Header Ads

test

Tak Mampu Tinggalkan “couple”?

couple "Kalau kau tak berani ber”coupel”, aku tak kisah, tapi sekarang ni.. kau dah berani kapel dan menghebah-hebahkannya.. kenapa masih bagi alasan untuk tidak berusaha kearah perkahwinan? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.."

Begitulah pepatah yang saya kira amat signifikan jika kita terjemahkan kepada muda-mudi kini yang semakin hanyut dalam lautan cinta dan hubungan yang tidak diizinkan syarak bahkan, mereka menolak kenyataan kebenaran dengan berbagai hujjah yang lebih tepat dipanggil "alasan!"

Pernah satu hari, saya bersembang dengan seorang sahabat saya yang benar-benar mempertahankan perbuatan beliau ber"couple".. sebagai seorang sahabat yang memahami situasi beliau, saya tidak menasihati beliau untuk meninggalkan perbuatan tersebut, tapi saya memberi saranan untuk berusaha kearah perkahwinan..

Syihab : "ya! Aku tahu, kau tak mampu meninggalkan orang kesayangan kau, tapi kenapa kau tetap ber"couple" tanpa ada sedikitpun usaha mengarahkan perbuatan itu kepada perkahwinan.."

Kawan : "kau suruh aku kawin ker?, i`m still stady la… duit pun mak ayah yang tanggung lagi, mana nak mampu bela anak orang!"

Syihab : "sahabat.. memang kau tak mampu lagi untuk berkahwin, tapi kenapa pula kau mampu untuk berhubungan?bahkan memberi berbagai alasan untuk tidak berusaha kearah perkahwinan?, so, apa tujuan perhubungan korang berdua? Dulu korang kata, kawin ni bukan pasal hawa nafsu, tapi kenapa bila ber"couple" korang menuruti tuntutan nafsu? Makan sama-sama .. syariat larang!, naik kereta sama-sama…syariat larang!, cakap berlunak-lunak.. syariat larang!"

Kawan : "budin.. kau kena faham, kami ni masih belajar.. lepas stady, dapat keje, ada duit.. baru pikir tentang hal tu, lagipun ,,, couple ni ada banyak jenis.. kalau lebih-lebih cinta melebihi cinta Allah SWTcdan rasul-Nya… tak boleh tu"

Mungkin anda boleh membaca berkenaan hukum couple dibanyak tempat dan blog, tapi disini saya hanya ingin memberi saranan kepada anda yang sedang berkapel,,,

Jika anda tidak mampu untuk meninggalkan pasangan anda, maka anda perlu membuat resolusi dengan mempersiapkan diri anda kearah perkahwinan..

Anda tidak tepat jika tidak memikirkan persoalan perkahwinan dibangku pengajian, kerana anda seorang pemuda harapan islam yang senantiasa terikat dengan nasihat-nasihat agama. Cuba hayati hadis ini;

"‘Wahai para pemuda!, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Kerana dengan menikah itu, ia akan dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa. Kerana dengan berpuasa itu akan dapat menahan syahwatnya.

( Hadis riwayat Hadis riwayat Bukhori dan Muslim )

Usia muda, adalah usia gelojak nafsu, jika ia tidak diuruskan dengan baik, maka ia akan mengarah kepada kebinasaan..

Oleh itu, saya mencadangkan kepada sahabat yang sedang dalam perhubungan tidak syarie bahkan tidak mampu meninggalkan perbuatan haram tersebut untuk melakukan beberapa perkara;

1) Memikirkan status hubungan anda, adakah ianya berpaksikan cinta kepada Allah SWT @ cinta nafsu (http://aljazary.blogspot.com/2010/06/antara-cinta-dan-cita-cita.html)

2) Berbincang dengan pasangan anda untuk memutuskan segala pertemuan yang menimbulkan fitnah

3) Melengkapi sedikit demi sedikit tanggungjawab perkahwinan;

       a. Mula menyimpan duit untuk belanja perkahwinan dan masa depan

       b. Bina matlamat yang tepat

       c. Bina sifat kematangan dalam diri

       d. Tambahkan ilmu pengetahuan agama dari semasa ke semasa

       e. Selalu menjaga emosi dan bersikap bertanggungjawab

       f. Pandai mengurus diri sendiri

       g. Dan lain-lain

Setiap usaha yang kita lakukan , pastinya akan mendapat ganjaran besar dari Allah SWT.. ramai pasangan bercinta mendakwa, mereka bercinta kerana kasih dan sayang.. oleh itu, mengapa tidak, kasih dan sayang itu jugalah yang menjadikan mereka lebih berusaha memiliki antara satu sama lain?

Ingatlah sahabat sekelian, jika kita tidak mampu untukk berubah sepenuhnya, jangan kita tinggalkan usaha merubah kemaksiatan kepada mencari redha Allah SWT.

2 comments:

  1. Bagus artikel nih.
    Memberikan solusi.
    Byk yang lain lebih berkata2
    dari memberi solusi.

    ReplyDelete
  2. Anonymous10/25/2010

    alhamdulillah
    moga2 artikel ini memberi pengetahuan dan hidayah kpd pembacanya

    ReplyDelete

Powered by Blogger.