IMG_7520

kena blaja sungguh2....untuk jadi yang terbaik!

kena simpan duit sungguh2, untuk kawin dengan yang terbaik!

kena hidup sungguh2, untuk kehidupan yang terbaik! kelak!

************************************

Itulah status Facebook saya tadi,

Namun, apa yang lebih penting dan lebih bermanfaat adalah maksud tersirat dari tiga kenyataan tersebut.

Belajar merupakan sebuah kerja tetap saya sekarang, kerja yang pasti menjamin natijah yang terbaik.

Kerana apa? Kerana saya seorang pelajar!

Tugas seorang pelajar bukalah sekadar masuk dewan peperiksaan dan menunggu keputusan diumumkan, tetapi tugas mereka lebih dari sekadar itu…

Mereka perlu bertukus lumus menguasai ilmu yang dipelajari kerena mereka ada misi yang jelas! Menyebarkan kefahaman yang benar dalam masyarakat.

Justeru, bagi saya … tidak ada keputusan kedua, tiga dan seterusnya dalam menuntut ilmu.. pilihannya adalah satu! Terus belajar dan berusaha untuk menguasai!

Pasti akan jadi yang terbaik!

Duit dan pernikahan adalah dua kata sinonim kini…

Jika sebut sahaja pada ibu dan ayah " mak, ayah… cik nak kawin lah.."

Pasti mereka bertanya, "ni dah ada duit ka?"

Ya! Duit bukanlah segalanya, tapi jika tak ada duit, rumah tangga hanyalah sekadar hiasan indah didepan mata….

Maka, perlukan perancangan masa depan yang teliti…

Simpan duit dengan bersungguh-sungguh merupakan antara jalan terbaik !

Cuba bayangkan jika kita dapat simpan RM 200 setiap bulan selama 4 tahun, :

1 Tahun = RM 2400

4Tahun = RM 9600

Saya kira, 10 000 didalam simpanan, sudah cukup memadai untuk membuat sebuah kenduri yang sederhana jika dibahagikan kepada dua kenduri yang satiap satunya LE 5000.

Pada saya, perkahwinan itu cuma perlu memikirkan masalah kenduri.. kerana Mas Kawin, Hantaran dan Kad Jemputan bukanlah perkara penting.. dan tak perlulah bermewah-mewah seperti perkahwinan orang yang tidak beragama :)

bahkan saya akan cukup berjimat apabila saya telah menolak adat Bersanding.. kerana ianya tidak diiktiraf didalam agama dan menelan belanja yang banyak!

Hidup,,, adalah kehidupan…

Saya mahu hidup dengan tenang dan bahagia di 2 dunia..

Pertama didunia ini,

Dan kedua, disana… di akhirat kekal abadi..

Maka, saya perlu menjadikan seluruh kehidupan saya sebagai ibadah.. kerana ianya menjamin kehidupan dunia dan akhirat..

"Tidaklah aku ciptakan manusia dan Jin selain untuk beribadah kepadaku"-Adzariyah :56