Menjadi kebiasaan dalam masyarakat islam yang jauh dari roh islam, selepas majlis pertunangan diadakan, pasangan lelaki dan wanita yang bertunang mula bergaul mesra, berdua-duaan dan berkhalwat. Mereka mendakwa tindakan tersebut membolehkan mereka saling mengenali dan mengetahui akhlak dan tabiat masing-masing, sedangkan lubuk hati lelaki tersebut mengakui bahawa dia tidak mampu walaupun sedikit untuk menyingkap hakikat sebenar akhlak tunangnya. Ini kerana dia sendirir sentiasa berfikir untuk berpura-pura dihadapan tunangnya bahawa dialah lelaki yang diidam-idamkan dari segi akhlak , kebaikan, dan kecerdikan. Tunangnya pula menonjolkan sifat kepura-puraan yang lebih hebat lagi. Dia cuba menggambarkan bahawa dialah wanita idaman dari segi kelembutan , keperempuanan ,ada, akhlak, dan perangai.

Bergaul mesra dan berdua-duaan antara pasangan yang bertunang sebelum akad nikah adalah haram serta tidak diredhai oleh Allah Taala. Sabda Rasulullah SAW:

لا يخلون رجل بامرأة إلا ومعها ذو محرم

“tidak boleh sama sekali lelaki dan wanita berkhalwat (duduk berdua-duaan secara sunyi) melainkan mahram ada bersama mereka”

Hadis Bukhari dan Muslim2565283202_f69b0bc0cf

Tunang sebelum akad nikah dikira sebagai orang asing (bukan mahram).

Wanita yang berakal dan cerdik adalah wanita yang tidak memperlihatkan dirinya dihadapan tunangnya (selepas pandangan pertunangan ) sehinggalah selesai akad nikah. Ini kerana dia mesti memikirkan masa depannya dan mengambil kira kemungkinan yang mungkin berlaku yang mesti dihadapi . dia juga perlu memikirkan jika pertunangannya terputus, lelaki lain tidak akan meminangnya lagi setelah mereka mengetahui perhubungannya dengan bekas tunangnya.

Apabila akad nikah telah berlaku, pergaulan dan khalwat dibenarkan kerana mereka sudah menjadi suami isteri . mereka boleh melihat pasangan masing-masing tanpa sebarang dosa dan halangan lagi

Adab-Adab pergaulan ketika bertunang ;

  1. Setiap pertemuan atau perbincangan itu hendaklah ditemani oleh mahram wanita
  2. lebih baik jika pertemuan dibuat dirumah ibubapa tunang wanita
  3. Tidak dibolehkan duduk berdua-duaan.
  4. perbincangan itu mestilah sunyi daripada unsur nafsu dan syahwat.
  5. sentiasa memperbaharui niat ketika berbincang
  6. Dalam keadaan menutup aurat sebagaimana yang telah digariskan oleh agama islam .
  7. Bagi pihak perempuan, janganlah bercakap terlalu manja dan menggoda. Sementara bagi lelaki janganlah merasakan bahawa telah mendapat milik mutlak dan boleh melakukan apa saja.

Rujukan : Dr Musthofa Al-Bugho, Dr Musthofa al-Khin, Ali Asy-Syarbaji, Feqh Manhaji – Kitab Fikah Mazhab Syafiie