Disuatu sudut, kelihatan seorang remaja wanita sedang berbual dengan sahabatnya disebelah tingkap sekolah mereka..

She-La : apalah nak jadi ngan aku nie, hidup tak terasa indah….penuh gundah gulana. Orang selalu kata aku nie “low profile”, tak suka bergaul dan sebagainya… aku tak mau hidup macam nie…

sad

Farah : She-La… hidup itu indah, jika kita pandai mengindahkannya!!! Berusahalah untuk mengindahkannya!! Aku sentiasa menyokong kau!

She-La : macam mana farah?!

Farah : hehhehehe aku pun tak tahu

*************************

Ya! Hidup itu indah, jika kita pandai mengindahkannya!! (sepertimana kata cik farah kiter..hehe), bayangkan! Setiap hari yang anda lalui sentiasa dihiasi dengan cintaRed heart, senyumanOpen-mouthed smile, kebahgiaanLaughing out loud dan ketenangan hidup! Rolling on the floor laughing

Indah bukan?? Tapi adakah ianya reality yang bukan fantasi, atau hanya angan-angan yang tidak mungkin dicapai?

Jika anda bertanya kepada saya, maka jawapannya :

“Ia pasti dicapai apabila kita memahami bagaimana untuk merealisasikannya”

Trust-Me-main

BAGAIMANA ?

  1. Berdamailah dengan semua keadaan, jika hidup anda adalah suatu masalah, maka kenalilah perkara yang tidak kena dalam hidup anda.
  2. Ketahuilah bahawa hari esok akan dimulakan dengan cahaya mentari yang menyinar!oleh itu, Kesalahan yang anda lakukan hari ini akan diperbaiki dan akan dibetulkan apabila peralihan masa berlaku!
  3. Carilah masa untuk bergembira dengan perkara-perkara kecil ,Ketika anda makan, dan makanan tersebut pula “agak-agak” sedap, maka katalah pada diri.. “Subhanallah.. sedapnya!” sambil tersenyum!
  4. Jadikan insan-insan disekeliling anda gembira
  5. Jika anda melakukan sebarang kesilapan yang menyebabkan anda rasa kesal, maka teruslah cari penyelesaiannya
  6. Sampah sarapkan pandangan negetif terhadap diri anda!
  7. sentiasa tersenyum!, tapi jangan paksa diri untuk senyum okey!

KENAPA PERLU SENTIASA TERSENYUM?

kerana senyuman itu indah! Mewarnai kehidupan dengan corak dan warna-warna yang memukau!

Abdullah bin Al-Haris bin Jaza` berkata :

(( aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih banyak tersenyum selain Rasulullah SAW))

[Hadis Riwayat Turmizi , 3645]

Subhanallah! Peribadi agung dan ikon seluruh umat islam itu juga melakukan senyuman! Bahkan, baginda dilihat orang yang paling banyak tersenyum!!..

Untuk pengetahuan anda! Rasulullah adalah manusia yang paling bahagia didunia kerana telah menjalankan tugasan dakwahnya , dan juga  orang yang paling berbahagia di akhirat kerana menerima darjat yang tertinggi!!

oleh itu, apa alasan kita untuk sentiasa tersenyum dan berbahagia??

baby-smile

Tuntasnya , kehidupan yang bahagia itu hanya akan muncul apabila seorang insan pandai dan bijak menguruskannya, biarlah beribu dugaan melanda, jutaan ujian menimpa, tetapi kebahgiaan pasti dicapai dengan genggaman tangan yang erat.

p/s: Saya juga ingin berkongsi sebuah klip video untuk anda yang menginginkan senyuman saat ini Winking smile 

 

sentiasa tersenyum!