pedang

Dari Anas RA, sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengambil pedangnya pada hari peperangan Uhud seraya berkata; "siapakah yang sanggup menggambil pedang ini?" para sahabat mengangkat tangan mereka sambil kesemuanya berkata; "saya!saya!saya!" Rasulullah SAW bersabda; "siapakah pula yang sanggup mengambil pedang ini dengan menjalankan haknya?" semua para sahabat diam. Tiba-tiba berkatalah Abu Dujanah RA ; "saya akan mengambilnya serta menjalankan haknya!" maka beliau mengambilnya dan memenggal kepala-kepala orang musyrikin.

Riwayat Imam Muhaddis Abu Husain Muslim bin Hajaj al-qushairy atau lebih dikenali sebagai Imam Muslim RH

Hadis ini mempunyai latar belakang yang cukup menarik , ianya mengajar kita bagaimana untuk bergesa-gesa kearah melakukan kebaikan amal makruf nahi munkar.

Pada satu ketika, Rasulullah SAW telah mendengar khabar berita bahawa pihak Quraisy telah siap siaga untuk menyerang Madinah lantaran serangan balas dendam atas kematian pemuka-pemuka quraisy pada peperangan Badar .. lalu Rasulullah SAW mengumumkan dirinya akan menyertai peperangan tersebut yang akan berlansung di bukit Uhud.

Maka Rasulullah SAW mengarahkan sebahagian para sahabat untuk berada didalam rumah masing-masing dan menyembunyikan diri didalam rumah, jika pihak Islam mengalami kekalahan di Uhud, dan pihak musyrikin bertindak mencerobohi Madinah.. maka, para sahabat yang berada didalam rumah boleh melontarkan anak panah kearah para durjana yang memasuki kota.

Sebahagian sahabat pula diarahkan untuk menyertai peperangan di Uhud. Mana-mana sahabat dan pemuda yang tidak menyertai peperangan badar, diarahkan untuk menyertai uhud.. sehingga terkumpullah kesemua mereka seramai 500 orang.

Setalah menyusun barisan tentera yang terbaik, Baginda SAW membahagikan 50 orang pemanah di atas bukit uhud sebagai benteng utama peperangan, malahan Baginda SAW mengarahkan Abdullah bin Jubair RA mengetuai mereka. Sejurus selepas itu, Rasulullah bersabda kepada barisan pemanah :

" jangan kamu semua tinggalkan tempat kamu ini, tetap teguhlah ditempat kamu sama ada kita menang atau kalah!!"

Setelah pertempuran berlaku dan kemenangan awal dipihak orang islam dan kelihatan orang musyrikin melarikan diri, para barisan pemanah itu berijtihad dan berkata:

"marilah kita turun dan mengumpulkan harta rampasan perang"

Lalu ditegah oleh ketua mereka dengan mengingatkan amaran Nabi SAW. Namun , mereka menyangka arahan dan amaran itu telah berakhir setelah puak musyrikin melarikan diri. Perkara menyedihkan berlaku apabila puak musyrikin berpatah balik menyerang orang islam yang sedang sibuk mengumpulkan harta rampasan perang dan di puncak bukit Uhud tidak mempunyai barisan pemanah yang ramai.. sehingga mengakibatkan kekalahan barisan tentera Islam dan kematian Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib RA yang merupakan bapa saudara Rasulullah SAW juga pemegang gelaran Singa Allah dan Singa Rasulullah SAW.

Setelah peperangan ini berakhir, para sahabat merasa ragu-ragu dan berkata; "dalam keadaan kita ini, bagaimana kita boleh kalah? Kita mempunyai Rasulullah, kita ini adalah pembela agama Allah, dan mereka bersama para syaitan!mereka pembela syaitan!"

Maka Allah berfirman;

(Patutkah kamu melanggar perintah Rasulullah)? dan (kemudiannya) apabila kamu ditimpa kemalangan (dalam peperangan Uhud), Yang kamu telahpun memenangi seperti itu sebanyak dua kali ganda (dengan menimpakan kemalangan kepada musuh Dalam peperangan Badar), kamu berkata: "Dari mana datangnya (kemalangan) ini? "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kemalangan) itu ialah dari kesalahan diri kamu sendiri (melanggar perintah Rasulullah)". Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Ali Imran ; 165

Kemudian, Rasulullah SAW bersabda : "siapakh yang mahu mengambil pedang ini?" semua para sahabat mahu mengambilnya dengan mengangkat tangan dan berkata "saya!saya!saya!", setelah melihat keadaan demikian, Rasulullah SAW bersabda kali kedua; "siapa yang mahu mengambilnya serta menjalankan haknya?" para sahabat terdiam kerana memikirkan betapa beratnya tanggungjawab memegang dan menjalankan hak pedang tersebut, mereka khuwatir tidak dapat menunaikan hak pedang tersebut sedangkan mereka telah mengikat janji dengan Rasulullah SAW ketika peperangan tapi tidak mampu menunaikannya.. akan tetapi tidak sedemikian pada Abu Dujanah RA , Allah SWT telah mengurniakan hidayah kepada beliau , lalu beliau berkata ; "aku akan mengambilnya dan akan menunaikan haknya!".. benarlah kata-kata beliau, beliau telah mengambil pedang tersebut dan membunuh serta memenggal kepala-kepala orang musyrik sehingga pedang tersebut patah.

Demikianlah sejarah umat islam, walaupun mereka mengalami kekalahan, mereka telah mendapat pengajaran yang besar dari peristiwa kekalahan.. mereka rasa bersalah mengingkari satu arahan Rasulullah SAW dalam peperangan setelah mereka melakukan ijtihad, namun bagaimana pula keadaan kita? Betapa banyak pengingkaran yang kita lakukan?akidah?ibadah?muamalat kita, adakah menurut panduan Rasulullah SAW?