Burning-Golf-Balls-Wallpaper "kita tidak perlu mendedahkan jahiliah kepada masyarakat, kerana mereka telah didedahkan perkara tersebut oleh media massa dan keadaan sekeliling"

Itulah antara pesanan Cikgu Abdullah Thaidi Hassan ketika pertemuan ringkas pagi isnin untuk guru-guru Sekolah Menengah Ibnu Khladun, Selangor, setahun lepas.

Mungkin ianya ringkas, tetapi ia mempunyai makna yang amat mendalam dan perlu dihalusi dengan pengamatan seorang daie yang tajam.

Pernah satu ketika dahulu, saya menjadi salah seorang penulis blog yang amat suka memaparkan masalah gejala sosial remaja serta menghiasi tulisan saya dengan gambar-gambar bukti bahawa kejadian itu benar-benar terjadi. Namun, setelah mendengar pesanan Cikgu Abdullah Thaidi, terdetik difikiran saya.. "ini adalah kenyataan yang cukup bermakna!"

Ya! Kita sebagai seorang daie hanya perlu memaparkan permasalahan yang berlaku dan jalan penyelesaiannya bukanlah kita menambahkan lagi kekeruhan jahiliyah didalam jiwa masyarakat..

Contoh mudah ingin saya berikan, apabila kita membentangkan masalah pakaian wanita muslim yang ketat dan tidak menutup aurat, kita menayangkan kepada masyarakat gambar-gambar yang berupa 3 orang perempuan yang bertudung, memakai baju ketat dan seluar yang menampakkan pakaian dalam. Bukankah perkara ini akan meransang nafsu orang yang melihat? Situasi ini sungguh tidak reliven.

Mungkin contoh kedua juga boleh membuka fikiran dan minda kita, seorang penceramah menceritakan gejala "couple" yang menuju kepada penzinaan, lalu beliau memaparkan gambar dua pasangan yang berada ditepi pantai, saling berpelukan dan penuh kasih sayang merelakan diri masing-masing disentuh dan diperlakukan apa sahaja. Bukankah ini menimbulkan keinginan untuk melakukan perkara jahiliah tersebut?

Tidak cukupkah telivisyen, internet dan surat khabar memaparkan gejala ini sehinggakan duat terpaksa memaparakannya buat kali kedua?sungguh! ianya merupakan kesilapan yang tidak boleh diulangi..

"jahilyyah dan islam itu selama-lamanya tidak akan bersatu, maka leraikanlah ia dari ikatan dakwahmu"

"Janganlah kamu campur adukkan antara perkara benar dengan perkara yang salah…"

Al-baqarah ;42