123229815210677 Mukmin adalah seorang yang menisbahkan diri mereka kepada matlamat pengabdian diri kepada Allah SWT, bagi mereka, hidup dan mati adalah untuk mendapatkan Redha Allah semata-mata, oleh itu, mereka perlu menjadikan setiap hidup mereka mengikut silibus-silubus yang telah ditetapkan Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.

Silibus yang diikuti itu mestilah berpandukan kepada kenyataan Al-Quran dan Sunnah secara Sah dan tepat, jika ianya meragukan amat ditakuti setiap gerak geri, perlakuan dan amalan mereka tidak diterima bahkan menjadi malang lagi jika ianya ditolak mentah-mentah oleh Sang Pencipta.

Apabila rujukan kepada al-Quran dan Sunnah itu tepat, ianya pasti akan dapat menawan Hati Allah SWT seterusnya Dia akan mengurniakan redhanya.

Bagaimana mengetahui redha Allah SWT telah diperolehi?

Redha Allah diperolehi apabila seseorang muslim Mukmin itu berjaya mendapatkan kurnia Syurga. Kerana Allah SWT hanya mengurniakan syurganya kepada orang yang diredhainya dan menlemparkan orang yang dibenci kedalam neraka… mustahil bagi Allah menempatkan makhluk yang dikasihinya ditempat makhluk yang dibencinya ( Syaitan).

Justeru, marilah sama-sama kita mencari jalan Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan seharian kita untuk berjaya mencapai matlamat hidup kita sebagai seorang Mukmin di dunia mahupun di Akhirat yang kekal abadi.

"Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.

Al-An`am ;162