Aku adalah seorang muslim yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikuti sunnah Rasulullah SAW dengan penuh kasih dan cinta , antara sunnah yang amat ditekankan Rasulullah adalah solat subuh berjemaah di masjid, namun ..Dua hari ini aku amat sedih apabila sunnah yang amat digalakkan itu telahku abaikan dalam keadaan penuh kemampuan ..

Semalam, aku pergi ke masjid , tapi masjid masih berkunci, aku terus balik kerumah, sedangkan banyak lagi masjid yang berdekatan, Cuma jauh sedikit sahaja.

Hari ni pula, aku bangun agak lewat, oleh itu , aku beralasan untuk aku tidak bersolat di masjid, sedangkan boleh saja aku ke masjid, pasti ada saja jemaah masbuk yang terlewat seperti aku…

Setelah aku meninggalkan kebiasaan itu, mungkin Allah ingin mengingatkan ku… akan satu perkara penting .. "Iman bertambah dengan amal, dan berkurang dengan maksiat "

***************************************

Kebiasaanku, setelah solat subuh , aku akan tidur sehinggalah matahari menggangguku, ..

" aku dan beberapa rakanku telah diberi kebenaran untuk mencuba sebuah boneka pesawat yang dijadikan oleh para juruterbang dan pramugara sebagai percubaan dan latihan, pesawat tersebut amat mirip dengan pesawat sebenar kecuali ianya tidak betul-betul terbang, ianya lengkap dengan pelbagai kemudahan penerbangan termasuk video player dan cakera padat VCD.

Baron-G58_AeroplanePesawat itu tidaklah terlalu besar, hanya muat-muat untuk kami 6 orang, ketika kami diumumkan bahawa pesawat akan berlepas, semua kami mengenakan tali pinggang keselamatan, setelah berlepas dan berada diudara, seorang sahabatku telah sengaja membuka sebuah filem yang tidak senonoh untuk ditonton oleh seorang muslim dan muslimah yang mengaku dengan lidah dan hatinya beriman kepada Allah..

Tiba-tiba… air mataku mengalir deras, dalam masa yang sama, rakan-rakan lelaki dan perempuanku leka dengan keseronokkan menonton video tersebut…setelah beberapa ketika, datanglah seorang sahabat perempuan kepadaku dan bertanya perihalku..

" Syihab, asal ko nangis?" aku menjawab :

"Aku sedih jika pesawat ini betul-betul bergerak dan terhempas, sedangkan aku dan kita semua bertemu ajal dalam keadaan sedang berbuat maksiat, apa yang boleh aku jawab dihadapan Allah nanti? "

*********************************************

Aku terjaga dan teringat sebuah hadis .. :

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال :( لا يزني الزاني حين يزني وهو مؤمن ولا يسرق السارق حين يسرق وهو مؤمن ولا يشرب الخمر حين يشربها وهو مؤمن ) رواه البخاري ومسلم

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berzina seorang yang berzina ketika dia berzina padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan mencuri ketika dia mencuri padahal dia seorang mukmin, dan tidak akan meminum arak ketika dia meminumnya padahal dia seorang mukmin.”