Header Ads

test

Apa Yang Kita Buat Masa “Birthday”?

Mat : “selamat hari jadi meon!,nak tanya sikit ni.. apa yang hang buat time hari jadi hang ni? Hang nak belanja aku ka?hehehe!!”

Meon: “terima kasih Mat,..(eh-eh..selamat jerk??hadiah mana??).. aku xtaulah nak buat apa.. tapi minggu lepas, mama aku kata dia nak buat jamuan makan kat umah aku.. silalah datang malam ni dengan tangan yang penuh dengan buah tangan..hehehhe!!”

hb

**********************

Herm…pertamanya, hari ini bukanlah hari jadi saya… Angel , bukan juga hari hari jadi isteri saya Girl(eh-eh!!bila aku kawin?) .. tapi mungkin juga terpalit pada hari jadi anda!!iaitu salah seorang dari orang yang bermakna dalam hidup saya!

Oleh itu, mungkin ada sesuatu yang ingin saya kongsikan kepada sidang pembaca sekalian, pastinya berkaitan dengan “hari lahir”…

REALITI

Ya.. setiap orang pasti akan melalui sebuah hari yang dinamakan hari lahir.. mana mungkin seorang manusia itu dilahirkan tanpa mempunyai tarikh lahirnya..kan, kan??..namun, yang membezakan mereka diantara satu sama lain adalah “perkara yang dilakukan pada hari lahir tersebut”..

Berlaku juga situasi seperti diatas, iaitu, orang lain yang merancang agenda hari jadi si Meon

Ops!kalau anda berumur 1 hingga 10 tahun…mungkin ianya perkara yang bukan luar biasa.. ( normal..) tapi.. kalau anda telah berumur 15 tahun, tapi masih mengharap orang lain ..herm… maksudnya…. Anda belum mencapai tahap baligh yang matang!

NAK BUAT APA?

Straight to the point…. Apa perlu buat?? Memasak ? (penting ker?) menjemput rakan-rakan untuk jamuan hari lahir? (penting ker?) , memikir-mikirkan hadiah dari mak ayah? (penting ker?) n bla-bla-bla….

So, apa yang penting?

Perkara yang lebih penting untuk dilakukan adalah “merancang kehidupan!”..

Wa…. Sedap bunyinya… actually, maksudnya begini….

  1. Masuk bilik , tutup pintu
  2. Fikirkan apa yang telah dilakukan sepanjang kehidupan
  3. Tuliskan keinginan anda!
  4. Mula merancang bagaimana untuk mendapatkannya -tulislah apa sahaja rancangan yang terlintas difikiran anda!
  5. Tampalkan ditempat yang mudah dilihat
  6. Buatlah seperti yang dirancang
  7. Tolak 25% daripada wang saku anda bagi merealisasikan impian jangka panjang
  8. Buang sifat NEGETIF!matlamat

BUAT APA 8 PERKARA NI?

Semestinya disebabkan hidup kita cukup berharga!, oleh itu, jika semalam kita tidak mampu untuk menyelesaikan impian kita, maka hari ini kita perlu bangkit menyusun semula langkah perjuangan, bagi merealisasikan impian jangka panjang dan pendek dalam kehidupan kita…

“didalam akidah islam, kita meyakini bahawasanya perbuatan manusia itu adalah bergantung kepada pilihan yang datang dari dirinya sendiri, yang hanya berlaku dengan kehendak kekuasaan Allah SWT, oleh itu, setelah kita merancang dengan cukup terbaik menurut kita, maka wajiblah kita untuk berserah kepada Allah SWT

Cuba lihat orang yang bukan islam, mereka berusaha bersungguh-sungguh kerana ingin mencapai matlamat yang cukup-cukup pendek, iaitu hanya ingin mendapatkan kemewahan dan kesenangan dunia… walaupun begitu, ramai juga dikalangan mereka yang mempunyai wang berjuta ditangan namun hilang manis dalam senyuman ..

images

Itu mereka, Allah kurniakan kepada mereka kejayaan, kerana mereka telah berusaha!, so, so, dan so….. bagaimana pula jika seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh dan ditambahkan pula dengan keimanan yang utuh kepada Allah SWT? Adakah Allah SWT akan mendiskrimasikan mereka? Owh tidak!!bahkan, orang begini lebih baik dari orang yang berusaha sahaja tanpa mempunyai sebarang hubungan keimanan…

image

Tuntasnya, mari sama-sama merancang dan menjadikan kehidupan kita lebih bermakna dan berkualiti!

p/s: Jika hari ini hari jadi anda, saya ucapkan.. “Selamat Hari Lahir dan jadikanlah hari ini hari yang terbaik dalam permulaan anda membina istana kejayaan!”

p/s: lihat apa perancangan saya Winking smile : Sweet 21

3 comments:

Powered by Blogger.