ustaz dahlan in memory Beliau bukan sekadar seorang murabbi bahkan seorang mursyid,Qaid sekaligus merangkap Mudir di MA'AHAD ATTARBIYAH AL-ISLAMIYAH sejak ia ditubuhkan,bahkan beliaulah pengasasnya.Jasa beliau dalam membentuk dan mendidik masyarakat tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

- Cikgu Saiful Rahman bin Che Ani

Itulah antara perkongsian yang dititipkan oleh sahabat saya, Cikgu Saiful Rahman bin Che Ani ketika mengulas berkenaan Ustaz Dahlan di blog beliau. Sesungguhnya, pemergian beliau amat memberi kesan kepada setiap jiwa yang mendapat tarbiah secara lansung atau tidak dari beliau.

Ustaz Dahlan Mohd Zain adalah antara 10 pelajar bijak yang mendapat tajaan belajar di Iraq sekitar tahun 1960`an, mempunyai jiwa yang kekal muda sehingga akhir hayatnya, cerah dalam kefahaman tarbiah, penuh pengalaman dan perkongsian, raut mukanya menampilkan ribuan kerisauan tentang masalah ummah, dakapannya penuh cinta, senyumannya menusuk dihati, ucapannya punya isi – sikit tapi bermakna!- , cita-citanya menggunung, harapannya teguh, perasaannya tetap, syahid berlegar diruang cermin matanya, berjalannya tunduk, bibirnya rekah , solatnya dihadapan,pengkategoriannya rendah (low profile), hatinya tulus, jiwanya mulus..

khassah 07 Ketika saya menjadi penuntut di Marhalah Khassah MATRI suatu ketika dahulu, ustaz sering berkongsi tentang latar belakang hidupnya yang indah-indah. Beliau sering bercerita tentang sekolah lamanya (Sekolah agama Alawiyah, Arau ) yang mempunyai sebuah kelas awal yang istimewa..

"sewaktu ana mula-mula masuk di sekolah Alawiyah dulu, ada satu kelas yang kami kena masuk sebelum berubah kepada kelas yang lebih baik setelah ujian, kelas tu kami bagi nama, 'kelas taik kucing' sebab kelas tu, kucing dok berak..tapi dah lama-lama, lulus dan lulus, dapat lah naik taraf, keluar dari 'kelas taik kucing'.. "

"kami dulu kat alawiyah, ustaz-ustaz kebanyakannya orang arab, kami kena cakap arab 24jam, .. pernah satu hari, ana nak sebut satu perkataan tapi tak tau macammana nak sebut dalam bahasa arab.. bila tak tau, ana tambahlah "al", bagi Nampak bahasa arab sikit …. Muncullah perkataan 'la` celus' " … celus adalah perkataan jati negeri perlis yang membawa maksud muat..'la`celus' bermaksud .. tak celus@tak muat.

Perjuangan dakwah Ustaz dahlan amat hebat apabila kita menyoroti beberapa lembaran kehidupan beliau,

Selepas pulang ke Malaysia, ustaz dahlan mula menyebarkan dakwahnya, beliau pernah bersama Abim dan membuat perubahan didalam dakwah sehingga ada yang mengketogerikan beliau berfahaman sesat  dan sebagainya,

Saya terbaca satu masej twitter Datuk seri anuar Ibrahim semalam ;

" AlFatihah: sahabat lama,exKetua Abim Perlis, Us Dahlan Zin kembali kerahmatullah pagi tadi.Takziah-doa.Slm buat keluarga.#fb"

Betapa hebatnya ujian yang dilalui ustaz dahlan apabila dicop sebagai seorang pengamal amalan sesat disebabkan beliau membina sekolah ditengah-tengah hutan getah, bahkan, ada sahabat-sahabatnya sendiri mempersoalkan.. mengapa surau yang dibina terlalu besar?sedangkan yang menjadi pelajar mereka pada ketika itu hanya beberapa orang sahaja yang boleh dikira tanpa mengangkat jari?

