Header Ads

test

Sweet 21: Menuju Impian, Seiring Tekad Perubahan

DCF 1.0 Hari ini usia saya telah menjangkau 21tahun, usia kematangan yang sepatutnya diraih… hari ini juga, hari kematian murabbi kecintaan saya, Ustaz Dahlan Mohd Zain..

Sebenarnya, saya menuliskan artikel ini dalam keadaan penuh kesayuan dan air mata yang tak berhenti mengalir..beliau merupakan murabbi yang berjiwa haraki,  seorang ayah yang penyayang, diraut mukanya mempunyai seribu  kekusutan masalah ummah..dan berbagai lagi cerita beliau…boleh klik sini: Culture Shock pertama..

“Kita akan berasa sempit apabila kita memikirkan kitalah yang memulakan dan mengakhiri dakwah ini.. TETAPI apabila kita memikirkan kita ini hanyalah satu mata daripada MATA-MATA rantai yang panjang.. kita akan bergembira dan bersemangat untuk berjuang kerana kita tahu akan ada orang yang akan menyambung perjuangan kita.. dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah generasi pemuda” (Syed Qutb)

Namun post kali ini akan membicarakan perubahan, impian dan keinginan saya pada jangka umur 21 dan jangka panjang dalam kehidupan…sepanjang malam saya memikirkan , apa yang akan dijadikan impian dan gerak kerja saya dalam kehidupan ini…

Motto kali ini adalah : "menuju impian seiring tekad perubahan"

Ini adalah berasas dari ayat Al-Quran surah Al-Ankabut; 69  bermaksud:

"Barangsiapa yang berusaha bersungguh-sungguh dalam menjalankan hak kami dan bersungguh-sungguh untuk menyebarkan dakwah kami, akan kami berikan hidayah kepada mereka kejalan kebaikan dan redha allah, sesungguhnya Allah SWT bersama-sama orang yang baik amalannya dengan memberi pertolongan didunia dan ganjaran pahala di akhirat."

Tafsir Al-Wajier (Dr Wahbah Az-Zuhaili)

Oleh itu, disini saya nukilkan beberapa impian dan matlamat saya :

1)     Impian jangka masa pendek (2010/2011)

a)     Diri sendiri

1. Beli jubah baru

2. Balik Malaysia

3. Hilangkan sifat kecil hati dengan sahabat

4. Jaga emosi 24 jam

5. Kumpul kitab sebanyak mungkin

6. Setiap bulan beli kitab yang berjilid

7. Hafal Al-Quran 4 juzuk

8. Mantapkan fikrah

9. Kawal nafsu muda

10.                     Kawal semangat muda

11.                     Buang perkataan "malas"

12.                     Jaga kesihatan

13.                     Lebihkan usaha mencotohi Rasulullah SAW dan para sahabat

14.                     Cakap dan buat

15.                     Beli senapang untuk milsim

16.                     Hilangkan sombong dan ujub

17.                     Berusaha menjadi contoh

18.                     Laptop baru, TOSHIBA

19.                     Pindah rumah

20.                     Kurangkan beli makanan kat kedai

21.                     Nak ada kemahiran memasak

2.      Pengajian

1. Nak capai JAYYID JIDDAN dalam exam tahun 2

2. Nak pergi kuliah setiap hari

3. Isi masa pagi dan malam dengan pengajian masyayikh

4. Dapat faham, baca,tulis dan bercakap dalam bahasa arab dengan lancer – Amiyah dan Fushah

5. Setiap ucapan dan hujjah, berlandaskan al-Quran

6. Terjemah 1 kitab kecil dan 1 kitab besar

7. Tulis 1 buku tarbiah

8. Banyakkan masa menerima dan menyampaikan ilmu

9. Stady group

10.                     Feqh muqarron tahun 1 bagi mantap!

3.       Perkahwinan

1. Sampaikan niat kahwin.. 201./201. Kepada mak ayah

2. Simpan duit sebanyak RM 10,000 sebelum 2012

3. Bina sifat tanggungjawab

4. Belajar selok belok bait muslim

5. Jaga hubungan dengan calon isteri

4.       Keluarga

1. Belikan kitab sahihain untuk Abang Lim

2. Eratkan hubungan, hubungi semua ahli keluarga

3. Keluarga berfikrah

4. Doakan keluarga setiap hari

5. Bagi semangat belajar kepada safizah , syakir, Fateh, Siti Noor, Fifi, dan Huzaifah

5.       Masyarakat/Ummah

1. Kumpulkan blogger yang ada fikrah

2. Setiap bulan ada 4 post tarbiah di blog

3. Setiap bulan ziarah sahabat

4. Setiap bulan mesti ada ikut mana-mana program

5. Sebarkan dakwah kepada semua golongan

1.       Kanak-kanak; 1-6

2.       Budak-budak; 7-9

3.       Remaja; 10-15

4.       Pemuda; 16-18

5.       Rijal; 19-29

6.       Dewasa; 30-45

7.       Tua; 46 dan seterusnya

6. Pertahankan ulamak

7. Berikan resolusi masalah ummah

8. Lebih matang berhujjah dengan orang awam

9. Kejapkan ukhuwwah sesama sahabat

10.                     Iltizam dengan Program Haluan , Pmram dan lain-lain

11.                     Buat gathering SMAKJ 15-mesir

12.                     Bantu sahabat yang mengulang tahun, terutama : Faiz , p-dot dan nazlin

13.                     Paling kurang 1 minggu, 1 adobe gambar r video

2)      impian jangka panjang

1.       Berkahwin

2.       Master Al-Azhar

3.       Pensyarah

4.       Penulis kitab

5.       Penterjemah kitab

6.       Pemidato

7.       Pemacu perubahan

8.       Menggapai Redha Allah dan manusia

9.       Seluruh kehidupan adalah berbakti

10.   Tunaikan Haji

11.   Belajar lagi ;

1. Mesir

2. Makkah

3. Madinah

4. Jordan

5. Yaman

6. Syria

7. UK

12.   Dapatkan PhD

13.   Hafal 30 juzuk

14.   Berkhidmat di smik, matri, smakj dank td

15.   Kuasai media massa ;

1. TV

2. Radio

3. Surat khabar

4. Internet

16.   Belajar seni pertahan diri

Post kali ini bukanlah untuk menabik dada .. tetapi sekadar melihat dan menafsir diri sendiri..

Semoga, Matlamat dan cita-cita ini menambahkan kasih dan cinta saya kepada tarbiah dan Redha Allah SWT..

p/s: hati masih sebak dengan pemergian Ustaz Dahlan..

3 comments:

  1. Innalillah. Biarpun tak pernah berjumpa dan mengenali Ustaz Dahlan, sudah cukup membuat ku kagum dengannya setelah baca banyak artikel berkenaannya yg ditulis bekas pelajar MATRI.

    Wah, sangat kagum dengan matlamat.

    Sungguh, akhi kelihatan sangat mencintai ilmu. Kagum dengan semangat belajar dan semangat ingin menguasai media.

    Alhamdulillah, Syukurlillah.

    Teruskan berusaha mencapai matlamat. Semogo sentiasa berada di landasan yang diredhai-Nya.

    ReplyDelete
  2. Beli senapang utk MILSIM tu yang mahal...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.