Islam adalah agama rahmat kepada seluruh alam, setiap perkara yang berlaku didunia ini akan mendapat pantauan islam. Namun, bukanlah bererti Islam mengongkong kehidupan manusia, bahkan ianya adalah sebuah cara untuk islam merealisasikan penjagaannya kepada umat islam keseluruhannya.

Dalam Islam, berekonomi dan berniaga bukan semata-mata untuk mencari duit atau untung. Kalau duit dan untung matlamatnya pasti akan berlaku krisis, monopoli, penipuan, inflasi, ketidakadilan, tindas menindas dan perebutan. Ekonomi dan perniagaan Islam adalah berteraskan kasih sayang. Seperti juga ibadah-ibadah lain, matlamat berekonomi adalah untuk mendapatkan keredaan Allah SWT. Ini kerana jika duit atau keuntungan material menjadi matlamat dalam berekonomi maka ia tidak layak dikatakan sebagai ibadah. Ini kerana ibadah itu adalah apa-apa kebaikan yang dibuat dengan niatkan kerana Allah SWT

PERSAINGAN SIHAT

Persaingan dalam perniagaan adalah sesuatu yang diiktiraf oleh agama islam, para peniaga dibenarkan untuk bebas bersaing dengan mana-mana peniaga sahaja yang mereka mahu , kerana komunikasi perniagaan dalam islam tertegak dengan kebebasan dan kesahihan selagimana ianya diredhai oleh penjual dan pembeli.images

Diriwayatkan dari Anas RA:

“Harga barang pernah naik pada zaman Nabi SAW, maka para sahabat pun berkata : Wahai Rasulullah .. tetapkanlah harga barang-barang kami. Lalu Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya Allahlah al-Musa`ir, Al-Qabidh, Al-Basit, ar-Raziq, dan aku mengharapkan ketika aku berjumpa dengan tuhanku, tidak ada orang yang akan menuntut kepadaku kerana dizalimi darahnya dan hartanya”

[Sunan Tirmizi- dan beliau berkata ; hadis ini Hasanun Sahih]

Imam Syaukani RH menjelaskan ;

“ sesungguhnya manusia berkuasa dalam hartanya dan dalam penetapan harga telah memberi kesusahan kepada mereka , dan pemimpin pula berkuasa dalam urusan umat islam, dengan itu, para pemimpin tidak boleh hanya melihat sesuatu permasalahan hanya kepada pihak pembeli sahaja yang mahukan harga yang murah, tetapi mereka perlu melihat kepada permasalahan penjual yang meletakkan harga yang setimpal . Sekiranya berlaku percanggahan dalam dua golongan tersebut barulah pemimpin membuat ijtihad untuk mewajibkan penetapan harga…”

[rujuk kitab Nailul Authar]

Dengan itu, jika didapati berlaku kezaliman kepada pihak pemilik barang, maka para pemimpin umat islam hendaklah menentapkan harga tertentu, namun jika kezaliman tidak berlaku, maka tidak perlulah mereka menetapkan harga tersebut.. bahkan, mungkin akan berlaku kerugian besar kepada peniaga jika harga barangan mereka ditetapkan .

Balancing Money and the Earth

Bagaimana?

Ya! jika ditetapkan harga yang rendah, sedangkan kos yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu barang tinggi, maka ia akan mengakibatkan kerugian besar kepada para peniaga.oleh itu, kadangkala .. penetapan harga tidak perlu.

Waallahu Alam.