Header Ads

test

DOSA-DOSA BESAR

Fenomena keruntuhan pribadi islam kini telah merisaukan pelbagai pihak, namun malangnya, kerisauan itu didasari oleh kefahaman yang tidak jitu terhadap permasalahan yang berlaku.

Ramai orang boleh berkata ; “Muda-mudi sekarang nie dah tak boleh nak kawal, akhlak mereka dah runtuh, perangai mereka dah jauh menyimpang dari islam yang sebenar.. ntahlah nak buat macam mana lagi ..”

Antara faktor keruntuhan peribadi muslim adalah ketidakprihatinan mereka terhadap soal dosa dan pahala dalam agama.

Pernah seorang guru berkata : “manusia sekarang melakukan dosa dalam keadaan mereka tahu ianya dosa tanpa merasai keperitan dosa tersebut”

Mungkin penulisan ini akan memberi gambaran umum berkenaan dosa-dosa besar yang termaktub didalam kitab Al-Kabair, karang Imam Adz-Dzahabi RH. Semoga dengan kita mengetahui dosa-dosa tersebut, kita akan bertindak menjauhinya dan mengajak manusia untuk ikut serta bersama kita.DOSA-DOSA BESAR

Terjemahan Pendahaluan kitab ________________________________________________________________

Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala bentuk pujian hanya selayaknya bagi Allah, pemilik semesta alam. Tiada permusuhan kecuali terhadap golongan orang yang zalim. Selawat dan salam dilimpahkan kepada Saidina Muhammad SAW, utasan yang paling mulia dan imam bagi para orang bertaqwa, juga kepada seluruh anggota keluarga dan para sahabat baginda kesemuanya.

Justeru,

DEFINASI DOSA BESAR

Kitab ini dilengkapi dengan perbahasan ringkas pelbagai perkara yang berkaitan dosa-dosa besar, yang diharamkan dan perkara yang ditegah dalam agama islam.

Definasi dosa besar adalah : semua larangan dari Allah SWT dan Rasulullah SAW yang terkandung didalam Al-Quran, As-Sunnah dan athar dari salafus soleh.

JAUH BESAR, HILANG KECIL

Allah SWT telah menjamin didalam Al-Quran yang mulia, bagi siapa sahaja yang menjauhi dosa-dosa besar dan perkara yang diharamkan , akan diampunkan segala dosa-dosa kecil yang dilakukannya.

Sekiranya kamu menjauhi dosa-dosa besar diantara dosa-dosa yang dilarang kamu mengerjakannya, nescaya Kami akan menghapuskan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu , dan kami akan memasukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga) ;

An-Nisa`; 31

Berdasarkan nas diatas, Allah SWT telah menjamin syurga bagi mereka yang menjauhi dosa-dosa besar.

Allah SWT berfirman lagi :

dan bagi orang yang menjauhi dosa-dosa besar, dan perbuatan keji dan apabila mereka marah mereka mudah memberi kemaafan

Asy-Syura ; 37

Allah SWT berfirman lagi :

iaitu, orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya tuhanmu Maha Luas ampunan-Nya

An-Najm ;32

Dan sabda Rasulullah SAW :

Ibadah Solat lima waktu, solat jumaat dengan jumaat dan puasa ramadhan ke ramadhan yang satu lagi akan menjadi menghapuskan segala dosa-dosa yang dilakukan ditengah-tengahnya ant,selagimana dosa-dosa besar dijauhi.

Hadis riwayat Muslim [574]

ADA BERAPA?

Dari sini, dapatlah kita meneliti apa sahaja yang termasuk dosa-dosa besar bagi membolehkan orang islam menjauhinya. Para ulamak – rahimahullah – berbeza pendapat didalam menentukan bilangannya, ada yang mengatakan bahawa dosa besar itu ada tujuh bersandarkan dalil :

“Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan, lalu baginda menyebutkan “ Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah kecuali kerana alas an yang dibenarkan, memakan harta anak yatim, memakan riba, meninggalkan medan perang, dan menuduh wanita mukminah yang baik telah berzina.

Hadis Riwayat Bukhari [2766]

Dan berkata pula Ibnu Abbas RHM, ; jumlah dosa besar itu adalah lebih dekat tujuh puluh daripada kepada tujuh.

Demi Allah, ucapan Ibnu Abbas diatas ada benarnya. Hadis diatas tidaklah membataskan jumlah dosa-dosa besar. Pendapat yang benar dan berlandaskan hujjah menyebutkan bahawa sesiapapun yang melakukan perlakuan dosa yang memiliki balasan didunia seperti pembunuhan, penzinaan, pencurian, atau perlakuan yang mendapat ancaman azab, kemurkaan, serta laknat dari Nabi SAW di akhirat, maka perbuatan itu diketegorikan dosa besar.

