Mahar / Mas Kawin adalah sejumlah nilai yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri , sama ada semasa akad nikah mahupun sesudahnya, samada disebutkan ketika akad mahupun tidak.

Orang ramai selalu tidak dapat membezakan antara mahar dan hantaran. hantaran adalah semata-mata adat melayu yang islam tidak melarangnya, ianya boleh dianggap sebagai hadiah dari pihak suami kepada pihak isteri, oleh itu, sepatutnya hantaran tidaklah boleh menjadi terlalu mahal kerana ianya bukanlah hak wajib yang perlu diberikan, ianya sekadar hadiah.

gubahan-mas-kawen-duit-hantaran

Namun, mahar adalah sesuatu yang wajib diberikan kepada pihak isteri. Ia mestilah sesuatu yang mempunyai nilai, samada wang, harta, tanah, atau sebagainya.. mengikut persetujuan dari kedua pihak.

Mengenal Mahar Dan Hantaran Dalam Adat Melayu

Situasi satu :

Bakal bapak mertua : “Pok Cik rasolah kan, nanti kawin nanti… pihok lelaki, sediakan lah hantarannyo, baju pengantin RM 1000 serba satu berdiri, dan duduk RM 2000 serba satu, macam mano eh? Setuju ko idak?”

Situasi dua :

Tok Kadi : “Aku nikahkan dikau, Semeon bin Awang Kecik dengan Bedah binti Sepiie dengan mas kawinnya RM 18.20 tunai…”

…………………………….

Didalam situasi pertama, bakal pihak wanita telah meminta dari pihak lelaki untuk menyediakan beberapa persalinan dan beberapa barang, ianya bukanlah untuk bakal isteri pada asalnya, tetapi hanya sekadar memenuhi adat.

hantaran

Jika adat ini selari dengan etika hadiah, iaitu pemberian dengan penuh kerelaan, maka ia tidaklah menjadi sebarang masalah, tetapi apabila ia sampai kepada satu tahap menyusahkan dan memudaratkan , maka ianya adalah permintaan yang melampau dan tidak diiktiraf dalam Islam! bahkan, ianya umpama “gembira didunia dan menangis diakhirat!”

Namun, jika mahar seperti yang disebutkan disituasi kedua diberikan nilai yang tinggi ,ianya tidak menjadi masalah, kerana islam tidak menghadkan mana-mana harga untuk itu, samada mahal mahupun murah, asalkan mendapat persetujuan dari kedua belah pihak.. tetapi, sebaiknya adalah yang tidak terlalu mahal dan tidak menyusahkan.

Nabi SAW bersabda :

“Sebaik-baik mahar adalah yang paling mudah”

Pembahagian Mas Kawin

Mahar pula terbahagi kepada dua bahagian, bahagian pertama : mahar yang disebutkan ketika akad ataupun selepasnya dengan persetujuan dari kedua belah pihak [ mahar musamma ] dan mahar yang mengikut nilai yang serupa dengan saudaramaranya sebelah ibu ataupun sebelah bapa. [ Mahar Misil ]

Mahar misil adalah jenis mahar yang selalu digunakan di Malaysia, apabila anda bertanya di Jabatan Agama di negeri masing-masing tentang nilai mas kawin negeri tersebut, pihak jabatan agama akan memberitahu nilai mahar misil, seperti berikut :

mas kawin

Mahar Misil dilihat dari beberapa aspek ;

  1. Agama
  2. Harta
  3. Kecantikan
  4. Akal
  5. Adab
  6. Umur
  7. Dara/Janda
  8. Tempat tinggal
  9. Keturunan

contoh, sekiranya seseorang wanita yang hendak dikahwini itu adalah seorang yang kaya, ataupun mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, maka nilai mahar pastilah lebih mahal berbanding wanita yang hanya berkelulusan SPM.

Hikmah Kewajban Mahar

Pada zaman jahiliah, para ibubapa wanita yang berkahwin akan mengambil mas kawin yang diberikan kepada anak-anak mereka, dan tidak memberikannya kepada anak mereka sedikit pun, sepertimana yang berlaku dalam sebahagian masalah hantaran dikalangan orang melayu. akan tetapi, islam datang membawa sinar bahagian kepada golongan wanita. Islam mewajibkan mahar diberikan, dan ianya hanyalah milik mutlak si isteri tanpa dikongsi oleh mana-mana pihak hatta suami dan bapanya sendiri.

Mahar juga menjadi tanda islam mengangkat darjat wanita dan memeliakan mereka, masakan tidak, ianya menjadi tanda kepada si suami untuk mula memberikan hak kepada si isteri sebelum menjalani dunia perkahwinan. ianya, tidak diberikan dalam kebanyakkan agama, tetapi ditonjolkan dengan jelas oleh agama Islam.

sarung-cincin-