KhairunnaQiah Mohd Sabri : hope putri form 3 Amanah and putra form 3 Fatanoh bersiap sedia .. and semua dapat 9A tahun 2010 .. Amin ~ caiyok2 ! ..

PMR

Melihat status facebook Naqiah, ( seorang anak murid saya ketika mengajar di Sekolah Menengah Ibnu  Khaldun dahulu ) , saya terdetik untuk memberi sedikit perkongsian dan motivasi kepada para calon PMR tahun ini.

Dahulu, ketika saya bersekolah di Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor ( SMAKJ ), kluang, saya pernah dinasihati oleh seorang guru disekolah tersebut untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam menghadapi PMR.

"PMR nie hanya sekali untuk seumur hidup, memang tak pernah orang mengulang PMR, sebab itulah antum kena berusaha sehabis baik!"

Ya! Sememamngnya PMR adalah sekali seumur hidup, maka anda perlu melakukannya dengan sehabis baik, mungkin orang lain mempunyai matlamat pelajaran yang berbeza dengan kita, mereka mahu belajar semata-mata mahu mendapatkan keputusan yang terbaik, kemudian melanjutkan pelajaran di universiti terbaik dan mendapat pekerjaan yang terbaik setelah itu.. namun, sesungguhnya, kita berusaha untuk menjadi yang terbaik adalah untuk memartabatkan agama ini dan berkeinginan besar mendapatkan syurga.

Sebenarnya, inilah motivasi terbesar kita.. kita menuntut ilmu untuk mendapatkan syurga!

ومن سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة

Barangsiapa yang menempuh satu perjalanan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah SWT akan memudahkan perjalanannya ke Syurga.

-Hadis Muslim : 2699

Syurga itu terlalu indah jika ingin dibayangkan dengan kacamata hamba, namun ia lebih indah jika dinilai dari kacamata illahi, ianya tidak mungkin menyamai 100% sepertimana yang kita bayangkan, kerana ia lebih baik dan lebih indah dari jangkauan pemikiran kita.

 

indah

Disamping berusaha dan membuat pecutan dalam setiap saat yang berbaki, anda juga perlu memahami bahawa anda adalah contoh yang Allah SWT kurniakan kepada masyarakat, jika anda baik, maka seluruh masyarakat akan mendapat kesan kebaikan juga.. namun jika anda tidak mampu menjadi yang terbaik maka, jangkaun kebaikan yang akan lahir diwajah-wajh masyarakat amat jauh sekali..

Keputusan peperiksaan anda amat memberi kesan kepada pemikiran masyarakat, bahkan cuba bayangkan jika suatu hari nanti, sekolah kita menjadi antara sekolah yang terbaik dimuka bumi ini nescaya lebih ramai ibubapa yang akan menghantar anak mereka untuk diproses menjadi para duat pembela agama.. merekalah yang akan menguatkan rantaian dakwah ini… jika ini berlaku, ianya merupakan jasa anda yang akan menjadi material terbesar diakhirat kelak..

Tuntasnya , kejayaan anda dalam PMR tahun ini amat penting sebagai penguat rantain dakwah dibumi tarbiah, teruskanlah berusaha dengan bersungguh-sungguh selagi kaki tidak menjejak keluar dari dewan peperiksaan.

Success buat anda semua!

Selamat menduduki peperiksaan!

p/s: disarankan juga untuk membaca artikel ini : Imtihan Medan Qudwah