… dugaan yang dilalui dilawan dengan penuh hikmah dan bijaksana,

Dulu , orang mengatakannya sesat,, kini kalamnya dipetik ,dirinya diangkat menjadi Ahli tetap Majlis Fatwa negeri Perlis , siapa sahaja yang bertemu dengan beliau akan menemukan cahaya islam yang sejahtera dan goyangan tarbiah yang mencekam.

Dulu, orang pertikai tindakanya membina sekolah ditengah-tengah hutan getah, kini siapa sahaja yang berada di Perlis dan sekitarnya akan mengetahui betapa luas dan begitu banyaknya perumahan yang berada disekeliling MATRI.

Dulu, orang berbicara tentang keadaan surau yang terlalu besar , kini telah melihat,, bagaimana MATRI sedang mengalami masalah sempitnya surau..

Dulu, pelajarnya boleh dikira tanpa mengangkat jari, kini.. muridnya berada diseluruh malaysia!

Sepanjang perkenalan saya dengan Ustaz Dahlan, beliau begitu lemah lembut dan bijaksana dalam menuturkan setiap buah bicara..pendek dan bermakna!

Pernah satu hari dikelas sirah, Ustaz Dahlan berbicara;

"Allah SWT mengilhamkan khalwat kepada nabi Muhammad SAW kerana baginda akan ditimpakan tanggungjawab yang berat.. bukan senang nak pikul islam, bukan main-main, kena sedia betul-betul.."

Sebenarnya, itulah motivasi beliau dalam menggerakkan dakwah.

Jujurnya, saya tidak menggenali suatu objek "dakwah dan tarbiah" itu kecuali setelah saya menjejakkan kaki di MATRI dan menjiwai D&T disana..

Tukang kebunnya boleh berbicara tentang islam, guru biologynya mengaitkan dengan keyakinan orang islam dalam sesi pengajian, pelajarnya betah berbicara tentang tarbiah, gurunya hebat dalm menjalankan tugas, sungguh! Ustaz Dahlan berjaya menyinari tarbiah dibumi ini.

Sebelum melangkah ke Mesir, saya Berjaya bertemu beliau sebentar bagi meminta nasihat..dan beliau menasihati saya dengan penuh harapan tarbiah yang tinggi..

abu ammar Ustaz Dahlan.. pemergianmu bukanlah pemergian yang tiada erti bahkan pemergianmu setelah kau menjalankan hak dan tanggungjawabmu..

Pemergian beliau pada tarikh yang sama dengan ulang tahun kelahiran saya amat memilukan dan terkesan… ketika saya sedang berfikir, apakah yang akan saya lakukan pada umur 21tahun ini, saya dikejutkan dengan pemergian pemuda tarbiah..sungguh, tarikh ini saya tidak akan lupakan sampai bila-bila….

Semoga, ianya sentiasa memberi kesedaran kepada saya untuk sentiasa thabat dalam tarbiah ini.. insyaAllah…

terfikir juga..”barangkalai saya ditakdirkan tidak melupakan tarbiah”..

Ketika hati sedang berduka, saya telah mencoretkan sedikit karya untuk mengenang Ustaz Dahlan Mohd Zain..

boleh download video lebih berkualiti disini

boleh download video lebih berkualiti disini

video lama

 

Sungguh..perginya Ustaz Dahlan seorang ,telah melahirkan beribu-ribu Ustaz Dahlan yang baru..

Semoga Allah merahmatimu…

p/s:perkongsian menarik

1) Hilal Asyraf, (pengalaman bersama ustaz sebelum meninggal)

2)Nawal Abdul Kadir,(perkongsian saat kritikal ustaz dan saat kematian beliau)

3) Al-Jazary Tube (video penghargaan untuk Ustaz Dahlan dan juga perkongsian Nawal