Saya tidaklah mengenali beliau dengan begitu terperinci.. tetapi pemikiran beliau boleh diiktiraf sebagai antara “yang terbaik”..

Beliau adalah seorang pemikir dalam dunia pendidikan.. dan bukan setakat memikir, beliau menterjemahkan pemikiran beliau kedalam teknik-teknik yang bermutu bagi memberi faedah kepada orang lain..

Ada yang melebel beliau sebagai seorang Yahudi (saya tidak pasti tentang itu ), tapi tidak salah untuk kita mengambil manfaat dari kebijaksanaan beliau, kalaupun beliau seorang Yahudi.

use your head(detail tentang profail beliau )

HUKUM BELAJAR DENGAN ORANG KAFIR

Ulamak telah membahagikan ilmu itu kepada dua bahagian :

  1. Ilmu Agama : ilmu yang berkaitan akidah, syariah dan akhlak
  2. Ilmu Keduniaan : seperti ilmu fizik, biologi , kimia, geografi, bahasa dan sebagainya

Amat-amat dilarang bagi orang islam untuk mempelajari Ilmu Agama dari orang kafir, kerana ianya adalah khusus hanya kepada orang yang betul-betul berpegang teguh kepada ajaran agama islam. Bahkan, orang bukan islam pastinya tidak merasa redha dengan agama islam, bagaimana mereka dapat mengajarkan agama islam dengan amanah sedangkan dihati mereka dipenuhi kebencian dan syak wasangka terhadap agama?

Manakala, Ilmu keduniaan pula, tidak menjadi larangan kepada mana-mana orang islam untuk mempelajarinya kepada orang bukan islam, kerana ianya tidak berkaitan dengan akidah dan keagamaan, ianya berdalilkan hadis :

“ada pun , terdapat dikalangan tawanan peperangan badar, mereka tidak mempunyai fidyah (wang tebusan) lalu Rasulullah menjadikan fidyah mereka adalah mengajar anak-anak orang ansar menulis”

[Hadis Riwayat : Ahmad , 47]

DOWNLOAD

Setelah memberikan penjelasan , saya menyarankan kepada anda untuk membaca penulisan kreatif oleh  Tony Buzan , semoga dengan memahami pemikiran beliau, ia dapat dimanfaatkan didalam perjuangan Islam .

Buzan, Tony - Use Your Head tony02