Acap kali kita mendengar seorang jejaka yang bermimpikan kekasih hatinya berada disampingnya walaupun mereka berdua dipisahka dengan jarak bermilion-milion batu ibu n ayahkunautika ,lantaran dari kecintaannya yang begitu hebat dan mampan. Namun amat mengecewakan pula apabila amat payah untuk kita mendengar akan mimpi seorang pemuda dengan ibubapanya..

Ramai orang mengatakan bahawa : jika kita merindui seseorang itu, ia mungkin akan terbawa-bawa ke mimpinya, namun bagaimana pula hakikat yang berlaku kepada kita? Kita merindui kekasih melebihi kecintaan kita kepada selain daripadanya sedangkan, apalah sangat yang diberikan oleh kekasih hati yang baru sahaja dikenali sehari dua berbanding Ibubapa yang telah bersama kita sedari usia sebesar tapak tangan..

Mari kita kenang dan renung-renungkan, adakah ibubapa kita Berjaya menawan hati kita? Adakah mereka amat dikasihi oleh kita?adakah kita amat menghargai mereka?.. persoalan ini jarang sekali ditanya dan dibual-bulakan generasi pada zaman millennium ini. Bahkan mereka kan merasa terlalu kecil dan tidak kontemporari jika selalu sangat berbicara tentang ibubapa… akan tetapi yang memelikkan dan menghairankan.. tidak pula mereka berasa segan silu bercerita panjang lebar tentang si gadis comel pilihan mereka… heart-allah1

Sekarang kita merasai nikmat Iman dan Islam, kita juga Berjaya menjadi seorang penuntut ilmu, pekerjaan yang terjamin, hidup yang mewah dan segalanya.. disebabkan siapakah kita dapat merasai nikmat ini? Tidak dapat disangkal lagi, ianya adalah dari usaha titik peluh ibu dan ayah yang membanting tulang mendidik dan membentuk diri kita..

Siapa anda? Siapa saya? Dan siapa mereka ? jika tidak berkerana ibu dan ayah…

Ibubapa telah mengambil jalan yang signifikan dalam mendidik kita, bagaimana pula diri kita dalam membalas setiap perit jerih mereka…Islam mengajar kita untuk menghormati, mengasihi, menyintai dan patuh pada ibubapa, adakah kita telah meletakkan diri mereka tepat dihati kita?

Pesanan lunak saya kepada sahabat di rantauan, janganlah kalian lupa untuk selalu berbicara dengan ibubapa kalian dan jangan sekali-kali kalian tidak menghubungi mereka hingga berlarutan berbulan-bulan…seperkara perlu diingatkan.. :

"jika anda tidak merindui mereka, adakah anda pasti mereka tidak merindui anda?"

Tuntasnya, saya meyeru diri saya sendiri dan sahabat pemuda pemudi sekalian, untuk sama-sama kita memaku pahat hati kita dengan hati ibubapa kita..kata orang, tanpa mereka siapalah kita…