masjid-al-azhar Al-Azhar merupakan sebuah universiti islam teragung didunia, sehinggakan, fatwa yang dikeluarkan oleh ulamak-ulamak mereka akan dibukukan dan dijadikan panduan dalam dunia islam, oleh itu, penulis tidak ketinggalan menaqalkan pandangan ulamak dari al-azhar berikutan isu Syiah Imamiah ini.
1- Syeikh Atiah Saqar (mantan ketua lajnah fatwa al-Azhar dan anggota majma` buhus islamiah )
Syeikh Atiah berkata :
“Al-Quran telah diturunkan kepada Nabi SAW, dan baginda telah mengarahkan al-Kuttab ( siding penulis wahyu yang dilantik oleh baginda)untuk menulis ayat Al-Quran yang diturunkan , selama 23 tahun, penulisan ini telah dijaga dan disalin kepada beberapa salinan pada zaman saidina Uthman bin Affan RA, kemudian salinan Al-Quran tersebut telah disebarkan ke seluruh penjuru dunia islam. Dan sebuah mashaf yang dinamakan “al-Imam” telah disimpan oleh beliau.
Dan Syiah (imamiah) mendakwa bahawa Abu Bakar RA dan Umar RA telah membuang banyak ayat Al-Quran, dan kebanyakan ayat tersebut berhubung dengan penggantian Ali RA sebagai khilafah, bahkan, mereka berpendirian, sesungguhnya mashaf yang sempurna adalah mashaf yang ditulis oleh Saidina Ali RA selepas kewafatan Rasulullah SAW.
Telah termaktub didalam kitab (الأنوار النعمانية) yang ditulis oleh ahli hadis dan cerdik pandai mereka - نعمة الله الموسي الجزائري - menyebutkan, (( sesungguhnya telah tersebarnya berita bahawa al-quran yang asli itu hanya ditulis oleh Amirul Mukminin AS (Ali RA), dari wasiat yang ditinggalkan oleh Nabi SAW, maka, beliau telah menghabiskan masa selama enam tahun setelah kewafatan nabi SAW bagi mengumpulkan Al-Quran, setelah pengumpulan tersebut selesai, beliau telah pergi kepada dua orang yang telah sesat selepas kewafatan Rasulullah SAW (Abu Bakar dan Umar RHM) , dan berkata: inilah kitabullah yang asli, maka Umar pun menjawab ; kami tidak memerlukan engkau dan Al-Quran milik engkau.
Maka, Ali AS telah membidas dengan berkata : “kamu tidak akan dapat melihat kitab ini lagi selepas ini, dan kamu tidak akan melihatnya sehinggalah bangkitnya anak aku Al-Mahdi AS…dan didalam Al-Quran itu (yang berada pada Abu Bakar dan Umar RHM) penuh dengan penambahan, dan Al-Quran ini terselamat dari sebarang penyelewengan.”
Demikianlah , kebanyakan ulamak mereka menegaskan bahawa Al-Quran yang berada disisi kita ini telah berlaku pengurangan dan penyelewengan. Dan sesungguhnya mashaf yang betul dan sempurna akan didedahkan diakhir zaman bersama-sama Al-Mahdi Al-Muntadhor , dan ianya tidak dibenarkan untuk ditunjukkan kepada kita, ianya adalah perkara yang mereka sebut-sebutkan.. dan kebanyakan kandungan al-quran tersebut merupakan tentang keistimewaan ahli bait dan ke’imaman’ Saidina Ali RA.
Diantara contoh penyelewengan tersebut adalah seperti ayat;
وإن كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا فأتوا بسورة من مثله
Sebenarnya-menurut mereka- diturunkan daripada Jibril kepada Muhammad sebegini;
وإن كنتم في ريب مما نزلنا على عبدنا في علي فأتوا بسورة من مثله
Dan dinukilkan dari (أصول الكافي) daripada imam mereka Ja`far Sodiq bahawa beliau bersumpah bahawa ayat ;
ولقد عهدنا إلى آدم من قبل فنسي
Telah diturunkan seperti ini:
ولقد عهدنا إلى آدم من قبل في محمد و علي و فاطمة والحسن و الحسين و الأئمة من ذريتهم فنسي
Dan terdapat juga didalam kitab (أصول الكافي) – ianya merupakan kitab yang terbaik disisi Syiah- bahawa Al-Quran yang dibawakan oleh Jibril itu mempunyai 17,000 ayat. (القزويني)seorang pengulas kitab Usul al-Kafi telah menyandarkan kata-kata ini kepada Ja`Far Sodiq : sesungguhnya penjelasan ini menunjukkan bahawa,ayat Al-Quran itu telah dibuang dari yang asli dengan banyak sekali, pembuangan yang tidak terdapat didalam salinan Al-Quran yang dikenali.
