Header Ads

test

Anak Soleh Dambaan Mereka

mereka "Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami isteri-isteri dan zuriat kami yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikan orang mukmin sebagai pemimpin.."

Surah Al-Furqan; 74

Mak Cik Salbiah

Usai Solat jumaat hari ini, tiba-tiba, perasaan saya terkenang kepada seorang ibu yang banyak membantu saya dalam membina istana keilmuan, mak cik Salbiah binti Mansor. Beliau banyak membantu kewangan dan sokongan moral sejak saya di sekolah rendah lagi.

Beliau memiliki beberapa orang anak yang baik-baik belaka, bahkan, salah seorang dari mereka adalah teman rapat saya tika di sekolah rendah dan menengah dahulu..

Apa yang ingin saya kongsikan adalah raut muka dan wajah keibuan yang terpancar pada diri beliau.. beliau merupakan seorang ibu yang hebat dalam ucapannya, juga amat-amat mengharapkan anaknya menjadi seorang yang berkualiti dan berguna untuk agamanya…

Pernah satu hari beliau berkata kepada saya ;

"mak cik sanggup keluarkan banyak duit, jika itulah yang menyebabkan anak mak cik menjadi solehah.."

Diwajahnya, terlihat tanda-tanda keibuan yang memancar terang…

Ayahku..

Ayah saya hanyalah seorang nelayan yang sudah tidak mampu lagi ke laut mencari pendapatan keluarga… dulu, keluarga atuk saya amat kaya, bahkan sehingga mempunyai kilang daging sendiri.. mungkin rezeki itu belum lagi dikurniakan kepada kami sekeluarga..

Suatu hari, ayah pernah berbicara kepada saya dengan wajah yang penuh pengharapan…

"Ayah tak ada apa-apa nak wariskan dekat hangpa semua, tapi ayah cuma boleh bagi hangpa belajar saja, nanti boleh doakan ayah bila ayah tak dak nanti…"

Beliaulah seorang ayah yang banyak berkorban kudrat untuk menyara kami sekeluarga… ketika masih mampu bergerak dengan lancar, beliau selalu keluar sesudah subuh dan pulang petang, atau malam, atau keesokkan harinya…

Masih lekat difikiran saya ketika berumur 7 tahun, saya diajak oleh ayah untuk bersamanya pergi meletakkan pukat dilaut.. ketika itu, hujan terlalu lebat dan perahu usang ayah saya sentiasa membuai-buai seperti mahu karam..namun, beliau gagahi juga kerana memikirkan, hanya itu pendapatan kami sekeluarga..

Mungkin beliau hanya lulusan darjah 5, namun cita-cita beliau tidak pernah terkebelakang dan ketinggalan, beliau tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaan beliau, bahkan.. beliau amat marah apabila abang saya mahu menjadi nelayan berjaya@ tokey ikan.

Ketika pertama kali menjejakkan kaki dibumi anbiyak ini, selama 2 minggu saya tidak menghubungi keluarga lantaran tidak tahu bagaimana untuk berbuat demikian… setelah 2 minggu dan Berjaya mendapatkan kad prepaid, saya diberitahu,,, ayah amat sedih dan menangis kerana merindui saya..

Itulah pengorbanan ayah untuk melihat saya menjadi soleh..

Kisah Mereka Berdua

Mereka adalah individu tua yang telah berkerut dahinya, telah bongkok jalannya, tidak mampu lagi bercakap dengan lama… sering kali ditelinga mereka , dibuaikan ayat-ayat yang mencengkam jantung mereka..

"Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah pahala amalan mereka kecuali tiga ; iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)

3 perkara ini amat-amat merunsingkan mereka..

Mungkin Mak cik Salbiah masih boleh berkira-kira dengan perkara pertama, namun bagaimana pula dengan ayah saya ? beliau tidak lah tersangat mampu untuk mengeluarkan duit memberi sedekah jariah..

Persoalannya, Apa yang menjadi tunjang harapan mereka kini?

Ya…perkara ketiga…

Mereka mengharapkan anak mereka menjadi soleh, justeru, boleh mendoakan kebahgiaan mereka diakhirat kelak..

Mari kita bertanya kepada diri kita.. adakah kita telah menjadi anak yang soleh untuk berkhidmat kepada ibubapa sendiri, sedari mereka hidup sehinggalah mereka bertemu illahi…

2 comments:

  1. Anonymous10/10/2010

    Rabbij 'alni, muqimassolati, wa min zurriyyati. inilah doa yang ibu saya turunkan kepada saya untuk saya amalkan.

    ReplyDelete
  2. semoga doa itu juga menjadikan anda dan kita semua menjadi anak2 yang soleh solehah:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.