Masalah semasa kini mengalami kesakitan yang amat kritikal apabila para pemuda dan pemacunya mengalami penyakit yang amat tenat dan melelahkan. Pelbagai jalan dan cara digunakan bagi menyembuhkan penyakit tersebut, namun kebanyakannya hanya menemui jalan buntu apabila penyakit yang dihadapi bukannya semakin berkurang, bahkan semakin bertambah dari hari ke sehari..

“Setiap hari , luka-luka baru akan menjalar ditubuh ummah, sedangkan…luka-luka semalam masih parah dan masih belum bertemu penawarnya..”

Menyedari permasalahan yang berlaku, gerakan islam yang digerakkan oleh Al-Imam Hassan Al-Banna telah melangkah menjadikan usrah sebagai medium permulaan dalam peringkat penyembuhan penyakit yang dialami;

“Usrah dalam kefahaman Jemaah Ikhwan Muslimin adalah sebagai batu-bata permulaan dalam pembinaan Jemaah dan pembentukannya, sepertimana ianya menjadi asas kepada pembentukan peribadi dan ianya meneladani cara-cara bagi mendidik individu kepada pendidikan yang sempurna, ianya meliputi segala aspek peribadi, dan pembentukan peribadi ini merupakan pembentukan islam sepertimana yang disepakati didalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW”

-Dr Ali Abdul Halim Mahmud, Wasailut tarbiah `inda ikhwanul muslimin

Pelbagai nama dan singkatan kepada usrah telah digunakan bagi memudahkan gerakan dakwah semasa, oleh itu kita akan mendengar pelbagai nama seperti Muzakarah Berkelompok, Islamic circle dan sebagainya yang merujuk kepada gerakan usrah.

mb Namun, perkara malang sekali berlaku apabila gerakan usrah yang amat mementingkan pembinaan peribadi , keluarga dan masyarakat ini semakin hari semakin ditinggalkan dan mengalami masalah “komitmen” yang amat kritikal.

Didalam persatuan-persatuan dan gerakan-gerakan tertentu yang bermatlamatkan islam, pasti akan mempunyai perancangan medium usrah mereka sendiri, namun, kebanyakkannya hanya sekadar perancangan yang tertulis diatas kertas tanpa ada sebarang tindakan dan aktiviti yang dijalankan .

Mengapa perkara ini boleh berlaku ??

Masalah komitmen tersebut diadaptasikan dari kesedaran yang tidak jitu terhadap perkembangan dakwah dan pendidikan.

Pemuda pemudi gerakan dakwah kini semakin melupai tanggungjawab mereka sebagai khilafah dimuka bumi, oleh itu, mereka membiarkan diri mereka hanyut dengan permainan dunia yang sentiasa melekakan mereka dari tanggungjawab yang sepatutnya mereka tanggung.

mereka juga semakin tidak memperdulikan kesakitan yang menimpa tubuh ummah, tidak lagi menyedari kata-kata imam Hassan al-banna ketika menyeru para pemuda untuk berpegang teguh dengan perjuangan islam :

"Antum ruhun jadidah tarsi fi ja-sadil ummah"

quran “Kamu adalah ruh baru, kamulah jiwa baru yang mengalir di tubuh ummat, yang menghidupkan tubuh yang mati itu dengan Al-Qur’an Disini kita mentarbiyah diri sendiri dan generasi mendatang. Generasi yang siap memikul beban da’wah dan menegakkan Islam. Inilah harapan baru bagi masa depan yang lebih gemilang, dibawah naungan Al Qur’an dan cahaya Islam rahmatan lil alamin.”

Ya! Perjuangan dakwah dan tarbiah ini amat memerlukan komitmen yang jitu dari setiap aktivis, dan ianya perkara penting yang tidak lagi boleh dilalaikan…

Simboliknya begini, seandainya kita sedang sakit perut mahu membuang air besar, adakah kita masih dapat menahannya?pastinya kita akan tergesa-gesa mencari tandas untuk menunaikan hajat kita. Demikianlah darurat yang berlaku dalam gerakan dakwah kini… kita tidak dapat menunggu lagi, kita perlu mencari peluang-peluang perubatan bagi menyembuhkan penyakit yang dialami jika tidak, ia akan bertambah parah dan menderita.. oleh itu, kehadiran muzakarah berkelompok secara rutin merupakan kewajipan atas kesedaran yang tidak dapat dipertikaikan lagi!

Tuntasnya, kita perlu menyedari bahawa muzakarah berkelompok amat penting dalam pembentukan dunia baru islam dan kehadiran dalam setiap perjumpaan yang ditetap amat penting dalam meninggikan kalimah Allah.

Omar al Khattab RA berkata kepada sahabatnya: “Impikanlah! ….” Setelah mendengar impian para sahabatnya, akhirnya beliau berkata: “Aku mengimpikan negeri ini dipenuhi RIJAL seperti Abu Ubaidah al Jarrah, Muaz bin Jabal dan Salim (hamba Abu Huzaifah). Lalu aku meminta tolong dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah.”

Inilah sebenarnya modal untuk kembali memerintah dunia. Seorang pemuda yang sanggup meletakkan hidupnya demi ISLAM jauh lebih berharga dari dunia dan seisinya.