Pulang dari stady group, saya terus membuka laman social Facebook , pada asalnya, hanya bertujuan melihat komen-komen terbaru dari rakan-rakan dunia maya… setelah beberapa kali klik, dan menjawab beberapa soalan dari mereka, saya kembali ke “homepage”, tiba-tiba terlihat …

msj kak ah 2

Subhanallah….sayu membacanya.. lalu saya sampaikan kesayuan saya dan menyatakan akan pulang pada tahun hadapan, jika Zakat yang diberikan kerajaan negeri Perlis mencukupi…

Lalu dijawab..

msj kak ah 3

AYAH DAN MAK

Ya..mak dan ayah saya tidak mempunyai facebook mahupun ym, kerana ayah saya hanya belajar sehingga darjah lima dan mak saya langsung tidak mempunyai latar belakang pendidikan..

Namun, keinginan mereka tinggi melangit, mengharapkan anak-anak berjaya dan mengecapi kehidupan yang senang dan bahagia..

Pernah beberapa kali saya bersembang dengan ayah tentang soal harta warisan dan ilmu…lantas ayah menuturkan kata yang sehingga ke hari ini masih terngiang-ngiang ditelinga saya..

“Din.. Ayah tak ada harta nak bagi kat hangpa, tapi selagi ayah mampu, ayah akan hantar hangpa kesekolah.. ayah tak mampu bagi apa-apa..ayah boleh bagi ilmu sajalah kat hangpa..”

Terdiam mendengar luahan tersebut..

Abg Mat, Abg Pozi, Ayah, Abang syam, Abang Korie

Sememangnya begitulah lumrah hidup keluarga  kami, walaupun pada awal kehidupan keluarga kami, melalui jerit perih kesusahan hidup.. memiliki hanya sehelai baju untuk dipakai, sentiasa berkaki ayam, memiliki rumah yang sekangkang kera dan sebagainya, kehidupan tetap diteruskan!

Abang, Kakak, Saya , dan adik-adik semuanya dihantar kesekolah untuk menuntut ilmu.. walaupun kadangkala kami pergi kesekolah tanpa berbekal sebarang wang perbelanjaan, mak dan ayah tetap “paksa” kami kesekolah…mungkin kerana itu sahaja harapan  mereka…

Teringat ketika suatua hari, hujan begitu lebat , ribut mengganas dan ombak menggelora…ayah mengajak saya menemaninya menangkap ikan .. saya mengikut tanpa sebarang bantahan… tapi saya tak tahu apa yang saya dapat bantu ketika itu… (saya masih berumur 7 tahun ketika itu)..

Saya hanya diarahkan untuk berlindung didalam plastik ikan sepanjang ayah mengayuh merentasi kebuasan gelora lautan..apa yang saya buat? saya hanya MELIHAT! tidak ada perkara lain lagi yang saya lakukan….

Mungkin pada ketika itu, tidak ada apa yang saya faham.. tapi kini, saya mula memahami arahan tersebut…

“Ayah mahu memberitahu…bahawa beliau bersusah payah untuk kami sekeluarga, membanting tulang dengan sedaya upaya untuk menyambung hidup kami sekeluarga…beliau tidak mahu kami menjadi seperti dia, seorang nelayan kelas bawahan ….yang tidak boleh memilih “mahu atau tidak” “Ribut atau tenang” “Sakit atau Sihat”

beliau mahu kami berjaya…

Abang saya, pernah dimarahi kerana menyimpan cita-cita “Nelayan berjaya” kerana apa? kerana masih bersangkut paut dengan nelayan…. nelayan yang amat difahami oleh ayah..

Mak pula, tidak mempunyai sebarang pekerjaan tetap, pekerjaannya bermusim… jika musim hari raya, maka “peniaga dan pembekal kueh raya” akan menjadi titlenya, dan berbagai lagi.. beliau pernah menjaja di luar hotel,mengheret basikal menjual makan-makanan..semata-mata membantu ayah untuk mengisi perut kami sekeluarga…

37761_113234045392004_100001162286076_76558_8129232_n

Ayahl dan Maklah pendorong saya disini…

ABANG FAUZI DAN KAK ROS

Saya mempunyai 6 Orang abang, 3 orang kakak, 3 orang adik lelaki, dan 6 orang kakak ipar…

