Header Ads

test

Pulang dari perantauan..

terbang Selang 4 rakaat tarawikh pertama..

"Asalamualaikum Syihab, kaifa hal?"

"Alhamdulillah, ana macam nilah, sihat sentiasa..;)"

"Anta nak masuk rumah ana kan?"

"yer, insyaAllah lepas anta beransur dululah.."

"owh… ana ada masalah sikit…. Tentang tiket penerbangan.."

"herm… pasai apa?"

"Ana dengar sekarang ni banyak masalah tiket , kadang-kadang beli dengan harga banyak ni kemudian kena tambah pulak, ana bukan apa, ana takut kalau ana beli, kalau kena tambah.. ana tak ada duit.."

"tak pa, insyaAllah Allah tolong…"

…………………………………………

Demikian sedikit perbualan aku dengan seorang sahabat tahun akhir yang sedang merancang pulang ke Kemboja beberapa hari lagi, namun beliau mempunyai masalah yang terlalu rumit untuk dirungkaikan..

Wang.

Aku bukanlah dari kalangan orang kaya mahupun berada, tapi aku bukan juga seorang yang betul-betul kesempitan wang, setiap bulan ibubapaku akan memasukkan wang beberapa ratus untuk perbelanjaan aku dalam tempoh sebulan….

Itu aku, tapi sahabat aku ini pula merantau dari kampong halaman mereka dari satu Negara ke Negara yang lain untuk mendapatkan ilmu bagi menyebarkan dakwah islamiah di Negara sendiri tanpa di kocek mereka wang yang mencukupi untuk bermewah dan bermegah.. mereka juga tiada ibubapa yang mampu mengirimkan wang samada secara bank mahupun tunai.

Namun kesempitan mereka bukanlah penghalang kepada kejayaan.

Mereka buktikan pada tahun pertama, kedua, ketiga dan tahun akhir dengan mendapat keputusan antara Jayyid Jiddan ataupun Jayyid sedangkan kami yang "tak mati kelaparan" ini sentiasa tidak cemerlang.

Tamparan hebat.

Namun, ada yang membingungkan fikiranku…

Kenapa dia bertanya pada aku? Sedangkan aku tak pernah berurusan tentang hal-ehwal penerbangan?

………cukup rasa bersalah….

No comments

Powered by Blogger.