Header Ads

test

8 cara kawal Tekanan/stress

lawak Orang yang menghadapi tekanan/stress biasanya mencari aktiviti berat bagi melalaikannya dari berfikir soal tekanan, namun ianya kurang berhasil bahkan memenatkan tubuh badan.

Justeru, bagi memudahkan kita mengawal tekanan yang datang darimana saja dan dalam plbagai keadaan, saya akan tunjukkan kepada anda, 8 cara bagi mengawal tekanan dengan mudah.

1) Kawal Kemarahan

Individu yang tertekan biasanya akan cepat marah dan beremosi, oleh itu, pastikan diri anda sedar bahawa anda sedang tertekan, dan ambillah pilihan untuk TIDAK MARAH. Jangan benarkan diri anda menghabiskan tenaga dan masa pada waktu yang tidak sepatutnya. Kemarahan itu milik anda, ia dalam gengaman anda, maka anda yang mengawalnya!

2) Bernafas

Bernafaslah dengan perlahan dan dalam. Sebelum melakukan sebarang tindakkan, ambillah masa untuk bernafas dengan perlahan-lahan dan dalam sebanyak 3 kali, dan berselawatlah.. jika anda mempunyai masa yang banyak, duduklah sekajap dan tariklah nafas dengan penuh ikhlas dan tenang.

3) Perlahankan tindakan

Setiap kali anda tertekan, cubalah bercakap dengan lebih lambat dari biasa, anda akan mendapati diri anda dapat berfikir dengan lebih jelas dan setiap tindakan anda lebih rasional. Orang yang tertekan akan cenderung bercakap dengan lebih cepat dan termengah-mengah, dengan melambatkan cara bercakap anda, anda akan menjadi tidak cemas dan lebih menguasai keadaan.

4) Dapatkan nasihat

Didiklah diri anda untuk mudah menerima nasihat, carilah orang yang anda percayai boleh memberi nasihat berguna dan berkesan kepada anda, seperti Ustaz/Ustazah, doktor , motivator, rakan , ibubapa atau selain dari mereka yang anda yakini.

5) Dapatkan udara segar

Jika anda berada dalam bagunan, keluarlah ke taman atau buka saja tingkap bagunan anda supaya angin-angin sepoi ciptaan Allah SWt akan dapat menenangkan fikiran anda. Nenek moyang kita amat menitik beratkan soal udara ini, oleh itu kita jarang melihat mereka tertekan. Bahkan, 5 minit di anjung rumah ., mampu meremajakan jiwa anda , ia merupakan cara terbaik!

6) Elakkan kelaparan dan dahaga

Minumlah banyak air dan makanlah makanan yang sedikit dan berkhasiat. Jika anda tidak Berjaya menjaga lapar dan dahaga, anda akan cepat cemas, tertekan tidak mengira masa. Ia amat bahaya!

7) Betulkan kedudukan

Tegakkan badan dan kepala anda ,elakkan badan anda dari membongkok atau mengereng. Jika anda tidak mengambil berat kedudukan badan anda, dikuatiri akan ketegangan otot, dan meningkatkan tekanan.

8) Rencanakan sesuatu

Dihari tekanan anda, rencanakan satu aktiviti yang akan menghilangkan tekanan seperti mandi manda di pantai atau kawasan air terjun yang tenang bersama rakan-rakan yang boleh diajak bersembang dan berjenaka. Sisihkanlah sebentar hal kerja, rumah tangga, atau masalah keluarga untuk jangka masa yang singkat sebelum tidur dan biarkan diri anda dikuasai denganketenangan.. jangan habiskan masa ini untuk merancang aktiviti esok atau melakukan kerja yang anda tidak sempat lakukan di siang hari. Ingat! Anda perlu waktu untuk mengisi semula tenaga diri dan ketenangan anda sendiri.- anda akan lebih bersedia menghadapi hari-hari yang lain.

Semoga dengan 8 langkah ini akan membantu diri kita menghilangkan tekanan seterusnya menjadikan diri kita seorang daie yang sentiasa tenang dan releven.

Wahai jiwa-jiwa yang tenang , kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan meredhai dan diredhai

Al-fajr : 27-28

1 comment:

  1. Anonymous2/09/2014

    TERIMA KASIH SAUDARA.. MEMBANTU DI SAAT SY MEMERLUKAN INI..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.