Fenomena kebangkitan syiah setelah Revolusi Iran yang diketuai oleh al-Khumaini telah berjaya merosakkan pemikiran kebanyakkan masyarakat islam , pemuda, orang tua dan sebagainya.. namun yang lebih membimbangkan lagi adalah kebangkitan mazhab akidah sesat ini semakin menyemarak ditanah melayu kini. Laungan al-Khumaini kepada kesatuan Islam tanpa mengira ahli sunnah mahupun syiah dan hanya berpandukan niat yang elok , perlu diteliti dengan sebaiknya agar kita tidak terjerat dengan benteng penipuan taqiah mereka.
Oleh itu, penulisan ilmiah ini akan merungkai secara ringkas beberapa pemahaman Syiah yang telah terpesong jauh dari akidah ahli sunnah wal jamaah agar menjadi panduan ahli sunnah menolak kebangkitan syiah diMalaysia dan dimana-mana sahaja.
PENJELASAN AWAL
  1. Sebelum itu, penulis mahu menyatakan bahawa penulisan ini hanyalah berkaitan Syiah yang bermazhab Imamiah al-isna `asyariah( الاثنى عشري), bukannya mazhab syiah lain seperti zaidiah ,ismailiah dan lain-lain, kerana syiah mempunyai banyak mazhab.
  2. Syiah ithna `asyariah (الاثنى عشري) juga dikenali dengan nama Rafidhah, Imamiah, dan Ja`fariah. Mazhab inilah yang paling masyhur pada masa kini, sehinggakan ramai diantara pengkaji semata-mata menisbahkan gelaran “syiah” itu kepada mereka.
  3. Kebanyakan 12 imam yang dipercayai oleh syiah itu hanyalah rekaan mereka semata-mata, oleh itu, kenyataan yang dinisbahkan kepada mereka majoritinya adalah salah dan bukanlah kenyataan sebenar imam-mam tersebut. Bahkan , sebarang kenyataan dari orang syiah tidak boleh dipercayai kecuali setelah dikuatkan oleh kenyataan ahli sunnah.
TIPU DAYA AL-KHUMAINI khomeini1
Kita sering menyangka, salah faham antara syiah dan Sunnah merupakan salah faham feqah sahaja, iaitu perbezaan perkara cabang (furuk ) bukannya pokok (usul), sehinggakan kita membazirkan banyak waktu duduk semeja dengan mereka. Ada juga yang menyangka , ianya hanyalah salah faham dari segi sejarah sehingga mengakibatkan tertubuhnya dua mazhab terbesar ini.
Kemudian, pemahaman sebegini telah semakin bertmbah kuat apabila al- khumaini telah memberikan bayangannya kepada kesatuan masyarakat islam diseluruh dunia diatas sebuah panji iaitu Islam, sehinggakan ada yang mengatakan bahawa khumaini telah terkeluar dari fahaman ikut-ikutan syiah iaitu beliau tidak mencerca tiga Khalifah utama islam , Abu Bakar, Umar ,Uthman Radhiaallahu anhum.
Namun segalanya hanyalah angan-angan yang hanya terakam diradio dan television kerana kitab-kitab mereka telah menyatakan bahawa, syiah adalah mazhab utama dalam kestuan umat islam tersebut. Ini menandakan , ianya bukanlah revolusi islam, tetapi semata-mata Revolusi Syiah!
[Syeikh Muhammad Manzur, Revolusi Iran dalam kacamata Islam,1987]
Al-Imam Abu Hasan Ali An-Nadwi telah menjelaskan perihal Revolusi ini didalam kitab beliau, Revolusi Iran Dalam Neraca Islam,;
“Pemikiran al-khumaini didalam kitab (Al-hukumah Islamiah) sendiri telah membuktikan bahwa beliau telah mengikuti telunjuk kelompok syiah terdahulu dengan menyabitkan Al-Imamah (mengikut imam) dengan martabat ketuhanan sehingga menegaskan bahawa al-imamah itu lebih mulia berbanding para nabi, rasul dan malaikat...dan dalam kitab beliau (kasyfu Asrar) yang berbahasa parsi telah melukai para sahabat khususnya tiga orang Khalifah umat islam , bahkan sanggup mencela dan mengutuk mereka dengan kata-kata tidak baik yang hanya layak disabitkan kepada golongan fasik dan tercela sahaja...dan beliau tidak menggunakan kaedah rahsia dan pengkhususan dalam menyatakan kenyataan-kenyataan ini, tetapi beliau menggunakan kaedah cetakan dan sebaran!”
