Header Ads

test

Wajibkah Solat Jumaat setelah Solat Hari Raya?

Soalan: Saya pernah terbaca sekiranya Hari Raya (Aidilfitri/Aidiladha) jatuh pada hari Jumaat,jika kita telah mengerjakan solat raya maka tak wajib kita mengerjakan solat Jumaat. Memadai dgn solat Zuhur. Benar?

**********************

Itulah sedikit soalan yang dikemukan oleh seorang sahabat saya di facebook, maka disini saya akan menjawap persoalan tersebut menurut pandangan Syed Sabiq Rahimahullah ta`ala di dalam kitab beliau ; Feqhus Sunnah yang dijadikan panduan oleh segenap masyarakat tanpa mengira mana-mana mazhab. 

Bahkan , ianya menjadi kitab pilihan Al-Ustaz Hassan Al-Banna Rahimahullah dalam menghuraikan masalah-masalah hukum hakam islam. Cara penyampaian yang mudah dan sahih merupakan ciri terbaik kitab ini.

Syed Sabiq Rahimahullah berkata :

"Jika bergabung hari jumaat dan hari raya pada hari yang sama, maka jatuhlah hukum solat hari jumaat bagi orang yang telah mengerjakan solat hari raya (fitrah/adha).

Dari Zaid bin Arqam berkata :Nabi SAW telah bersolat hari raya, kemudian baginda memberi kemudahan pada kewajipan solat jumaat. ( barangsiapa yang mahu, maka bersolatlah (solat jumaat))"

Diriwayatkan oleh Imam yang lima ( Ahmad, Abu Daud, Nasaie,Turmizi dan Ibnu Majjah) dan di SAHIH kan oleh ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim.

Dan ,

Dari Abi Hurairah RA , sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari raya, barangsiapa yang hendak mendirikan solat jumaat (setelah solat hari raya), maka bersolatlah, dan kami (Rasulullah SAW) akan mendirikan solat jumaat.
Diriwayatkan oleh Abu Daud

Justeru, menjadi perkara sunat pada imam untuk mengimami solat jumaat bagi orang yang menghadiri solat hari raya, ataupun tidak menghadiri solat berkenaan berdasarkan dalil "dan kami (Rasulullah SAW) akan mendirikan solat jumaat".

Dalam mazhab hanbali, mereka berpendapat, orang yang tidak menghadiri solat hari raya wajib bagi mereka solat zohor menggantikan solat jumaat. Namun secara jelasnya, ia tidaklah wajib sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud daripada ibnu Zubeir , dia berkata :

Apabila dua hari raya berada didalam satu hari, maka digabungkan keduanya dan disolatkan pada dua rakaat yang paling awal (solat hari raya) bahkan tidak ditambah solat tersebut sehinggalah solat asar. "

Maklumat :
Kitab: Feqhus Sunnah
Jilid : pertama
Muka surat : 228 ,
Cetakkan : Darul Hadis,
Tahun : 2009.

Ulasan saya;

Setelah meneliti dalil dan hujah Syed Sabiq Rahimahullah , maka saya telah membuat satu ringkasan mudah untuk digunakan oleh para pembaca ;

1) Siapa yang tidak sempat solat hari raya, maka wajib baginya solat Jumaat
2) Siapa yang telah bersolat hari raya diberi pilihan baginya untuk memilih empat keadaan:
  1. Mazhab Abu Hanifah dan al-Malikiyah: Wajib solat Jumaat.
  2. Mazhab Ahmad bin Hanbal: Solat Jumaat hanya diringankan kepada orang yang ada keuzuran seperti sakit sahaja. Justeru itu, mereka hanya wajib untuk solat Zohor.
  3. Pendapat Imam Ahmad: Mencukupi dengan solat Hari Raya tanpa ada kewajipan solat Zohor atau Jumaat.
  4. Mazhab Asy-Syafii: Wajib solat Jumaat untuk orang setempat manakala orang yang rumahnya jauh daripada masjid, tidak diwajibkan. Tetapi tetap wajib solat Zohor.

(Rujuk: Mausu`ah Fiqhiyah: jilid 27, ms: 209)

Bagi mengelakkan daripada perselisihan, maka dicadangkan kepada umat Islam untuk bersolat hari raya dan Jumaat. Kaedah ini disebutk: "al-Khuruj minal Khilaf".

Tuntasnya, Islam agama yang mudah dan praktikal, ianya difahami dan diamalkan dengan penuh harmoni, jika muncul perbezaan pendapat, ianya menjadikan islam lebih praktikal dengan keadaan semasa. Oleh itu, sesiapa yang mendirikan solat jumaat tidak perlulah bertegang urat dengan orang yang tidak mendirikan solat jumaat tetapi telah mendirikan solat hari raya.

"Islam tidak diambil dengan emosi, tetapi ianya diguna pakai berdasarkan sumber wahyu"

waAllahu `alam.

8 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. betul tu ieqa,
    inilah pendapat yang diambil oleh Syed Sabiq Rahimahullah..
    kerana ianya dikuatkan dengan dalil dariIbnu Zubeir ;
    'Apabila dua hari raya berada didalam satu hari, maka digabungkan keduanya dan disolatkan pada dua rakaat yang paling awal (solat hari raya) bahkan tidak ditambah solat tersebut sehinggalah solat asar. "

    .....inilah kemudahan dalam islam :) sungguh indah bukan? thats my only religion!

