mak ayah "Ayah, ..doakan cik berjaya, keputusan periksa dah nak keluaq dah ni”

Ayah: Ayah doa tak pernah tinggai, bagi anak-anak ayah berjaya semuanya..

Mak: Mak doa tak pernah tinggai.. jaga diri baik-baik.."

****************************

Sudah lama aku tidak melepaskan kerinduan berbual bersama Ayahanda dan Bonda dikampung, kehidupan seorang pelajar disini membuatkanku agak sibuk dan kadangkala tiada kesempatan menghubungi kedua insan tercinta itu. Kadangkala juga, aku punya waktu yang cukup untuk berbual dengan mereka, namun kewangan dan ketiadaan sambungan internet pula menghalang..

Minggu lepas, sempat aku bersembang dengan adik lelakiku, Syakir. Permulaannya sekadar perbualan kosong, namun dipertengahan perbualan, dia berkata:

" Awat hang tak talipon mak ayah? Mak ayah habaq, depa rindu kat hang.."

Sebak.

Tapi aku tak mampu menghubungi Ayah Bonda tika itu..kredit SmartVoip aku telah kontang…

Namun, Allah punya perancangannya sendiri,

Beberapa hari lepas, seluruh Mahasiswa Luar Negara kawasan Dumyat diberi Zakat sebanyak LE 120 setiap orang, maka aku gunakan wang tersebut untuk menambah kredit SmartVoip aku…

Syukur.

Hari ini aku puas bersembang dengan Ayah Bonda… sempat juga bersembang dengan Kak Ah dan anak saudaraku yang akan menduduki SPM tahun ini, Siti Nur Hasyimah.

Selain menceritakan sedikit perkembanganku dibumi Anbiya` kini, sempat juga aku memohon doa restu mereka untuk mendoakan kejayaan aku didalam penulisan dan penterjemahan..

Semoga, dengan berkat doa mereka ,aku akan tergolong dalam gologan orang yang Berjayav didunia dan Akhirat..

Benarlah,

Jika aku Berjaya suatu hari nanti, maka ianya bukanlah usahaku berseorangan, tetapi ianya hasil dari usaha mereka-mereka dibelakang tabirku..

13. dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah Engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu Yang lain), Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman Yang besar".
14. dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya Dengan menanggung kelemahan Demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah Dalam masa dua tahun; (dengan Yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

Surah Luqman 13-14

P/s: sempat bagi tau ayah, "ayah, cik nak simpan duit.. nak kawin.." ayah : "bagus2!!simpan dari sekarang" :)