AQIDAH SESAT SYIAH
Justeru, marilah kita meneliti perbezaan terbesar Syiah dan Ahli Sunnah;
1. At-Taqiyyah
Taqiah adalah sebuah amalan pembohongan yang ada didalam mazhab Syiah, mereka dibenarkan untuk mengamalkan tipu daya dihadapan ahli sunnah, seperti mereka boleh mengatakan tidak mengingkari al-quran sedangkan mereka berpegang bahawa Al-quran ini telah sesat, mereka juga boleh mendakwa tidak mencela para sahabat, sedangkan mereka mengkafirkan keseluruhan sahabat kecuali Abu Dzar al-Ghifari, Salman al-Farisi dan Miqdad ibnu Aswad. Ia merupakan amalan utama dan terpenting didalam mazhab akidah syiah ,bahkan, ianya merupakan antara perkara pokok dalam agama, barangsiapa yang meninggalkan amalan taqiah, hukumnya sama seperti meninggalkan solat. Dan ianya adalah perkara wajib yang tidak boleh ditinggalkan sehinggalah terbangunnya kebenaran, selagimana kebenaran itu belum tertegak, maka amalan tersebut tidak boleh ditinggalkan, jika meninggalkannya beerti meninggalkan agama Allah, dan agama para imam . 1syiah1
Sehinggakan mereka menisbahkan kenyataan Ja`far Sadiq bin Muhammad Al-Baqir [83-148H] yang digelar As-Sodiq sebagai berkata:
“taqiah itu agamaku dan agama bapaku, dan tidak berimanlah sesiapa yang tidak bertaqiah”
Mereka menyatakan bahawa amalan ini terdapat hujjahnya didalam al-quran..
( إلا ان تتقوا منهم تقاة )
[Ali Imran :28]
Maka, Ibnu Taimiah RH bangun membantah aqidah ini ,bahkan membantah kenyataan ini dinisbahkan kepada Ja`far Sodiq ;
“mereka itu berbohong atas nama Ja`far Sodiq dengan mengatakan bahawa beliau berkata -Taqiah itu agamaku dan agama bapaku- sesungguhnya! Allah telah membersihkan Ahli Bait (keluarga Rasulullah SAW) daripada perkara tersebut!, mereka tidak berhujah sedemikian!,mereka itu adalah manusia yang paling benar! Dan paling kuat imannya..agama mereka adalah At-Taqwa bukannya At-Taqiah!...Allah SWT berfirman:
لا يتخذ المؤمنون الكافرين أولياء من دون المؤمنين ومن يفعل ذلك فليس من الله في شيئ إلا أن تتقوا منهم تقاة
[Ali Imran :28]
Ini adalah suruhan untuk menghindari orang kafir, bukannya suruhan untuk berbohong dan bertaqiah!”
[Mukhtasar minhaj al-i`tidal lil imam Az-Zahabi]



Imam ibnu Taimiah juga menafikan keterikatan syiah mengikut ahli bait dengan berkata:
“kami tidak menerima bahawa kamu mengambil mazhab kamu dari ahli bait, kerana kamu telah berpaling dari Ali dan imam-imam ahli baitnya dari segi usul dan furuk; mereka itu mempercayai Sifat-Sifat Tuhan, Qadar , khilafah yang tiga dan memuliakan mereka semua Radhiaallahu anhum”
[Mukhtasar minhaj al-i`tidal lil imam Az-Zahabi]
2. Fanatik Imamah
Ketaksuban golongan syiah terhadap imam-imam mereka amat melampau-lampau, sehinggakan, mereka menyatakan bahawa barangsiapa yang tidak mengimani kewalian ahli bait akan dimasukkan kedalam api neraka.
Seorang Ahli Hadis termasyhur dalam mazhab syiah bernama al-Kulaini* meriwayatkan daripada Ja`far Sadiq dengan berkata:
“sesungguhnya perkara pertama yang disoal kepada hamba di hadapan Allah SWT diakhirat nanti adalah solat fardhunya, kemudian tentang zakatnya, kemudian tentang puasanya, kemudian tentang hajinya, kemudian tentang kewalian ahli bait, jika seseorang bersaksi dengan kewalian ahli bait kemudian mati, maka diterimalah solatnya,puasanya, zakatnya dan hajinya, jika dia mati dalam keadaan tidak memperakui kewalian kita dihadapan Allah SWT, maka tidak akan diterima apa-apa pun amalannya.”
