HADIS PERTAMA : Hijrah Kepada Suasana Yang Solehah hijrah

Dari Abi Said Al-Khudry RA, bahawasanya Nabi SAW telah bersabda :

(( Pada masa dahulu, terdapat seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang manusia, kemudian beliau ingin bertaubat lantas mencari orang terpandai (`Alim) disebuah kawasan, maka ditunjukkan kepadanya seorang ahli ibadah .

Tanpa berlengah, beliau mendatangi ahli ibadah tersebut dan seseorang bertanya kepada ahli ibadah itu: “sesungguhnya dia telah membunuh 99 orang, adakah beliau masih boleh bertaubat?” maka ahli ibadah itu menjawab :”tidak” ,maka lelaki tersebut membunuh ahli ibadah itu, dan lengkaplah pembunuhannya sebanyak 100 orang.

Kemudian,niatnya untuk berubah masih ada, lantas beliau mencari lagi orang terpandai dikawasan tersebut. Kemudian ditunjukkan kepadanya seorang lelaki yang berilmu, lantas seseorang berkata kepada lelaki berilmu tersebut : “ sesungguhnya dia telah membunuh 100 orang, adakah dia masih boleh bertaubat?” maka lelaki berilmu itu menjawab “ Siapa yang menghalangnya dari bertaubat!, pergilah ke negeri sekian, maka sesungguhnya disana terdapat masyarakat manusia yang beribadah kepada Allah, beribadahlah kepada Allah bersama mereka, dan jangan kembali ke negeri kamu, sesungguhnya, ia adalah negeri yang buruk”.

Maka beliau pun menuju ke negeri yang dimaksudkan, namun, beliau telah meninggal ditengah-tengah perjalanannya, maka berlakulah perdebatan antara malaikat Ar-Rahmah dan malaikat Al-Azab.

Berkatalah malaikat Ar-Rahmah : “beliau datang dalam keadaan bertaubat dan mendahulukan hatinya kepada Allah”

Malaikat Al-Azab pula berkata : “beliau tidak beramal dengan amal baik sedikit pun”.

Kemudian, datanglah kepada mereka berdua seorang malaikat yang menyerupai manusia. lantas mereka semua pergi kepada lelaki tersebut dan malaikat yang menyerupai manusia itu berkata : “ukurlah antara tempat beliau datang dan tuju , jika beliau lebih dekat dengan tempat tersebut, maka beliau termasuk ahli tempat itu.”

Maka mereka pun mula mengukur dan keputusan mereka mendapati beliau lebih mendekati tempat yang beliau mahu pergi, lantas ia dipegang oleh malaikat Ar-Rahmah ))

- Hadis Riwayat Muslim : 2766

HADIS KEDUA : Kecintaan Rasulullah Terhadap Bumi Makkah

Dari Abdullah bin Ady ibnu Al-Hamra` Az-Zuhry, diberitakan darinya, bahawa dia mendengar Nabi SAW bersabda , pada ketika itu baginda berada di al-Hazwirah di pasar Makkah, :

(( Demi Allah, sesungguhnya engkau (Makkah) adalah bumi Allah yang terbaik, dan aku menyintai bumi Allah kerana Allah , jika tidak aku diperintahkan untu berhijrah, nescaya aku tidak akan keluar dari bumi ini”

-Hadis Riwayat Ahmad : 305