Ramai orang sering memberi pandangan tersendiri berkenaan isu keruntuhan moral google-new-year-logos-2007dikalangan muda-mudi dan masyarakat islam di Malaysia, namun malangnya, kita hanya lebih suka mendengar dan bercakap dari mencari punca kerosakan mereka dan berfikir mencari jalan menyelesaikan masalah tersebut.

Perkongsian singkat ini akan merungkaikan sebuah laporan yang diberikan oleh google.com dalam menyatakan kecenderungan rakyat Malaysia.

LAPORAN GOOGLE INC

Didalam perkhidmatan google, terdapat sebuah halaman yang menarik iaitu Google Zeitgeist, laman ini adalah laman rasmi google bagi menyampaikan analisa yang telah mereka lakukan dari hasil carian terbanyak diseluruh dunia, ianya akan menyenaraikan orang, sukan, berita dan sebagainya.

Berikut dinyatakan laporan bagi analisa tahun 2010 (Malaysia) :

clip_image001

clip_image002clip_image003

FACEBOOK

Facebook pernah berdepan dengan kontroversi hangat. Permulaannya, ia pernah disekat secara sementara di beberapa buah negara termasuk Syria,[1] China,[2]Vietnam,[3] dan Iran.[4] Facebook juga dilarang di kebanyakan tempat kerja untuk menghindarkan para pekerja daripada membuang masa bersama perkhidmatannya.

Satu lagi isu adalah, para pengguna Facebook dicabuli privasi mereka beberapa kali. Facebook pernah menjelaskan tuntutan mahkamah mengenai kod sumber dan harta intelek.[6] Tapak web ini juga pernah terlibat dalam kontroversi penjualan peminat dan rakan-rakan.[7]

Di Malaysia pula, terdapat ramai dikalangan para aktivis islam bertindak mahu memboikot facebook dengan alasan laman itu dipercayai memberi sumbangan kepada israel. Namun, tindakan tersebut perlu diteliti semula..

laman ini adalah tempat pertemuan pelbagai golongan, tua, muda, dan kanak-kanak juga berada di ruangan facebook,  mengapa para duat tidak berada ditengah-tengah masyarakat yang sedang rosak ini?

Ada sebahagian manusia mungkin berkata : “Aku tak tahu ilmu agama, aku tak tahu hukum ini dan itu, lalu aku melakukan kemungkaran tanpa ada yang menasihatiku..” sedangkan mereka berada dikawasan yang ramai pendakwah dan penasihat yang baik.. sedarlah wahai duat.. masuklah kemedan masyarakat!

MAHER ZAIN DAN JUSTIN BIBIER

Dua peribadi ini ternyata amat berbeza sekali jika dinilai dari neraca moral dan islam,

Justin Drew Bieber ialah seorang penyanyi pop-R&B berasal dari Kanada yang berusia 16 tahun, mendapat tuah kerana video nyanyiannya di You Tube berjaya mengubah hidupnya kepada seorang penyanyi hiburan.

Pada bulan September yang lepas, Bieber telah dianugerahkan Artis Baru Terbaik di Anugerah Video Muzik 2010 . justin

Apa yang istimewanya remaja ini? Sekadar mempunyai raut wajah “baby face” dengan lagunya baby tidak akan memberi sebarang kebaikan kepada perkembangan pemikiran pemuda dan remaja, tiada keistimewaannya remaja ini melainkan sentiasa melalaikan pemikiran umat islam dari memikirkan permasalahan yang lebih besar iaitu iman dan pengorbanan.

Namun, alangkah bangganya, beliau kalah kepada saudara Maher Zain, seorang pemuda Islam yang dilahirkan pada tahun 1981 di lubnan . Beliau berjaya menerima anugerah Lagu Agama Terbaik untuk tahun 2009 daripada Nujoom FM (stesen radio muzik terbesar di Mesir) untuk album 'Ya Nabi Salam Alayka'.

maher

Apa yang istimewanya pemuda ini pula? Beliau membawa CINTA! Cinta kepada yang esa, sesiapa yang mendengar lagu-lagunya , pasti tertawan dan tenang kerana kemerduan suara dan kelunakan cinta illahi yang disampaikan. Masej yang disampaikan juga amat jelas dan begitu berkesan! Dan pastinya akan memberi kesan yang positif kepada masyarakat!

Dada-dada ummah akan dihiburkan dengan keimanan dan pengorbanan umat islam, Rasulullah SAW, Ibubapa dan pastinya akan membentuk peribadi muslim yang berkualiti!

Tahniah kepada rakyat Malaysia kerana mencari yang terbaik!

Tuntasnya, para daie haruslah memperkasakan lagi gerak kerja dakwah yang mereka jalankan, khususnya melalui medan-medan yang mudah diterima oleh masyarakat . semoga, usaha yang kita jalankan ini, akan diberkati Allah SWT. Amin..

Penulis juga menyarankan kepada seluruh umat islam dan para duat sekalian untuk menyebarkan page ini : Biah-Solehah