DOSA PALING BESAR

Dan mesti diterima juga , bahawa, sebahagian dosa besar itu ada yang lebih besar berbanding yang lain. Tidakkah anda melihat, syirik itu terkandung dalam dosa besar dan pelakunya akan kekal didalam api neraka, bahkan tidak diampunkannya lagi selama-lamanya, Allah SWT berfirman :

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik , dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari syirik itu, bagi sesiapa yang dikehendakinya.

[An-Nisa`; 48 dan 116]

________________________________________________________________

Selesai terjemahan pendahaluan kitab Al-Kabair  seterusnya mari pula kita melihat secara ringkas 70 jenis perbuatan dosa besar yang terkandung didalam kitab tersebut.

  1. Syirik
  2. Membunuh
  3. Sihir
  4. Meninggalkan solat
  5. Enggan membayar zakat
  6. Berbuka disiang hari bulan Ramadhan tanpa keuzuran
  7. Meninggalkan haji, padahal mampu
  8. Derhaka terhadap ibubapa
  9. Memutuskan hubungan kekeluargaan
  10. Zina
  11. Liwat
  12. Riba
  13. Memakan harta anak yatim dengan cara zalim
  14. Berdusta terhadap Allah dan Rasul-Nya
  15. Melarikan diri dari medan perang
  16. Pemimpin menipu rakyata dan menzalimi mereka
  17. Sombong
  18. Penyaksian palsu
  19. Minum minuman keras
  20. Berjudi
  21. Menuduh wanita mukminah berbuat zina
  22. Ghulul terhadap harta rampasan perang, baitul mal dan zakat
  23. Mencuri
  24. Menyamun
  25. Sumpah palsu
  26. Penganiayaan
  27. Memungut cukai
  28. Memakan makanan haram dan menggunakannya dalam apa jua keadaan
  29. Bunuh diri
  30. Banyak berbohong
  31. Hakim yang jahat
  32. Menerima rasuah
  33. Perempuan menyerupai lelaki dan sebaliknya
  34. Lelaki yang membiarkan isterinya berbuat serong (Dayus)
  35. Suami “Cina buta”
  36. Tidak menjaga diri ketika membuang air kecil
  37. Riya`
  38. Menuntut ilmu untuk dunia
  39. Khianat
  40. Mengungkit-ngungkit pemberian
  41. Mendustakan takdir
  42. Menyungkil rahsia orang lain
  43. Mengadu domba
  44. Banyak melaknat
  45. Menipu dan memungkiri janji
  46. Mempercayai bomoh dan tukang tilik
  47. Derhaka terhadap suami
  48. Melukis gambar
  49. Memukul wajah, menjerit-jerit, merobek baju, membotakkan kepala dan menyumpah-nyumpah ketika menerima musibah
  50. Bertindak melampaui batas
  51. Bertindak sewenang-wenangnya kepada orang lemah
  52. Menyakiti jiran
  53. Menyakiti orang islam dan mencela mereka
  54. Menyakiti hamba Allah dan menzalimi mereka
  55. Melabuhkan kain
  56. Memakai sutera bagi lelaki
  57. Hamba yang melarikan diri dari tuannya
  58. Menyembelih kerana selain Allah
  59. Menasabkan diri kepada selain bapa sendiri
  60. Berdebat
  61. Menahan air dari orang yang memerlukannya
  62. Mengurangi timbangan dan ukuran
  63. Merasa aman dari perancangan Allah
  64. Berputus asa dari rahmat Allah
  65. Meninggalkan solat jemaah lalu mengerjakannya sendirian tanpa uzur
  66. Terus menerus meninggalkan solat Jumaat dan solat Jamaah tanpa halangan
  67. Mendatangkan kerugian dalam wasiat
  68. Rancangan jahat dan tipu daya
  69. Mengintip orang islam dan membocorkan rahsia mereka
  70. Mencela salah seorang sahabat Nabi SAW

 

Syihabudin Ahmad Mohd Yatim,

Kuliah Dirasat Islamiah wal Arabiah,

Syukbah Syariah Islamiah,

Universiti al-Azhar, Dumyat.

3 comments:

  1. Apakah maksud Suami “Cina buta”?

    Dan apakah benar melukis gambar adalah berdosa?
    Lukis gambar apa?

    ReplyDelete
  2. -suami cina buta adalah; seorang lelaki yang mengahwini seorang wanita yang telah ditalak oleh suaminya yang pertama dengan talak bain(3), kemudian berniat untuk menceraikannya semula untuk memberi laluan kepada suami pertama wanita tersebut untuk berkahwin semula dengan wanita itu.-ia adalah dosa besar dan mendapat laknat yang amat dahsyat
    -melukis gambar mahkluk bernyawa, mengukirnya atau sebagainya,
    hadis :semua tukang gambar akan dimasukkan kedalam neraka , kemudian setiap gambar yang dibuatnya akan diberi nyawa dan akan bangun menyiksanya-hadis riwayat bukhari.
    -ini adalah pandangan menurut imam adz-dzahabi, dan pandangan ini kuat, namun doakan.. ana akan tuliskan artikel khusus untuk permasalahan ini dan membincangkan pendapat2 lain yang juga masyhur:)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.