Header Ads

test

WANITA ~Antara Cinta dan Perasaan~

Ibu saya seorang wanita, beliau merupakan wanita yang paling saya cintai, walaupun saya tidak selalu bersamanya, tetapi cinta itu tetap mekar untuknya..

Saya mempunyai tiga orang kakak, - seorang guru, seorang businesswomen, seorang lagi pula , kerja di syarikat HPA- .. walaupun tidak terlalu akrab dengan ketiga-tiga mereka , tetapi, ikatan antara kami pastinya utuh dan teguh..

Disekolah dahulu, saya juga mempunyai ramai kawan-kawan wanita kerana saya bersekolah di sekolah campuran, ada lelaki, ada wanita… walaupun tidak ada yang akrab dengan saya, tetapi saya pasti..saya sentiasa bersedia untuk menjadi rakan yang terbaik…

Mungkin saya juga akan berkahwin suatu hari nanti, dengan seorang isteri yang telah dijodohkan dengan saya-jika diberi kesempatan umur-, walaupun saya masih belum jelas siapakah beliau, tetapi saya yakin, bahawa beliau adalah seorang wanita..

~ wanita..wanita, Wanita, wanita, wanita ~

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sejak saya dilahirkan sehingga kini, saya dikelilingi oleh wanita… wanita yang berpurdah, bertudung labuh, bertudung tiga segi, bertudung flower horn, berbaju kurung, berbaju labuh , dan hampir-hampir tidak berbaju pun ada!!!

Tetapi, sejauh manakah kefahaman saya tentang wanita???

Ramai orang mengatakan bahawa wanita itu banyak kerenahnya, terlalu sukar untuk difahami, terlalu mudah menangis, terlalu mudah terjebak dan terlalu mudah tertipu…

Namun, tidak ramai orang mengatahui, kenapa dan mengapa kebanyakkan mereka bersifat seperti itu..

Adakah ini bermakna saya T.A.H.U = TAHU ??

..

Wanita yang saya kenali.. mereka mempunyai jiwa yang selembut baldu, tatkala ditimpakan ujian seberat mana sekalipun, air mata akan bergenang dan membajiri kelopak mata… oleh itu, mata mereka agak kabur dalam beberapa perkara…

Mereka kabur dalam mengetahui hal penting dan tidak, mereka kabur dalam bertindak, kadangkala mereka diperalatkan , kadangkala mereka dipergunakan oleh si jantan durjana!!!…

CINTA adalah kelemahan para wanita, mereka terlalu mudah jatuh cinta… melihat bunga, terasa cinta pada bunga, melihat baju baru, jatuh cinta padanya, melihat keindahan..terus jatuh cinta…

Tetapi….

CINTA wanita itu boleh dipercayai..bahkan cinta mereka selalunya sejati dan ikhlas. Kerana jiwa lurus mereka tidak membenarkan hati meluahkan tutur bicara dusta.

Wanita itu… selalu menerima acuan lain yang tidak selayaknya bagi mereka, sedangkan mereka mempunyai acuan kehidupan mereka sendiri..

Mereka pemalu.. tetapi dunia menelanjangkan mereka!

Mereka ikhlas, tetapi dunia berlaku khianat kepada mereka!

Mereka suci,. Tetapi dunia meragut mahkota merka!

Mereka hebat…tetapi dunia merendahkan martabat mereka!!

Satu ketika dahulu… wanita diperlakukan seperti hamba seks…apabila lelaki menyukai mana-mana wanita yang mereka inginkan, mereka akan mencari mana-mana wanita dan melakukan hubungan yang tidak bermoral tanpa perkahwinan… bahkan, jika ada yang berikhtiar berkahwin pula..masih tidak ada perbezaan.. wanita diperap didalam rumah, peranannya dibekukan, perasaan mereka tidak didengari, rintih mereka lansung tidak dipeduli!

desaturated-rose

Tetapi…

islam datang membawa sinaran kebahgiaan kepada wanita… wanita dilihat sebagai sebuah kurniaan yang paling berharga! Mereka diberi hak bersuara…mereka dmuliakan, mereka diberi nilai moral, bukan lagi nilai harga!

jika berkeinginan pada mereka, mestilah berkahwin dahulu.. apabila berkahwin, pelbagai syarat diletakkan sebagai menjaga hak wanita… bahkan, Isteri Rasulullah SAW sendiri telah menjadi guru kepada seluruh umat islam.. ucapannya dibukukan, fatwanya diambil kira, dan marah tawanya dinilai serius..

Wanita…

Terlalu mudah menjelaskan perasaannya, terlalu mudah menangiskan,… kenapa?

Kerana mereka dicipta dengan penuh keceriaan! Tangisan itu datang sebentar untuk menghilangkan duka yang tidak gemar dikongsi bersama rakan teman..

Wanita…

Tangismu bukanlah semata,

Ianya tangisan cinta!

Dikau menyintai kerja mu, tetapi kesalahan membayangimu..lalu dimarahi… menitis air matamu..

Dikau menyintai rakanmu, beliau meminta untuk ber”hubungan” denganmu, kau tidak mahu.. lalu dimarahi.. menitis lagi air matamu..

Dikau menyintai sahabatmu,tapi kau tidak dipedulikan, sedangkan kau telah bekorban segalanya… menitis lagi air matamu..

Dikau menyintai keluargamu, sanggup bekorban apa saja! Tetapi seolah diketepikan.. menitis lagi air matamu..

Dikau menyintai pelajaranmu, bersungguh-sungguh dan tekun, tetapi mendapat keputusan yang tidak memuaskan… meitis lagi air matamu..

Dikau ingin bercakap dan melihat orang yang engkau sayangi… tetapi tidak mampu dek kejauhan batu nautika, … menitis lagi airmatamu..

air mata rose

Air mata itu sentiasa mengalir, tetapi wanita tidak perlu risau.. kerana ia bukanlah penyakit, ia juga bukanlah sebarang barah , ianya sokongan yang diberikan tuhan untuk wanita menjalani kehidupan seharian…

Menangislah sehabis mahumu,

kemudian sapulah air matamu..

kerana kebahgiaan sedang menunggu diluar pintu…

Bahkan, saya lebih suka melihat orang menangis dari dia memendamkan segala permasalahan didalam hatinya..

Perkongsian ini tidak bermaksud apa-apa, tetapi sekadar menilai.. sejauh mana saya mengenali wanita… antara cinta yang terpendam dijiwa mereka dan perasaan yang mereka selalu luahkan..

………………..

Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.

[an-Nahl; 97]

2 comments:

  1. dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah..
    syukran akh syihab, membuatkan wanita rasa dihargai..
    wanita kadang2 susah diramal..diamnya adalah zikir, bicaranya adalah dakwah dan tak pernah kehilangan arah kerana sentiasa berpaut dengan al-quran dan hadis.
    mudah-mudahan akh mendapat calon seperti itu.
    =) allahumma ameen

    ReplyDelete
  2. air mata itu pelembut hati...jika kering air mata itu tanda hati juga gersang...
    sbaik2 air mata adalah air mata cinta,takut dan harap pada Allah...

    ReplyDelete

Powered by Blogger.