Syeikh Atiah Saqar, Fatawa al-Azhar 641/3 ,
Tarikh fatwa dikeluarkan : mei 1997
 
2. Asy-Syeikh Jaddul Haq Ali Jaddul Haq (mantan Syeikhul Azhar)
Asy-Syeikh menyebutkan :
“Daripada perkara usul mereka (Syiah Imamiah) ialah :
  • Mengkafirkan para sahabat dan mencaci mereka, khususnya Abu Bakar dan Umar RHM dan dikecualikan sebilangan kecil para sahabat yang setia pada Saidina Ali RA. Dan diriwayatkan daripada Al-Baqir ( Muhammad Al-Baqir bin Ali Zainal Abidin – 57-114H )dan As-Shodiq (Ja`far Sodiq bin Muhammad al-Baqir – 83-148H ): “ Allah SWT tidak akan bercakap dan tidak akan mensucikan tiga jenis golongan , bahkan akan mengazab mereka dengan azab yang pedih : Orang yang mendakwa Imamah pada dirinya sedang dia bukanlah ahli imamah, dan orang yang menafikan Imamah itu adalah berasal dari Allah SWT (masyru`), dan orang yang berpendirian bahawa Abu Bakar dan Umar itu diiktiraf didalam Agama Islam”
  • Mereka juga berkata : Sesungguhnya Aisyah dan Hafsah RHM itu adalah dua orang wanita yang telah kafir dan akan kekal didalam api neraka, kedua-duanya dicela melalui ayat :
ضرب الله مثلا للذين كفروا امرأة نوح و امرأة لوط كانتا تحت عبدين من عبادنا صالحين فخانتاهما فلم يغنييا عنهما من الله شيئا و قيل ادخلا النار مع الداخلين
(At-Tahrim:10)
  • Mendakwa bahawa Al-Quran yang ada sekarang banyak kekurangan, kerana munafik dalam golongan sahabat telah membuang ayat-ayat yang memberi keistimewaan kepada Saidina Ali dan keturunannya, dan sesungguhnya al-Quran yang diturunkan daripada Jibril kepada Muhammad ada tujuh ribu ayat, sedangkan yang terdapat didalam mashaf hanyalah 6263 ayat, bakinya disimpan disisi ahli bait sepertimana yang dikumpulkan oleh SAidina Ali RA, ianya tidak Nampak (ghaib) dengan ghaibnya imam –Al-Mahdi al-Muntadhar.
  • · Bertindak menolak semua periwayatan yang datang dari bukan lingkungan ke”imaman” mereka, bahkan, imam disisi mereka itu adalah maksum (terlepas dari dosa) sehinggakan, dikalangan mereka ada yang mengatakan : sesungguhnya maksumnya mereka itu (para imam syiah ) itu lebih nyata dari kemaksuman para nabi.
  • At-Taqiah : ia adalah, menampakkan perbezaan akidah yang ada didalam batin ,bagi melindungi keburukan mereka.
  • Jihad tidak lagi disyariatkan sekarang, ianya kerana imam sedang ghaib, dan jihad bersama-sama orang lain(yang tidak bersama mereka dalam urusan keimaman) adalah haram dan tiada ketaatan, tiada syahid pula kepada mereka kecuali jika mereka sebahagian dari golongan syiah, sehinggakan jika mereka mati dikatil sendiri.
  • Terdapat banyak lagi cabang-cabang diatas usul ini, antaranya;
    • Tidak mementingkan hafalan/penjagaan Al-Quran kerana masih menunggu mashaf yang dibawakan oleh imam –mahdi al-Muntadhar.
    • Mereka mengatakan dalam soal al-Bad` (permulaan tuhan mencipta sesuatu): dengan makna, sesungguhnya Allah memulakan sesuatu yang Dia tidak tahu sebelum itu dan Dia menyesal dengan perbuatannya.
    • Mengharuskan lukisan gambaran Saidina Muhammad SAW dan Saidina Ali RA..
(kitab bayan lin nas min al-Azhar asy-Syarif 13-15/2)

Dapatkan E-Buku saya berjudul "Fatwa Ulama al-Azhar Terhadap Syiah 12"