    ReplyDelete
  3. assalamu'alaikum.
    konfius pada pilihan yang ketiga tu.

    En. Syihabudin,
    Niat solat hari raya ialah sunat.

    Niat solat jumaat/ zohor ialah fardu

    adakah ini sama???

    jika tidak keberatan, mohon penjelasan

    ReplyDelete
  4. akhuna lillah..
    1)islam adalah agama yang amat2 mudah, saya berikan contoh lain.. menghadap kiblat adalah syarat sah solat, tapi bila kita dalam kenderaan @ dalam suasana menakutkan, kita boleh tidak menghadap kiblat
    2)yang fardhu tetap fardhu dan yang sunat tetap sunat, tetapi apabila ada hadis yang memberi kemudahan kepada sesuatu masalah, maka hadis itu diterima sebagai hukum kerana ISLAM DIAMBIL BERDASARKAN SUMBER WAHYU.
    3)Rasulullah SAW memberi kemudahan kepada sahabatnya untuk tidak menghadiri solat jumaat setelah menghadiri solat hari raya, malahan tidak terdapat sebuah hadis pun yang menjelaskan para sahabat yang tidak hadir solat jumaat bersolat zohor ...
    4)perbezaan pendapat anatara para ulamak menunjukkan kemudahan dan relevennya islam dalam kehidupan. setelah tercapainya matlamat pengumpulan di pagi hari raya, maka hanya menjadi sunnah pengumpulan kedua diwaktu solat jumaat.. tapi perlu ingat, kewajipan itu tiada kemudahan jika seseorang itu tidak menghadiri solat hari raya. :)

    ReplyDelete
  5. salam akhi.

    Setelah baca artikel ini, ana tanyakan pada ustaz ana, yang juga pernah menuntut di al-azhar seperti akhi.

    Katanya, memang Sayyid Sabiq ada mengeluarkan fatwa yang sesiapa yang solat hari raya aidilfitri, solat jumaat tidak menjadi wajib (bagi lelaki yang sempurna syarat wajib solat jumaat).

    Namun, solat zohor tetap solat fardhu yang wajib ditunaikan.

    Kata ustaz tersebut, mungkin ada tersilap pembacaan. Contoh seperti : 'sesiapa yang sudah solat raya aidilfitri, dikecualikan dari solat jumaat tanpa zohor'. mungkin tersilap faham yang zohor tak perlu ditunaikan, tapi sebenarnya penulis ingin menyampaikan yang solat jumaat dikecualikan tapi solat zohot tanpa dikecualikan(wajib buat).

    Mungkin begitu juga. Harap akhi teliti kembali.

    Kerana solat Zohor adalah Fardhu. Ya Islam memang mudah, namun terdapat beberapa yang perlu diteliti kembali.

    Syukran, Maaf.

    Ana hamba khilaf juga .

    ReplyDelete
  6. Anonymous10/06/2010

    Dari Abu Hurairah radiallahu ta'ala anhu berkata: Bersabda Rasululllah S.A.W : Sesungguhnya Islam itu mudah, dan tidak sesekali membebankan melainkan apa yang diperintahkan. Berpegang teguhlah, hampirilah,nantikanlah berita gembira,mintalah pertolongan pada Allah sama ada sewaktu pagi atau petang atau sebahagian daripada malam (sepertiga malam).

    ReplyDelete
  7. jazakallah ariffah9,
    untuk pengetahuan anda, pendapat said sabiq mmg tidak perlu solat zohor jika telah lakukan solat hari raya ia berdasarkan hujjahnya dan penolakkanya berdasarkan dalil2 yang diberikannya...
    1)jika anda perhatikan betul2, ini bukanlah artikel saya, bahkan ianya terjemahan dari kalam said sabiq dalam feqh sunnah.
    2)terjemahan ini tidak didasari dari semata2 pembacaan , ianya juga hasil dari pembelajaran dari guru2 yang thiqah
    3)pendapat ustaz anda adalah berdasarkan pendapat imam syafie dan beberapa mazhab lain yang tidak disepakati oleh said sabiq
    4)tiada masalah untuk menerima mana2 pandangan , sepertimana saya katakan di akhir artikel

    jazakallah sekali lagi,.:)

    ReplyDelete
  8. Tahun 2015, setelah 5 tahun artikel ini ditulis, saya menyatakan "pendapat tidak wajib solat Jumaat dan Zohor setelah solat sunat hari raya" adalah lemah kerana isu berikut:

    "Solat Jumaat atau Zohor adalah fardhu, ia tidak boleh ditolak melainkan hujahnya kuat. Sedangkan hujah fatwa Ibnu Zubair adalah lemah."

    Namun begitu, pendapat ini dikekalkan kerana ia masih lagi satu fatwa yang mungkin boleh digunakan pada waktu dan tempat yang sesuai.

    Pendapat yang lebih kuat dalam hal ini adalah pendapat yang menyatakan keringanan untuk mendirikan solat Jumaat atau Zohor.

    WallahuA`lam.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.