bangun pagi, solat subuh….terus bukak akhbar di Mawifc.Com , bukan mahu melihat ruangan hiburan ataupun sukan.. tapi mahu melihat permasalahan terkini yang berlaku di Malaysia dan keseluruhannya…

herm, banyak cerita-cerita yang boleh dikongsikan bersama.. tapi, saya rasakan, tiga coretan akhbar dibawah ini, perlu lebih diteliti dengan lebih detail …untuk apa?? supaya resolusi dapat dicari!

KES 1 : MURTAD

mmame8

Masalahnya jelas… “Orang Islam Sendiri Tidak Dapat Difahamkan Dengan Islam Yang Tulen Di Malaysia, Sehinggakan Mereka Tertarik Kepada Ajaran Lain”

KES 2 : PEMBUNUHAN

mmame14r

Apa masalah wanita muslimah ini? tidak menutup aurat? tidak membaca Al-Quran? atau ada masalah lain?….

Ya! beliau tidak berada disuatu suasana yang membantu pergerakan islam didalam tubuhnya.. iaitu Biah Solehah…. ini adalah perkara penting, apabila ia dilalaikan.. kita akan melihat manusia berubah perangai dan kelakuan…yang lebih membahayakan adalah.. ia mampu merubah MANUSIA menjadi MAKHLUK LAIN!!

KES 3 : POLIGAMI

 

mmame26

kes ketiga ini ada dua implikasi masalah, pertama : Dakwaan si ayah yang menyatakan seolah-olah mimpinya itu sebuah kewajipan yang mesti diikiuti adalah bertentangan dengan kefahaman islam yang betul, kedua :Islam memberikan hak bersuara untuk mana-mana insan untuk berbicara dan mengeluarkan pendapat, asalkan berteraskan ,hormat menghormati antara satu sama lain..

APA MASALAHNYA?

Masalahnya cukup jelas, iaitu… mereka masih belum dapat memahami, Apakah Wajah islam yang sebenarnya… jika mereka berjaya difahmakan dengan wajah islam yang sebenar, pastinya tiga kes diatas ini tidak akan berulang dan menjadi persoalan umum…

Tuntasnya, memahami masalah dan mencari jalan penyelesaiannya amat penting dalam penilaian cerdas  seorang muslim…

“Allah tidak sekali-kali menjadikan sesuatu kaum itu sesat sesudah ia memberi hidayah petunjuk kepada mereka, sebelum ia menerangkan kepada mereka apa Yang mereka wajib memelihara dan melindungi diri daripadanya; Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.”

At-Taubah :115