Semalam merupakan hari pertama saya menghadiri kuliah di Universiti Al-Azhar , selaku penuntut ilmu tahun 2 Syukbah Syariah, saya merasa sedikit teruja dengan pertemuan semula bersama rakan-rakan berbangsa arab yang pastinya mereka adalah pelajar pintar yang telah ditapis pada tahun pertama dahulu. .

Dalam kuliah Tafsir Ayat al-Ahkam semalam ,yang juga merupakan kuliah pertama pada hari tersebut, Dr Muhammad Ismail memberikan komentarnya tentang pembangunan umat islam dari segi ilmuan dan kemundurannya dalam arus perdana..

*********************************

" Pada zaman silam dahulu, para ulamak telah menjadi maju dimasa dan zaman mereka, mereka telah menulis kitab dan telah menjadikan ilmu tersebut masyhur pada ketika mereka hidup sehinggalah kini, dan perkara itu diteruskan juga oleh ulamak-ulamak pada zaman terkemudian, mereka menulis pandangan mereka berpandukan permasalahan yang beredar disekitar permasalahan semasa, keilmuan seperti ini amat difahami dan dijalankan dengan baik sekali, namun bagaimana pula keadaannya dengan kemodenan?

Kita melihat, umat islam dalam keadaan yang tidak munasabah, Negara-negara maju seperti Jepun, China, Amarika dan Malaysia telah mencapai kemajuan kemodenan yang dapat dibanggakan, cuba kita bayangkan.. ketika talifon kita berdering, dan kita mengangkatnya,ketika mahu ke masjid ,kita menaiki kenderaan yang bisa membawa kita kesana, adakah kita sedar, dari manakah talifon dan kenderaan itu dibuat dan dicipta?mengapa tidak dibuat dan dicipta dari Negara kita (Mesir)?

                          robot jepun toshiba-satellite-a300-laptop

Mari melihat , apa pula yang kita cipta dan hasilkan..apa yantg kita hasilkan? Hanya sekadar tinggalan lama seperti tasbih, cincin dan sebagainya.. Sedangkan, kita mempunyai akal fikiran yang sama antara satu sama lain, mampu maju setanding dengan mereka..tiada yang dapat membezakan kita dan mereka sedikit pun, ingatlah kata-kata penyair arab :

"Barangsiapa yang telah merasa lapar pada masa mudanya, pasti akan merasa lapar juga pada masa tuanya"

Pemuda pada hari ini akan menentukan kehidupan dan perjalanan kemodenan dan kemajuan pada masa akan datang…"

************************************

Itulah sedikit perkongsian ringkas Dr Muhammad Ismail, perkongsian yang bisa membangkitkan jiwa, menenangkan akal dan menggerakkan usaha.

Sebagai seorang muslim yang mempunyai tanggungjawab khilafah dimuka bumi ini, kita perlu merasa tanggungjawab yang besar dalam bidang masing-masing, penuntut ilmu agama mesti berusaha menjadikan agama sebagai tunjang utama dalam kehidupan mereka dan juga masyarakat, umat islam dalam bidang kedoktoran pula, perlu memberikan manfaat yang besar dalam bidang tersebut seperti menjadi pakar dalam bidang-bidang utama kedoktoran yang kini kebanyakkannya dipelopori oleh mereka yang tidak berada didalam agama islam, para penuntut ilmu ekonomi pula, perlu prograsif dalam membangunkan ekonomi umat islam, dan penuntut ilmu yang lain juga, kita mempunyai tanggungjawab dan peranan yang sama… oleh itu, setiap orang perlu berusaha memajukan diri bidang masing-masing..

doktor_jiwa_by_aljazary-d2zpm4w

Ya! Kita mempunyai kecenderungan berbeza, tidak semua manusia boleh melakukan banyak perkara dalam satu masa, tambahan pula zaman sekarang ini adalah zaman pengkhususan.. setiap orang mempunyai pengkhususan masing-masing, penuntut ilmu agama dikhususkan dalam bidang keagamaan, bidang ekonomi dikhususkan untuk orang yang cenderung kepada ekonomi, kedoktoran juga begitu, dikhususkan kepada yang bijak memahami dan teliti. Demikian juga bidang-bidang yang lain seperti kulinari, pertahanan dan sebagainya.. masing-masing mempunyai keenderungan masing-masing..

Persoalannya, bagaimana hendak Berjaya dan cemerlang dengan begitu baik dan gemilang? Jawapannya amatlah mudah dan signifikan… setiap orang perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai bidang masing masing..

Mengapa kita perlu menjadi yang terbaik?

Yang terbaik itu perlu menjadi milik kita kerana kita adalah mata-mata rantai perjuangan dakwah dan mempunyai tanggungjawab dakwah yang meluas, apabila kita berada didalam sektior-sektor terpenting masyarakat.. sebagai seorang muslim, kita dengan penuh keihkhlasan akan menunjukkan peribadi seorang muslim yang terbaik dan boleh menyebabkan manusia tertarik dan seterusnya mendekati agama islam yang mulia ini…kerana setiap umat islam tidak mampu dan tidak dibolehkan memisahkan urusan dunia dan juga agama.

Demikianlah peranan kita dalam pembangunan dakwah dan kemodenan.. justeru, kita tidak perlu merasa rendah diri dalam setiap bidang yang kita cuburi, bahkan, kita perlu menggerakkan usaha dengan bersungguh-sungguh menguasai bidang masing-masing dan menjadi pakar dalam bidang tersendiri, agar yang dilihat tinggi itu adalah Islam dan orang Islam bukannya Jahiliah dan orang kafir….

Semoga Islam dapat bangkit di tangan kita…

Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong urusanmu

Surah Muhammad : 7