Header Ads

test

Satay Kajang dan Orang Agama

couple_celebrate_christmas-normal Meon ; ayang, jom gi bukak puasa kat tempat satay kajang ,nak?

Melati; alah bang,..bukan melati tak nak pegi, tapi ustaz kat U kata, bukan muhrim takleh kuar sama2..macam mana ni bang?

Meon; xper2, ayang ajaklah adik ayang yang umur 6 tahun tu.. dalam islam, kalau duduk berdua tak boleh tapi kalau berteman dengan muhrim takpa..lagipun kita bukan duduk ditempat sunyi, kita duduk dalam orang ramai… jom la pegi, abg dah rindu sangat kat ayang ni..:(

Melati; owh, macam tu ker bang? Bertuah betul melati dapat boyfriend yang alim dan berilmu macam abang ni, boleh bimbing melati bab-bab agama.:)

***********************

Situasi diatas sering berlaku kepada para duat yang seringkali tersilap dan tersasar dari langkah yang betul dan tepat lantaran terpesona dengan dugaan dan ujian yang Allah SWT timpakan kepada mereka.

Ya! Mereka orang yang belajar agama, tetapi tidak dinafikan juga, mereka adalah manusia yang boleh sahaja tersilap bila-bila masa sahaja. Namun, bukanlah ianya alasan untuk mereka terus berada didalam kesilapan tersebut.. jika mereka seorang individu yang betul-betul mengharapkan keredhaan Allah SWT, hidup mati mereka hanya untuk-Nya, pastinya mereka akan terus bertaubat dan memohon kepada Allah SWY supaya tidak diberi kesempatan berbuat kemaksiat kali kedua.

Ramai orang boleh berbicara soal dosa dan pahala, namun ramai juga yang terlalu cepat melatah dengan mengutuk keji tanpa batasan kemanusiaan seorang insan.

Mungkin sahaja hari ini kita belum dicuba uji oleh sang Pencipta, tapi bolehkah kita pastikan bahawa hari esok kita tidak berada disituasi orang yang dikutuk dan dikeji itu? Beringatlah wahai para duat.

Situasi yang saya gambarkan diatas, menunjukkan bagaimana seorang duat yang tersilap telah menyelewengkan agama demi memuaskan hawa nafsunya. Jika kita fahami situasi diatas, kita akan tahu bahawa, bukanlah islam yang menjadi perantaraan kasih sayang antara melati dan meon, tetapi yang menjadi penghubung kasih cinta mereka adalah hawa nafsu semata-mata. Bahkan yang lebih menyedihkan apabila meon telah menjadikan agama sebagai bahan mainan dan penguat hujjah kearah kemaksiatan. Siapakah mangsa akibat fatwa sesat meon ini? Pastinya si melati yang hanya percaya 100% orang yang dipercayainya akan membimbingnya kearah Islam yang sebenar.

Persoalan yang lebih penting yang selalu kita abaikan adalah persoalan aib.

Ya! Saya tahu, ramai orang yang disangka alim itu telah terjerumus dalam kemaksiatan, tidak kiralah dia bercouple, merokok, terlibat dalam dadah dan sebagainya mampu untuk meninggalkan perkara tersebut secepat kilat.. namun perlulah diingatkan bahawa, janganlah anda hebah-hebahkan kemaksiatan anda dengan memaparkan gambar-gambar kemaksiatan anda dikhalayak ramai sehinggakan orang ramai salah faham dengan orang agama. Mereka mungkin sahaja akan berkata ;

"eh, couple, isap rokok tu x per kot… sebab aku tengok , si meon tu boleh jer kapel ngan melati… sedangkan meon tu bukan tak tahu agama, belajar pun sampai university.. amik bidang ugama lak tu.."

Janganlah kita menjadi punca fitnah kepada dunia keilmuan islam.. biarlah kita tidak sempurna dan berusaha mencari kesempurnaan.. tapi jangan sesekali kita menjadikan agama sebagai dalil untuk menghalalkan apa yang Allah SWT haramkan.

Siding pembaca yang saya hormati sekelian..

Marilah sama-sama kita berusaha untuk menghindari kemaksiatan, namun jika kita masih dalam proses berubah.. maka janganlah kita mewar-warkan dosa yang kita lakukan dikhalayak ramai samada di laman social facebook , myspace, blog dan sebagainya… ingatlah pesan Nabi SAW;

Setiap umatku boleh diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan dosanya,ada di kalangan yang mendedahkan ini , melakukan suatu dosa di waktu malam, kemudian diwaktu pagi, Allah SWT menutup aib nya, namun tiba-tiba dia sendiri mendedahkan aibnya ,seraya berkata :” Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini” maka terhapuslah tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka rahmat Allah SWT yang sebelum ini menutup keaibannya.

( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2 comments:

  1. kesimpulannya..lihatlah pada ISLAM.kesyumulannya bukan pada sesetengah penganutnya.x gitu ust?

    ReplyDelete
  2. pandai cikgu kita buat kesimpulan:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.