Seringkali manusia melalaikan peranan rasul dalam kehidupan mereka, sehinggakan ada yang menyangka bahawa mereka mampu mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa perantaraan Rasul, dengan demikian, muncullah berjuta-juta ajaran sesat didunia umat islam.

Kemunculan ajaran-ajaran sesat jenis ini ini adalah disebabkan mereka tidak mengetahui, apakah peranan yang dibawakan oleh setiap rasul yang diutuskan kepada manusia.

InsyaAllah, penulisan ini akan menerangkan secara ringkas peranan Rasul dalam kehidupan manusia.

tauhid

1- Memperkuatkan hubungan antara makhluk dan Pencipta

Manusia adalah ciptaan Allah SWT, mereka diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, mereka dimuliakan dengan kurniaan akal, dan alam semesta ini diciptakan bagi meneruskan kehidupan manusia dimuka bumi, dengan demikian, manusia memerlukan seseorang utusan yang mampu menceritakan khabar dari Maha Pencipta bagi memperkukuhkan hubungan antara Allah dan manusia.

Allah SWT berfirman :

tidakkah Allah Yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? sedang ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha mendalam PengetahuanNya! [al-Hajj:14]

2- Lemahnya pemikiran manusia

Imam Muhammad Abduh telah menulis dalam kitabnya , Risalah Tauhid :

“Sesungguhnya panca indera dan akal adalah dua benda yang lemah untuk mengetahui hakikat sebenar hari kembali (hari kiamat ), dan rahsia-rahsia setelah kematian dan perkara yang berlaku pada hari kiamat, kerana ianya merupakan perkara-perkara ghaib yang tidak mampu disentuh oleh panca indera dan difikirkan dengan akal, oleh itu, antara hikmah Allah SWT membangkitkan Nabi adalah untuk menunjukkan (memberitahu ) hakikat-hakikat perkara ghaib…”

3- Mengajarkan manusia cara-cara untuk beribadah kepada Allah SWT

manusia dicipta dengan matlamat yang besar ; untuk mengenal Allah dengan pengenalan yang sebenar dan beribadah kepada-Nya dengan sebenar-benar ibadah ,

dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. [Az-Dzariat : 56]

Dengan demikian, kebangkitan Rasul adalah untuk meletakkan manusia pada jalan yang benar dalam beribadah kepada Allah SWT Pemilik semesta alam.

4- Menjelaskan akhlak dan perilaku yang terbaik!

Soal akhlak merupakan persoalan penting dalam menjamin kehidupan yang bahagia, dengan itu, Islam mengajarkan manusia bagaimana menyucikan diri dan menguruskan perilaku.

Nabi SAW bersabda :

( sebenar-benarnya, aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia )

saudi-arabia

Rujukan : Kitab An-Nubuwah Was-Samiyat , kitab kuliah Syariah Islamiah Tahun 2, Universiti Al-Azhar Dumyat 2010/2011