Diantara tiga belas orang adik beradik kami, saya amat menggagumi abang saya, Mohd Fauzi Md Yatim, beliaulah abang yang paling dekat dengan saya ketika saya diusia “jagungan”, bahkan, title guru pada dirinya, membuatkan hormat saya kepadanya semakin meninggi..

setelah saya mendapat keputusan UPSR, 2A, 1B, 2 C.. saya dibawa oleh abang pozi ke negeri tempat beliau menetap, Johor Darul Ta`zim…bagi menyambung pelajaran disekolah pelajar-pelajar pintar..perpindahan yang mengubah carta kehidupan saya…

jika melihat keputusan yang saya miliki, sememangnya saya tidak layak lansung mendaftar disekolah tersebut, tetapi disebabkan kedudukan bapa mertua abang saya, saya berjaya mendaftar pada 15 januari 2002.

FATEH DAN ABANG FAUZI

sepanjang berada di johor, saya amat kekok..teramat-amat kekok! bayangkan, loghat perlis saya yang amat pekat ketika itu sukar difahami oleh rakan-rakan sekelas…kehidupan rakan-rakan saya juga amat loaded! satu hari berbelanja sekurang-kurangnya RM 5, sedangkan saya hanya dibekalkan RM 30 untuk sebulan!…

Kak Ros,  iaitu kakak ipar saya yang paling saya sayang… beliaulah yang memberikan belanja tersebut....

Jika dilihat secara teliti, RM 30 tidaklah mencukupi…

Tiket Bas Johor Bharu – Kluang : RM 7. 50

Tiket Bas Kluang – Johor Bharu : RM 7. 50

Jumlah :  RM 15 ,

bermakna… perbelanjaan selama 30 hari hanyalah RM 15… ianya tidak termasuk yuran persatuan, yuran ini dan itu….

tapi… kak ros sentiasa memberikan pesanan untuk saya berjimat… pernah sekali beliau menulis disampul surat…

“Diharapkan dapat berjimat cermat - pesanan penaja - ”

Kak Ros juga banyak mengajar saya secara tidak langsung tentang kehidupan “orang bandar” .. beliau ajak saya ke shoping complex, membeli belah pakaian , makan buah-buahan dari peti sejuk , dan sebagainya…

SITI, KAK ROS, FAHMI ,KAK AH, AISYAH ,MAK

Pernah dahulu saya anggap kak ros kedekut kerana membekalkan saya RM 30, tapi setelah berada dimesir.. saya faham…. berjimat itu adalah penting, samada kita mempunyai wang atau tidak, kita perlu berjimat..

Bahkan, saya amat bertuah kerana, tugasan ayah dan ibu telah dijalankan oleh kak ros dan abang fauzi dengan begitu cemerlang… mereka membelikan saya pakaian baru, menanggung yuran persekolahan saya, memberi makan minum yang cukup mewah,

Sungguh!!, saya merasai betapa mereka mengambil berat kahidupan saya….seolah-olah merekalah ibubapa kedua saya…

bahkan, dompet pemberiaan abang fauzi ketika di tingkatan empat (2005) masih saya gunakan sehingga kini…

mungkin saya adalah seorang yang lambat berfikir.. kerana baru kini saya merasai. pengorbanan dan curahan yang diberikan oleh kak ros dan abang pozie memberi motivasi yang kuat untuk saya terus menerus berusaha mengejar “keilmuan” disini…

saya masih ingat pesanan abag fauzi sebelum saya “terbang” ke mesir..

“Din, stady betul-betul…belajar sampai jadi pakar!”

TERIMA KASIH….

Saya tidak mempunyai wang yang banyak, tidak juga mempunyai apa-apa yang boleh dijanjikan kepada Mak, Ayah, Abang Fauzi , Kak Ros dan keluarga…tetapi, saya hanya boleh menjanjikan sesuatu :

“Berusaha Menguasai Imu Tanpa Jemu dan Lelah..”

syihabudin ahmad

Saya memohon doa kalian.. mohonlah supaya Allah menerangi hati saya dalam menerima ilmu pengetahuan..

Barangsiapa yang menempuh satu perjalanan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah SWT akan mempermudahkan perjalanannya ke syurga..

-Hadis Muslim 2699