[Amali As-Suduk ; m/s 154]
* Al-Kulaini merupakan ahli hadis besar dalam mazhab syiah, beliau seperti al-Imam Bukhari Rahimahulllah didalam mazhab ahli sunnah, namun, beliau merupakan pembohong yang berdusta dalam periwayatan.
Fanatiknya golongan ini sehinggakan membawa kepada syirik apabila mereka menyatakan bawah para imam mengetahui perkara ghaib, sedangkan Allah SWT telah menegaskan bahawa tiada siapa pun yang mengetahui perkara ghaib kecuali Dia.
Diriwayatkan dari Al-Kuliani , daripada Ja`far Sodiq;
“sesungguhnya aku mengetahui apa yang berada dilangit dan apa yang berada dibumi, dan aku juga mengetahui apa kandungan syurga dan neraka,dan aku mengetahui apa yang akan berlaku”
[Usul al-Kafi 261/1]

Bahkan, bagi mereka air kencing dan tahi para imam itu penyebab untuk masuk ke syurga.
“air kencing dan tahi para imam itu bukanlah najis dan bukanlah busuk dan kotor, bahkan, kedua-duanya itu adalah seperti wangian Azfar, barangsiapa yang meminum kencing , tahi dan darah mereka, maka , Allah akan mengharamkan mereka dari memasuki neraka dan diwajibkan kepada mereka untuk memasuki syurga”
[Anuar al-Wilayah m/s;440]
3. Imam Mahdi al-Muntadhar Disisi Syiah
Didalam aqidah ahli sunnah, kita mempercayai bahawa diakhir zaman nanti akan muncul seorang manusia yang digelar al-Mahdi yang akan menghapuskan kezaliman dan akan membawa panji-panji sunnah, namun didalam mazhab syiah , mereka mempunyai kepercayaan yang cukup berbeza dalam hal ini.
Mereka mempercayai, seorang lelaki yang bernama Muhammad al-Mahdi bin Hasan Al-Askari akan bagun membela mazhab syiah dan membunuh siapa sahaja yang tidak mengiktiraf ahli bait.
Menurut sejarah, Imam yang ke-11, iaitu Hasan al-Askari bin Ali al-Hadi (232-260H) telah meninggal dan tidak mempunyai anak, oleh itu, nasab keturunan syiah telah terputus, dan mereka menganggap itu adalah pengakhiran dalam sejarah syiah, namun muncul seorang hamba syaitan yang bernama Muhammad bin Nasir yang berkata bahawa Hasan al-askari mmpunyai seorang anak yang disembunyikan didalam terowong bawah tanah dibawah rumah Hasan al-Askari.
Dengan itu, mazhab syiah menganggap imam ke-12 mereka itu telah tinggal didalam terowong tersebut dari tahun 260H sehingga kini!!beliau tidak mati dan akan bangkit membunuh semua orang kecuali golongannya (syiah).
Oleh itu, sehingga kini, golongan bermazhab syiah sentiasa berkata: sesungguhnya, imam Mahdi al-Muntazar mempunyai kuasa pada alam keseluruhannya, dan didalam setiap upacara yang mereka adakan, mereka akan melaungkan; Ya sahibuz zaman! Ya sahibuz Zaman!
Didalam malam ke-empat disetiap minggu , mereka akan berkumpul disebuah tempat yang dinamakan al-husainiah dan melaung-laung; “Wahai mahdi, kamilah tenteramu, sambutlah tangan-tangan kami, perkuatkan kami dan bantulah kami.. kami menunggumu.”
Malam tersebut dinamakan malam bertawasul.
4. Akidah Raj`ah
Raja`h menurut syiah adalah kehidupan semula didunia setelah kematian , ianya merupakan antara usul didalam Mazhab Syiah 12, sesungguhnya, akidah ini amat bercanggah dengan Al-Quran dan as-Sunnah.
Allah SWT berfirman;
kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: "Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) "Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara Yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat).
[al-Mukminun ; 99-100]
Namun, syiah sengaja mengada-ngadakan akidah ini demi menakutkan umat islam dan menyatakan bahawa mereka sahajalah yang benar!.
