Kita seringkali diuji dengan pelbagai dugaan yang sebenarnya mematangkan diri kita, namun dugaan hanya menatijahkan kematangan apabila kita memahami cara dan kaedah menyelesaikan sesebuah persoalan dalam kehidupan.

tension

Apabila ujian melanda, seolah-olah batu besar dari langit menimpa jasad, lalu kita memilih untuk bermurung dan berduka cita, maka kita telah menjerumuskan diri kedalam “perangkap kehidupan”.

Tatkala berhadapan dengan ujian, apakah perkara utama dan pertama yang amat kita perlukan??

KETENANGAN

Dari Abu Sa’id Al Khudriy ra. berkata, “Suatu hari Rasulullah masuk masjid, tiba-tiba beliau bertemu seorang Anshor yang bernama Abu Umamah. Rasulullah SAW. bertanya: “Wahai Abu Umamah, mengapa kamu duduk di masjid sedangkan sekarang bukanlah waktu solat?” Abu Umamah ra. menjawab, “Karena kegelisahan yang melanda hatiku dan hutang-hutangku, ya Rasulullah”. Rasulullah SAW. bersabda: “Adakah kamu mahu aku ajarkan padamu sebuah kata-kata (doa) , yang bila kamu membacanya niscaya Allah akan menghilangkan rasa gelisah dari dirimu dan melunasi hutang-hutangmu?” Abu Umamah berkata, “Mahu ya Rasulullah”. Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah ketika pagi dan petang :

اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن وأعوذ بك من العجز والكسل وأعوذ بك من الجبن والبخل وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر الرجال

“Ya Allah, aku berlindung padamu dari rasa gelisah dan kesedihan, dan aku berlindung padamu dari lemah dan sikap malas, dan aku memohon perlindunganmu dari sikap pengecut dan kebakhilan dan aku berlindung padamu dari cengkaman hutang dan penindasan manusia…”.

Kemudian dia berkata : aku melakukan sepertimana yang diajarkan, maka Allah menghilangkan rasa gelisah dari diriku dan melunasi hutang-hutangku”.

[Hr. Abu Dawud 1552]

………………………………………………….Be_Free_by_pincel3d

Dengarlah ceramah setengah jam bertajuk PEGANGAN HIDUP dari Prof Dr Haji Abdul Malik Karim Amrullah ( HAMKA ).. seorang pensyarah yang pernah mendapat anugerah Doktor Kehormat dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1959 dan pada tahun 1974, beliau mendapat satu lagi anugerah Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Malaysia  , iaitu, setahun setelah kematian beliau.

Download