Header Ads

test

cerita Dr Bukhori

selepas mendirikan solat subuh pagi ini, badan terasa letih, mata terasa berat sekali… namun digagahi juga apabila melihat Dr Bukhari bangun dan duduk dikerusi hadapan masjid bagi menyampaikan kuliah subuh.

Pada awalnya, aku tidak berminat lantaran tiada pen dan buku yang aku bawakan… tapi setelah mendengar muqaddimah yan disampaikan dengan begitu lunak beserta bahasa arab fushah yang fasih lagi jelas membuatku terpana dan jiwaku melonjak untuk mendengarnya .

islamic-wallpaper "Daripada Muaz RA , dia berkata: aku menunggangi keldai bersama Nabi SAW, kemudian baginda bersabda kepadaku :"Wahai Muaz, tahukah kamu apakah hak Allah keatas hambanya dan hak hamba keatas Allah?" aku menjawap : Allah dan rasulnya lebih mengetahui ,Raasulullah bersabda: "hak Allah keatas hambanya adalah hambanya menyembahnya tanpa menyekutukannya dengan sesuatupun dan hak hamba keatas Allah pula ialah: dia tidak akan mengazab orang yang tidak menyekutukannya dengan sesuatupun" aku berkata : bolehkah aku sampaikan berita gembira ini? Rasulullah bersabda: "tidak, kerana mereka akan meninggalkan perbuatan berlumba-lumba memperbanyakkan amalan"

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Itulah sebuah hadis yang amat mudah untuk diterima dan difahami dikala subuh hari. Hadis yang menceritakan kisah 2 manusia yang mulia disisi agama dan tinggi martabat mereka disisi Allah SWT. Hadis ini juga memberi begitu banyak pengajaran dan pembelajaran bagi orang yang menghayatinya..

Dr bukhari menjelaskan bagaimana keadaan 2 orang manusia yang menunggangi seekor binatang dan ianya dibolehkan syarak selagi tidak kelihatan menzalimi binatang tersebut kerana binatang juga adalah mahluk Allah SWT yang perlu dipertimbangkan urusannya.

Tersenyum seketika apabila Dr mengatakan bahawa ada riwayat yang lain menyebut nama keldai yang ditunggangi itu, di Malaysia dahulu, ramai juga antara rakan-rakanku yang memelihara kucing , burung dan lain-lain.. mereka memberi nama kepada binatang ternakan mereka tanpa mereka mengetahui bahawa ianya tersebut didalam sunnah.. ya Salam… alangkah indahnya jika kita mengetahui ianya terdapat didalam sunnah.. maka seluruh kehidupan kita terasa lebih indah dan sempurna..

Seterusnya Dr menjelaskan berkenaan soalan Nabi SAW kepada Muaz RA, Nabi mengajar kita bagaimana merubah system pendidikan dengan cara memulakan pelajaran dengan menimbulkan persoalan..oh! bijaknya seorang nabi..

Bukan setakat bijaknya nabi, bijak pula anak muridnya muaz, apabila menjawap dengan "Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui", kerana beliau tidak akan menjawap apa yang beliau tidak tahu..

Sebuah cerita yang dijadikan jenaka oleh Dr Bukhori berkenaan tentang seorang arab yang tahu segala-galanya membuatkan para hadirin tergelak, yang tertidur terjaga, yang hendak ke tandas menghentikan dulu niat dihati..

Dr bercerita :"dahulu, ada seorang lelaki arab yang tahu segala-galanya, jika ditanya masalah fekah beliau akan menjawap, begitujuga masalah hadis, muamalat,perubatan, ekonomi dan lain-lain.. pasti siapa yang berjumpa dengannya akan balik dengan membawa jawapan dari "maulana" mereka,, namun.. jawapan dari orang ini semua tidak tepat dan lansung sesat lagi menyesatkan… yang lebih melucukan apabila suatu hari, seorang dari muridnya bertanya : apakah maksud nama tuan? Dia pun menjawab dengan bersahaja : namaku ini berasal dari sebuah pokok di negeri yaman yang apabila diperah pokok tersebut akan mengeluarkan susu, jika susu itu ditambah dengan teh pastinya kau akan merasa hubungan yang erat antara diriku dan dirimu..:)"

Hahahhaha … gamat suasana masjid ketika itu,.. bayangkan seorang yang tak tahu mula buat-buat tahu,, pasti melucukan..

****************

Itulah sedikit perkongsianku pagi ini setelah lama tidak menulis dan berkongsi , walaupun sedikit, harap amat bermanfaat..

p/s:lepas ni tekad nak bawa pen dan buku setiap kali pergi mana2.. huhuhu hafalan aku cukup-cukup lemah L

3 comments:

  1. kiranya saya dah buat satu sunnah lah ye kerana beri nama pada kucing saya..

    :)

    ReplyDelete
  2. Dr. cakap bahasa arab ke ek?
    Faham la ae? huh..

    ReplyDelete
  3. umi hurairah: ya, anda melakukan sunnah! berbanggalah!
    saiyah: kat sini mmg kena memahami bahasa arab dan sungguh! bahasa arab itu terlalu indah dan puitis!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.