Golongan yang akan dibangkitkan menurut syiah itu ada tiga:
  1. Bangkitnya al-Mahdi dan para imam 12
  2. Bangkitnya khilafah orang islam yang dianggap merampas pemerintahan , dan mereka akan menerima pembalasan atas perbuatan tersebut.
  3. Bangkitnya ahli iman sebenar, mereka itu adalah syiah imamiah dan orang yang mengikuti mereka, begitu juga akan bangkitnya para orang kafir yang tulin, yang tidak beriman dengan mazhab mereka, dan ketuanya adalah ahli sunnah, tanpa ragu! Dan dikecualikan orang lemah seperti wanita dan sebagainya... dan para imam dikalangan syiah boleh memilih untuk menyeksa mereka ataupun mengampunkan mereka.
[ rujuk Bihar Anuar 323/8]
KESIMPULAN
Kesimpulannya, syiah adalah sebuah mazhab akidah yang meminjam nama islam , bagi memburukkan lagi nama islam, banyak lagi perkara yang berbeza didalam akidah syiah, bahkan, imam Malik bin Anas RH pernah mengulas;
“barang siapa yang mencaci para sahabat Rasulullah SAW, maka tiada nama baginya, atau tidak dinasabkan kepada islam,”
[as-sunnah lil khalal 557/2]
Bahkan, imam Ahmad bin Hambal sendiri lebih jelas menyatakan;
“Ar-Rafidhah bukanlah dari islam sedikit pun “
[as-Sunnah 82]
Justeru, didalam memegang erat panji-panji ilahi, penulis menasihatkan diri sendiri dan semua ikhwah dan akhawat sekalian, agar lebih berjaga-jaga dalam bertoleransi dengan syiah, kerana, mereka sentiasa tidak bersetuju dengan ahli sunnah wal jamaah dari aspek usul dan furuk, malahan, mereka telah banyak melakukan pembunuhan terhadap ahli sunnah di bumi iraq dan afghanistan.
Untuk rujukan yang lebih mendalam, penulis menyarankan kepada kita semua untuk merujuk kitab-kitab dibawah:
1- الشيعة هم العدو فاحذرهم – شحاتة سقر
2- العقائد الخفية للشيعة الاثنى عشرية – الدكتور مصطفى حلمي
3- الموسوعة الميسرة في الأديان و المذاهب و الأحزاب المعاصر – دكتور مانع بن حماد الجهني
4- الخميني شذوذ في العقائد و شذوذ في المواقف – الأستاذ سعيد حوى
5- أصو مذهب الشيعة الإمامية – دكتور ناصر القفاري
6- صورتان متضادتان عند اهل السنة و الشيعة الإمامية – الشيخ أبي الحسن الندوي
7- الوشيعة في كشف شنائع و ضلالات الشيعة – دكتور صالح الرقب
8- أسئلة قادت شباب الشيعة إلى الحق – سليمان بن صالح الخراشي
9- الشيعة : تعريف ة أقوال – شارف الراجحي
10- الشيعة و السنة – العلامة إحسان إلهي ظهير
11- الشيعة و التشيع - العلامة إحسان إلهي ظهير
12- الشيعة و أهل البيت - العلامة إحسان إلهي ظهير
13- الخطوط العريضة للأساس التي قام عليها دين الشيعة الإمامية الاثنى عشرية – محب الدين الخطيب
14- الصراع بين الشيعة و التشيع – دكتور موسى الموسى
15- عبد الله بن سباء و أثره في إحداث الفتنة في الإسلام – دكتور سليمان بن حمد العودة
16- تاريخ الإمامية و أسلافهم من الشيعة – دكتور عبد الله فياض
17- المذاهب الإسلامي – محمد أبو زهرة
18- دراسات في الفرق – دكتور صابر طعيمة
19- مختصر التحفة الاثنى عشرية – تحقيق محب الدين الخطيب
20- ماذا تغرف عن ((حزب الله))؟ - علي الصادق
21- موقف الشيعة من أهل السنة – محمد مال الله
22- خيانات الشيعة و أثرها في هزائم الأمة الإسلامية – دكتور عماد حسين



Syihabudin Ahmad Mohd Yatim Nerd smile
Kuliah Dirasat Islamiah wal arabiah,
Syukbah Syariah Islamiah ,
Unversiti Al-Azhar, Dumyat, Mesir.