yang mendidik mereka? Siapakah yang mengasuh mereka? Jawapanya ada pada kita. Kita lah yang mengasuh mereka menjadi matang dalam berfikir. Kitalah contoh kepada mereka. Kita membantu mereka dalam setiap langkah perubahan dan amalan. Kita punya kelebihan, maka kita perlu teruskan memberi keberanian kepada mereka mencari fakta, ilmu dan amal dalam perjuang memartabatkan Islam..

Wawasan 2020 telah menyaksikan perubahan ekonomi di Negara kita setelah bebagai usaha dan gerak kerja telah dilakukan bagi mencapai wawasan tersebut. Maka tidak mustahil jika meletakkan wawasan gerbang minda dan amal pada tahun 2030, bahkan jika gerak kerja dilakukan dengan bersungguh-sungguh maka tidak musthil ianya akan lebih cepat dari jangkaan jam detik manusia..

Tuntasnya, gerakan perubahan sedang dijalankan, manusia sedang berubah, maka jangan kita halanginya bahkan sertai dan pandukan ia menurut nilaian Allah dan Rasul-Nya.